Catatan 4 Syawal 1431 Hijrah...
Dukacita 1; Pemergian seorang sahabat
Eidul Fitri kali ini diiringi dengan berita yang mendukacitakan. Pemergian seorang sahabat aktivis Maaruf Club UIAM Gombak, Nik Hafreez Affiq bin Mohd Ghazali pada tanggal 2 Syawal benar-benar mengejutkan kami. Allahyarham meninggal dunia ketika sedang tidur dan dipercayai terkena serangan jantung selepas dibedah siasat.
Terkesan dengan ayat-ayat terakhir di blog beliau yang ditulis pada 4 September 2010 yang berbunyi;
"Aku jadi terharu apabiala beberapa temanku Su,Topek,Padil,Where,cikgu turut menghantarku.walaupun nak pergi dua minggu je tapi sebak juga.terasa seolah-olah nak pergi untuk tempoh yang lama.Oklah setakat ni dulu catatan ku ikuti sambungannya nanti..............................."
Semoga Ramadhan terakhir beliau adalah yang paling bermakna buatnya. Ya Allah, cucurilah rahmatMu ke atas rohnya dan tempatkanlah beliau di kalangan orang-orang yang beriman.
(blog beliau di sini: drtarbawi.blogspot.com)
* * *
Dukacita 2; Tak sempat nak beraya
Cuti raya pada tahun ini agak singkat berbanding tahun-tahun sebelum ini. Saat ini, saya telah pun berada di kampus. Tidak sempat hendak menziarahi semua sanak-saudara. Tidak sempat hendak berkumpul bersama teman-teman lama.
Cuba berfikir positif....
Saya mahu berpesan kepada diri, agar sentiasa sedar bahawa diri ini amat jahil, mudah-mudahan dengan pesanan ini, perasaan sentiasa bersemangat dalam mencari ilmu sentiasa ada, walau terpaksa mengorbankan segala keinginan dan perasaan.
Kata Imam Ghazali;
Ar Rajulu yadri wa yadri annahu yadri fahuwa 'aalimun, fattabi'hu...
Ar Rajulu yadri wa la yadri annahu yadri fahuwa naa-imun, faaqimhu...
Ar Rajulu la yadri wa yadri annahu la yadri fahuwa jaahilun, fa'allimhu...
Ar Rajulu la yadri wa la yadri annahu la yadri fahuwa jaahilun-murokkab, fatrukhu...
Mungkin saya golongan yang ketiga, dengan sedikit modifikasi kepada muannas;
Al Mar'atu la tadri wa tadri annaha la tadri fahiya jahilatun, fa'allimha...
(Seorang perempuan yang tidak tahu dan dia tahu bahawa dia tidak tahu, maka dia adalah jahil, jadi ajarilah dia)
Ya, saya jahil,jahil dan jahil...
Oleh itu, sebagai seorang yang jahil, saya harus rajin belajar, rajin dan rajin...
Ok, semangat!!
* * *
Dukacita 3; Apabila diuji...
Sahabat-sahabat, apabila kita diuji dengan sesuatu musibah, dan musibah itu telah berulang-ulang menimpa kita, bagaimana untuk memujuk diri kita?
Bantulah saya...
6 comments:
salam....k.shibul...awat ni? teruk sgt bunyinye...
Slm eid mubarak angoh!
Jgn sedih2 ek, angah tgh berjihad ni, fi sabilillah. Angah x berseorangan, ada shbt2 sbg pendamping. Kjp je, lg sethn kn? Jd, SABAR dan TABAH lah dlm meneruskn perjuangan ni shbt. Mak sentiasa doakan angah diberikn kekuatan n kemudhn dlm perjlnn pengajian dan perjuangan angah :)
Be strong,k coz Allah alwayz be by ur side :)
Luv, from Jitra ;)
izzah;
salam izzah...akak sedang diuji sedikit...doakan akak tabah ye...T_T
mak usrah khaulah al azwar;
terima kasih, angah amat hargai setiap butiran nasihat dan doa..mohon doa untuk angah selalu ye..
ya Allah, berikanlah kekuatan kepadaku...
Kak Afzan sayang,
Sedihnye bila baca blog akak..
Apa yg dah terjadi pd akak...?
Raihan doakan kak afzan baik2 selalu... insyaAllah.
Bersabarlah, walaupun pahit kerana pasti ada hikmah di sebalik setiap yg berlaku..
Teruslah memohon pertolongan dari-Nya.. dan yakinlah segalanya telah pun ditentukan-Nya..
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang..." (Al-Baqarah: 45)
Salam sayang...
hurm...kalau rase nok crite buleh je k.shibul =))take care neh...jgn sedih2...
raihan;
Terima kasih raihan...akak tak apa2, cuma sedang bangkit dari perasaan down yg kritikal.terima kasih atas nasihat2 raihan...insyaAllah, akak akan mengajar diri supaya sentiasa sabar.
izzah;
Terima kasih banyak2 jugak utk izzah kerana concern kat akak di sini..insya Allah, akak cuba kuatkan semangat..
Salam sayang buat semua.
Ya Allah, berkatilah saudara-saudaraku ini...amiinn..
Post a Comment