:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::

Tuesday, February 8, 2011

Cek daripada Nuffnang

Sekadar ingin berceloteh tentang cek daripada Nuffnang...

Semalam ketika masih bercuti Tahun Baru Cina di rumah, Encik Posmen datang menghulurkan sekeping sampul surat. Setelah membukanya, rupa-rupanya ini adalah cek daripada Nuffnang. Saya tidaklah begitu terkejut, kerana beberapa minggu yang lepas, saya telah menerima "Payment Advice" ini daripada pihak mereka.


Payment Advice yang diemelkan kepada saya. Jumlah terpaksa dirahsiakan kerana ia tidaklah sebanyak mana. Namun saya excited untuk bercerita kerana ia adalah kali pertama :)

Ketika mula-mula mewujudkan blog 3 tahun yang lepas, tidak pernah terdetik di hati saya untuk meletakkan iklan di blog, malah saya tidak suka kerana ia 'merosakkan' pandangan. Namun setelah adik saya dan beberapa orang kawan mencadangkannya, saya pun terasa ingin mencuba. Ternyata pengiklanan Nuffnang ini tidak menipu. ^_^

Kadang-kadang, Nuffnang ini menyediakan iklan yang agak 'tidak sesuai' seperti yang mendedahkan aurat dan sebagainya. Untuk mengelakkan terjadinya dosa-dosa mata yang melihat dan 'dosa free' pada saya yang mempromosi, saya cuba menukarkan sementara jenis iklan kepada Charity Ads, supaya rezeki ini tidaklah syubhah harap-harapnya :)

Apa-apapun terima kasih buat sesiapa sahaja yang pernah mengklik iklan-iklan yang saya letakkan di ketiga-tiga blog saya ini:


Wassalam.

5 comments:

Ukhar said...

waaa....nanti boleh la belanja ana kat pak lah...hehe

Shahibul Afzan Wahab said...

hehe..baru cek first pun bukhari dah nak minta akak belanja ke? :)

Nasib baik minta belanja kat pak lah, kalau RFC still x lepas..hee. Nanti kalau jumpa akak kat warung paklah boleh request ye.

Ukhar said...

mesti..peluang keemasan...hehe

TENGKU KHAIRUL IDHAM said...

Glamour jgaklah blog Kak Afzan ni maknanya.

Idham punya tak dapat-dapat lagi...

Aduhai...~~~

Shahibul Afzan Wahab said...

Hehe..xdok la glamour sgt idham..

Idham punya kena tunggu sikit masa lagi kot, tengah peram tu, nanti masakla :)

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template