Soalan : Saya selalu terlewat bangun Subuh, lalu bagaimana dengan dosanya?
Jawapan : Selama kita terus berusaha untuk bangun pada waktunya tetapi terlambat bangun maka ALLAH سبحانه وتعالى tidak mengira dosa apabila kita telah berusaha.
Cara yang paling tepat adalah menggabungkan antara metod Sunnah dengan metod 'ilmiah sebagaimana berikut. Sebelum tidur bacalah Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahu Akbar 33x, lalu sekali membaca Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariikalah, lahul Mulku walahul Hamdu, yuhyiy wayuumiit, wahuwa 'ala kulli syay-in qadiir. (Tiada Tuhan selain Allah Maha Tunggal tanpa bersekutu, MilikNya Kerajaan alam, dan BagiNya Pujian Mulia, Dia Menghidupkan dan Mematikan, dan Dia Berkuasa atas segala sesuatu).
Bacaan ini Riwayat Sahih Bukhari bahwa Rasul صلى الله عليه وآله وسلم mengajarkan puterinya Sayyidah Fathimah Azzahra رضي الله عنها وأرضاها untuk mengamalkannya sebelum tidur, maka dia akan bangun dengan segar tanpa mengantuk. Guru Mulia mengajarkannya kepada kita, dan memang terbukti, orang yang sebelum tidur membacanya maka dia akan bangun dengan tubuh segar tanpa malas dan berat untuk bangun.
Siapkan alarm di sebelah anda, lalu baca zikir tersebut, maka anda pasti bangun pada waktunya dengan segar. Sebab apabila alarm sahaja maka anda boleh sahaja bangun, namun tubuh masih malas bangun, maka akan kembali tidur. Usahakan jangan makan malam kecuali sangat sedikit. Lalu baca zikir tersebut sebelum tidur, maka anda akan bangun sebelum azan Subuh. Saya berkali-kali memberikan cara di atas pada ramai orang dan mereka sekarang menjadi Ahli Subuh."
- Tausiyah Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى
Copy daripada: http://ukhti27.blogspot.com/
3 comments:
salam. alhamdulillah. tenks sharing. ;)
tQ k.shahibul...I'syaallah cube praktikn....mudah2han d'mudahkn...=p
insyaAllah..sama-samalah kita berpesan2 antara satu sama lain utk kebaikan dlm agama. :)
Post a Comment