:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Sunday, February 27, 2011

Insya Allah


Saya sedang berada dalam saat-saat kritikal dan genting, setiap saat diulit resah dan gelisah, kerana sekarang adalah fatrah Promotional Exam bagi Department Oral Surgery, Conservative Dentistry dan Prosthetic Dentistry. Manakala bagi Department yang lain pula sedang 'memaksa' kami untuk menghabiskan minimal requirement yang diperlukan. Berjaya dalam exam dan berjaya dalam menghabiskan requirement bererti menyediakan kami tiket untuk naik ke Tahun 5 atau final year.

Saya takut... Saya bimbang... Ya Allah, bantulah saya yang lemah... Rakan-rakan pembaca yang budiman, sudilah mendoakan saya dan kawan-kawan di sini. Insya Allah, di kalangan pembaca pasti ada yang makbul doanya di sisi Allah.

Saya terpaksa dedikasikan lagu di bawah ini untuk diri sendiri, agar saya masih mendapat semangat untuk mengharungi segalanya...serta sebarang kemungkinan...

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ini...
Hadirkanlah pertolonganMu...
Sentiasalah bersamaku yaAllah...
InsyaAllah~



Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus:
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

2 comments:

Affieza said...

Gud luck...igt Allah selalu...InsyaAllah u can do it!!!

Shahibul Afzan Wahab said...

terima kasih affieza..alhamdulillah, dah amik semua promotional exam..dan Allah telah memudahkan.. :)

terima kasih atas doa semua.

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template