:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::
Friday, November 28, 2008
HARAPAN PADAMU SUBUR KEMBALI
Artist: Saujana
Wahai Tuhanku yang Esa
Bila kenangkan QahharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu
HambaMu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika
Tika mengenang GhaffarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat
Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam Afzan.
Nasyid ni antara nasyid yang KakChik paling suka nyanyikan selepas usrah umum semasa di sek men dulu tapi waktu tu nasyid ni adalah lagu kumpulan nadamurni.
Senikatanya sungguh menusuk kalbu.
waalaikumussalam k.chik...
lagu ni saya suka sangat k.chik.selalu nasyid dengan kawan2 waktu di asrama dulu.
Post a Comment