:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::
Tuesday, December 30, 2008
OH PALESTIN...
"Fwd: HAMAS launched 3rd intifadha after Israeli regime assaulted Gaza yesterday.300+ martyred and 700+ injured! Students, show our solidarity by wearing ALL BLACK tomorrow!"
SMS ini saya terima dari seorang kawan malam tadi yang membuatkan saya memilih pakaian hitam untuk dipakai ke kuliah pada hari ini. Walaupun hari ini saya terasa agak longlai untuk melangkah ke kuliah kerana sibuk pada cuti hujung minggu yang lalu, dan ditambah pula dengan pakaian serba hitam yang menjadikan saya mungkin kelihatan suram, namun saya percaya, inilah satu usaha yang dapat dilakukan untuk menunjukkan keprihatinan kita terhadap bumi Palestin.Palestin, bilakah engkau akan aman? Sungguh sedih dan pilu mengenangkan rakyat-rakyat di bumi yang dirampas haknya ini. Rejim Zionis, tunggulah balasan Allah di atas kezaliman kamu di akhirat kelak!
Ayuh kawan-kawan! Sumbangkanlah apa sahaja yang kita mampu untuk Palestin!Mungkin kita tidak mampu untuk turun berjuang di sana. Namun kita masih mampu untuk memboikot barangan Yahudi@Israel,menghulurkan derma serta melafazkan doa kudus untuk mereka di dalam setiap doa dan munajat kita.
Dengarkanlah rintihan anak Palestin ini...
Ayah...!!, kata mereka kau penjahat,
padahal sebenarnya engkau bukan penjahat,
ayah..!!, mengapa mereka jauhkan aku darimu,
mereka menangkapmu tanpa memberi kesempatan,
untuk menciumku meskipun hanya sekali,
atau mengusap air mata ibu.
Ibu...!!, aku melihat air mata di kelopak matamu setiap pagi,
apakah palestin tidak berhak diberi pengorbanan...??,
setiap hari aku bertanya kepada matahari,
ibu, apakah ayah akan kembali pada suatu hari,
ataukah dia akan pergi selamanya sampai hari kiamat,
atau dia akan mengusap air mata ibu yang terus menitis setiap hari...??
Wahai ayah, dimanakah engkau...??
Ooh...bayi-bayi yang dijajah,
kini telah datang hari raya baru setelah hari raya tahun lalu,
dan bayi baru pun terlahir sesudah bayi yang itu,
dan para syuhada berguguran,
setelah gugurnya syahid yang lalu,
sedang ayah masih disembunyikan di sebalik jeriji besi,
dalam sel mengerikan yang tidak layak dihuni manusia,
mana hari kemenangan dan kehancuran penjara-penjara besi itu...??,
malulah kalian...malulah kalian...malulah kalian...
Aku ingin ayah pulang,
Aku ingin ayah pulang,
Aku ingin ayah pulang...
Ya Allah, kurniakanlah ketabahan kepada mereka...amin...
Monday, December 29, 2008
Thursday, December 25, 2008
KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!
(sajak ini selalu diperdengarkan di ikim.fm)
-copy paste dari yahoo mail.
Wednesday, December 24, 2008
SELAMAT BERMUJAHADAH
Assalamualaikum buat pengunjung blog yang dihormati...
Minggu ni saya agak banyak sesi di klinik gigi dan banyak perkara perlu diulangkaji...tidak sempat untuk saya menulis apa-apa.Hanya dapat memasukkan poster ini =)
Didoakan semoga semua berjaya dalam segala perkara yang diceburi. Allahumma amin...Salam mujahadah untuk semua! Buat yang terbaik dalam hidup...

Sunday, December 21, 2008
KEMUSYKILAN AGAMA
Assalamualaikum…
Buat pembaca yang budiman, saya mempunyai satu kemusykilan agama. Saya sudah bertanya kepada seorang ustaz dan ustazah tetapi kedua-duanya masih belum reply walaupun sudah lama menunggu. Mungkin sibuk dengan keluarga masing-masing.
Apakah hukumnya membaca doa awal dan akhir tahun?
Perkara ini diamalkan di tempat saya, tetapi saya ada terjumpa suatu artikel (tidak diketahui organisasi mana yang mengeluarkan)yang menyatakan bahawa bagaimana boleh wujud doa awal dan akhir tahun, sedangkan sambutan awal Muharram tidak pernah wujud di zaman Rasulullah. Malah, hadis tentangnya adalah palsu.
Saya amat berharap jika ada pembaca yang mengetahui hukum yang sebenar, dapat mencoretkan sedikit komen di sini sebelum menjelangnya tahun baru 1430H ini. Jika hukum sebenarnya adalah harus atau sunat, saya bercadang untuk menganjurkan majlis bacaan doa-doa tersebut bersama-sama pelajar-pelajar pergigian di sini melalui Biro Tarbiyyah yang ditaklifkan kepada saya yang lemah ini.
Barakallahu fikum. Jazakumullahu khairan jaza’.

Saturday, December 20, 2008
BAGAIMANA MEMILIH BERUS DAN UBAT GIGI 2
Entri ini adalah sambungan dan penambahan kepada entri yang lepas. Terima kasih buat sahabat yang mencadangkan.Semoga bermanfaat.
Perkara-perkara asas yg perlu diperhatikan ketika membeli berus gigi:
1. Pilih berus gigi berkepala kecil
- membantu memberus bahagian yang sukar dicapai di dalam mulut.
2. Mempunyai berus yang lembut
-mengelakkan kecederaan gusi. Enamel adalah struktur yang paling keras, tetapi gusi adalah lembut dan mudah terkakis.
3. Mempunyai pemegang yang selesa
- supaya tidak tergelincir ketika anda memegangnya.
Ini sahaja.
Di bawah ini pula perkara-perkara sampingan. Maksudnya, jika anda tidak menitikberatkannya pun tidak jadi masalah.
1.Memilih berus gigi ‘powered’@ ‘electric’ @ ‘sonic’.
Menurut kajian, berus gigi ini didapati lebih berkesan daripada berus gigi manual dalam menanggalkan plak dan meningkatkan motivasi untuk memberus gigi. Cuma harganya lebih mahal.
2.Mempunyai ‘tongue cleaner’.
Lidah kita perlu dibersihkan untuk menyingkirkan bakteria dan mengelakkan mulut berbau (halitosis). Jika berus gigi anda tiada pembersih lidah, bersihkanlah lidah anda dengan bulu berus gigi.
3.Warna.
Jika anda meminati hijau, pilihlah hijau dan jika meminati biru, pilihlah biru. Dua warna ini tiada kaitan dengan politik, sebagai contoh sahaja:)
* Penggantian berus gigi secara kerap menyumbang kepada konsistensi mengekalkan kesihatan gigi yang tinggi kerana kajian klinikal menunjukkan berus gigi baru mampu menanggalkan 30% lebih banyak plak daripada berus gigi berusia lebih tiga bulan.
Di bawah ini pula adalah teknik-teknik memberus gigi yang betul. Gigi kita perlu diberus sekurang- kurangnya 2 kali dalam sehari. Tempohnya lebih kurang 2 minit setiap kali memberus gigi.
Langkah 1:
Untuk permukaan luar gigi, letakkan berus pada sudut 45 darjah di atas permukaan gigi.Gunakan gerakan memberus yang lembut dan pendek, dengan menggerakkan berus antara gigi dan gusi.
Langkah 2:
Untuk membersihkan bahagian dalam gigi belakang, tempatkan bulu berus bersebelahan dengan permukaan gusi dan berus secara bulatan.
Langkah 3:
Untuk membersih bahagian dalam gigi hadapan, pegang berus menegak dan gunakan pergerakan lembut ke atas dan ke bawah menggunakan hujung berus.
Langkah 4:
Untuk membersihkan permukaan mengunyah gigi (occlusal surface), berus dengan gerakan mundar-mandir untuk mencapai bahagian belakang gigi.
Langkah 5:
Bersihkan lidah dari belakang ke hujung lidah untuk 10 saat.
Sekiranya ada maklumat di sini yang kurang jelas, silalah bertanya kembali kepada saya.
Rujukan:
1.Dr. Shawfekar,Kulliyyah of Dentistry IIUM(2008).Teeth brushing technique.
2.Slide PowerPoint Presentation Pelajar Pergigian UKM. Oral health education.
3.Utusan Malaysia Online. Arkib 20/04/2008. Cara terbaik memberus gigi.
4.Colgate Oral Health Kit.

Wednesday, December 17, 2008
BAGAIMANA MEMILIH BERUS DAN UBAT GIGI
Dalam pemilihan berus gigi, anda harus memilih berus gigi yang lembut, biasanya ditandakan dengan perkataan ‘soft’ atau ‘super soft’. Jangan memilih yang keras kerana ini boleh menyebabkan kecederaan pada gusi anda.
Dalam pemilihan ubat gigi pula, digalakkan untuk anda menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida. Kebiasaannya, fluorida di dalam ubat gigi adalah dalam bentuk stannous fluoride, sodium fluoride atau monofluoride phosphate (MFP). Fluorida penting untuk gigi bagi mencegah karies (gigi berlubang). Ini kerana fluorida boleh membantu dalam menghalang proses demineralisasi (penyingkiran mineral) daripada gigi dan mengaktifkan proses remineralisasi (menambahkan mineral kembali). Jika anda pernah mendengar bahawa fluorida adalah beracun atau toksik, fakta tersebut hanya benar jika fluorida diambil secara berlebihan. Tetapi kandungan fluorida di dalam ubat gigi dan air paip adalah di tahap yang selamat dan sesuai. Selain daripada ubat gigi, produk pergigian lain yang mengandungi fluorida ialah ‘mouth rinse’(cecair kumur) dan floss. Gunakanlah produk- produk ini untuk mendapat ‘extra protection’ bagi gigi anda.
Jika anda menghadapi masalah gigi sensitif pula, gunakanlah ubat gigi untuk gigi sensitif kerana ia mengandungi ramuan aktif tambahan, iaitu potassium citrate.
UBAT GIGI COLGATE
Di pasaran sekarang, saya mendapati ubat gigi yang paling baik untuk digunakan ialah Colgate Total. Ini kerana Colgate Total bukan sahaja mengandungi fluorida, malah ia menyediakan perlindungan antibakteria selama 12 jam melalui Triclosan 0.3% dan PVM Copolymer yang terkandung di dalamnya. Ubat gigi berjenama lain masih tidak mengandungi bahan ini. Triclosan akan menghalang pembentukan plak pada permukaan gigi manakala Copolymer akan memanjangkan tempoh masa tindakan Triclosan.
Adakah anda ragu dengan status halalnya? Dahulu saya juga begitu. Tetapi pada hari ini, Colgate telahpun disahkan halal oleh badan-badan yang diiktiraf oleh JAKIM dan bakal mempamerkan logo halal Malaysia dalam masa terdekat. Saya telah meyakini bahawa produk ini halal untuk digunakan. Kami pelajar-pelajar pergigian UIAM juga telahpun 2 kali dibawa melawat Kilang Colgate-Palmolive di Petaling Jaya untuk mendapatkan sedikit sebanyak maklumat tentang produk-produknya.
UBAT GIGI KELUARAN SYARIKAT ISLAM
Saya turut berbangga dengan syarikat-syarikat Islam seperti Mu’min, Halagel, HPA dan sebagainya apabila mereka tampil dengan ubat gigi halal. Tetapi difahamkan bahawa ubat-ubat gigi tersebut tidak mengandungi fluorida, sedangkan gigi kita sangat perlu kepada fluorida. Apa yang patut kami lakukan sebagai mahasiswa pergigian yang menyokong dan cintakan Islam dan ummatnya dalam hal ini? Pandangan anda sangatlah dialu-alukan.

Tuesday, December 16, 2008
TADABBUR
Assalamualaikum...semoga Allah merahmati para pembaca sekalian.
Saya tiada idea untuk menukilkan apa-apa, tetapi keinginan untuk meletakkan entri baru sangat-sangat tinggi.
Jadi, saya ingin mengajak para pembaca bersama-sama saya untuk mentadabbur 'ayat-ayat cinta' daripada Allah ini...iaitu ayat terakhir surah al Fath.
Sifat-sifat Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda di dalam Taurat dan Injil
Maksudnya:
"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud [1406]. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah ia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka keampunan dan pahala yang besar."
(al Fath:29)
[1406]. Maksudnya: pada air muka mereka kelihatan keimanan dan kesucian hati mereka.
Semoga Allah menempatkan kita semua dalam golongan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh...

Sunday, December 14, 2008
Saturday, December 13, 2008
AZAM BARU 2009
Semoga hidup kita sentiasa dipandu dengan petunjuk Ilahi...
Assalamualaikum semua…
Anda dah ada azam untuk tahun baru 1430 dan 2009? Saya dah ada 7 azam yang ingin dicapai pada tahun hadapan, insya Allah.
Untuk tahun 2008, saya ada 8 azam dan selepas saya menilainya, alhamdulillah 7 berjaya dan lagi 1 gagal. Mungkin strategi saya tidak kena dan harus ditukar dengan strategi yang lain untuk dicapai pada tahun 2009 pula.
Sejak Darjah 6 lagi, setiap kali tahun baru akan menjelma, saya pasti akan meluangkan masa untuk memikirkan apakah azam baru untuk tahun itu. Kemudian saya akan catat pada suatu kertas dengan tulisan yang agak besar dan ditampal di dinding bilik. Bagi saya, azam baru sangat penting untuk difikir, ditulis dan dipamerkan untuk tatapan sendiri. Azam baru yang kita fikirkan itu pula mestilah praktikal atau realistik, iaitu mampu dicapai dengan kekuatan yang kita ada serta usaha kita(dengan pertolongan daripadaNya).
Dengan adanya azam baru, kita berupaya merancang kemajuan diri kita supaya 'berkadar terus@langsung' dengan pertambahan umur kita. Seharusnya, semakin bertambah umur kita, semakin maju diri kita,dan semakin bertambah ilmu dan kemahiran yang kita ada. Insya Allah. Selamat maju jaya untuk semua. Semoga Allah memberkati setiap langkah perjalanan hidup kita di dunia fana ini.
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al Hasyr: 18)

Thursday, December 11, 2008
JADIKANLAH AL QURAN SEBAGAI KEKASIH
Alangkah beruntungnya sesiapa yang sentiasa melazimi dirinya dengan mempelajari, membaca dan mentadabbur al Quran kalamullah…
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al Quran."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : “Belajarlah kamu akan Al Quran, di akhirat nanti ia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?"
Maka orang yang pernah membacanya akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjungi, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al Quran itu : "Adakah kamu Al Quran?"
Lalu Al Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membacanya mengadap Allah S.W.T. Orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian diletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ibu bapanya yang muslim pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua? Padahal amal kami tidaklah sampai ini."
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al Quran."
*Muhasabah bersama (terutama untuk diriku yang sering lupa):
SUDAHKAH KITA MEMBACA AL QURAN PADA HARI INI?
Mungkin ada yang terlupa, buat-buat lupa, terlepas pandang atau malas untuk membaca al Quran dalam hari- harinya. Di bawah adalah cara yang boleh diamalkan untuk mendisiplinkan diri kita supaya membaca al Quran setiap hari:
1. Anda mesti peruntukkan sekurang-kurangnya satu waktu yang khusus dalam sehari untuk al Quran (saya namakan waktu tersebut sebagai ‘Masa untuk al Quran’).
2. Waktu tersebut adalah lapang bagi anda, di mana anda free daripada meeting, discussion, study group dan sebagainya.
3. Dalam tempoh waktu tersebut, diri anda berada dalam keadaan segar dan tidak mengantuk.
4. Contoh waktu tersebut adalah selepas Subuh atau waktu antara Maghrib dan Isyak (atau pilih sendiri waktu yang sesuai dengan anda).
5. Manfaatkan waktu tersebut sepenuhnya untuk membaca atau mengulang al Quran. Jangan terjebak dengan gejala mengumpat atau bersembang kosong kerana mungkin di waktu yang lain anda akan sibuk sehingga tiada masa untuk membaca al Quran pada hari tersebut.
6. Sekiranya anda ada hal yang lebih penting untuk dilakukan pada waktu tersebut, carilah waktu yang lain selepas itu (sebelum anda tidur) untuk membaca al Quran walaupun sekejap.
~CINTAILAH AL QURAN…JADIKANLAH AL QURAN KEKASIH ANDA DAN JANGAN TINGGALKANNYA WALAU SEHARI~

Wednesday, December 10, 2008
AMPUNKAN DOSA KAMI YA ALLAH
Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa
Malaysia ditimpa bencana alam lagi;banjir dan tanah runtuh. Sepanjang saya berada di rumah di Kuala Terengganu pun,boleh dikatakan tiap-tiap hari hujan. Tapi ada juga ketikanya hujan reda,alhamdulillah, ini memudahkan kerja-kerja korban di Eidul Adha ini. Dan alhamdulillah juga, kampung saya dan sekitarnya selamat daripada banjir. Walaubagaimanapun, saya amat bersimpati sekali buat mangsa-mangsa bencana alam ini.Semoga kalian tabah... Sesungguhnya musibah yang menimpa manusia membawa tiga petanda:ujian, kifarah atau bala. Sama-samalah kita renungkan.
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami...andainya dosa-dosa ini yang menyebabkan turunnya balaMu!
Berita mutakhir,dipetik dari berita harian online.
~Hanya Kuala Terengganu masih bah~
KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir hari ini di semua daerah di Terengganu pulih kecuali di Kuala Terengganu yang masih lagi bertahan.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri berkata di Marang, semua pusat pemindahan banjir ditutup pukul 8 pagi ini dan semua 26 orang yang ditempatkan di situ dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Katanya di Kuala Terengganu, 91 orang masih berada di tiga pusat pemindahan iaitu Sekolah Bukit Tunggal seramai tujuh orang, Sekolah Tok Jiring (5) dan Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak (79).
Beliau berkata air di sungai utama berada di bawah paras normal kecuali di Sungai Chalok, di Jambatan Penarik yang berada pada paras amaran.
Cuaca di sini hari ini cerah. - Bernama

Thursday, December 4, 2008
SALAM EIDUL ADHA
Salam Eidul Adha buat semua.
Buat sahabat-sahabat di Malaysia, selamat meraikan eid bersama keluarga. Saya pun akan pulang esok,insya Allah.
Buat sahabat-sahabat di perantauan pula, selamat meraikan eid bersama sahabat-sahabat seperjuangan di sana. Jangan sedih ye. Suatu hari nanti kalian pasti akan pulang ke tanah air,meneruskan kehidupan dan perjuangan di sini. Sesungguhnya kalian lagi beruntung kerana mendapat pengalaman bermakna di rantau orang…
Eidul Adha sering dikaitkan dengan pengorbanan…memang pun sebab maksud Eidul Adha pun Hari Raya Korban.
Kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim A.S dan anaknya Ismail A.S memang sangat-sangat menyuntik semangat pengorbanan dalam diri kita. Semua orang pasti sudah arif akan kisah ini. Sungguh tinggi tadhiyyah mereka semata-mata kerana mematuhi perintah Allah yang Maha Berkuasa.
Saya berhajat untuk berkongsi di sini,kisah pengorbanan tokoh-tokoh negara dalam memperjuangkan kemerdekaan yang saya dapati dalam satu program ceramah.
Sebelum itu, jika ditanya kepada anda, siapakah tokoh kemerdekaan negara?
Tentu ramai sekali yang akan menjawab Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan sebagainya…
Ya,betul.Tetapi hakikatnya tahukah anda bahawa sebenarnya anda insan-insan lain yang bermati-matian memperjuangkan kemerdekaan negara daripada belenggu penjajah?
Sama ada anda perasan atau tidak, kita sebenarnya DIGELAPKAN DARI FAKTA SEJARAH NEGARA SEBAGAI SATU KONSPIRASI LICIK DENGAN MENJULANG TOKOH UMNO SEBAGAI PEJUANG KEMERDEKAAN...
Sebenarnya,tokoh-tokoh di bawah inilah yang seharusnya lebih layak untuk disanjung!
Mat Kilau(10 Ogos 1970,meninggal ketika berumur 122 tahun.)
Tok Gajah (Imam Rasul bin Shahrum )
Meninggal dunia pada tahun 1901 di Kg Pasir Nering, terletak kira-kira 8km dari Bandar Kuala Berang.
Dato Bahaman (Abdul Rahman bin Tunku Imam Nuh)
Tok Ku Paloh
AMIR BURHANUDDIN B. UNGKU MOHD NOR (Burhanuddin Helmi)
1935 Ditahan di Penjara Palestin kerana menentang penjajahahan British ke atas Baitul Maqdis
1940 Bersama menggerakkan KMM
1943 Menghimpunkan ulama nusantara menuntut kemerdekaan dari Jepun
1945 Memimpin PKMM
1950 Dipenjara kerana peristiwa Natrah (3 thn)
1956 Memimpin PAS
1965 Di tahan di bawah ISA
1969 Meninggal dunia
UST ABU BAKAR AL-BAQIR
Mac 1948 Menubuhkan Hizbul Muslimin
Julai 1948 ditahan dibawah undang-undang darurat
6 bulan dipenjara Taiping
18 bulan di Pulau Jerjak
Kemudian di Tanjung Beruas Melaka,akhirnya di Penjara Ipoh
Dibebaskan pada oktober 1952
PROF. ZULKIFLI MUHAMMAD
Kembali ke tanah air 1952
Menolak tawaran sebagai Mufti Perak
1955 Bertanding pilihanraya atas Tiket PAS
1956 dipilih sebagai Tim YDP
Mei 1964 terkorban dalam kemalangan jalan raya
AHMAD BOESTAMAM
Parti Rakyat Malaysia
Dipenjara 1948-1955
PAK SAKO
Parti Buruh
Dipenjara 1948-1953
Tahun 1948, lebih 300 orang ulama dan pejuang Melayu ditangkap di bawah undang-undang darurat.
Dan…
MEREKA MUNCUL KETIKA BERLAKUNYA LOMPANG AKIBAT TOKOH-TOKOH BESAR DITANGKAP!
Hmm…Boleh percaya atau tidak fakta ini?
Saya tinggalkan kepada pembaca untuk menilainya.Menurut penceramah tersebut,rujukan tentang kebenaran fakta ini boleh didapati dalam buku Modern Egypt, Lord Cromer.
Wallahu a’lam, wassalam.

HUKUM TANAM GIGI (DENTAL IMPLANT)
Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang hukum tanam gigi atau dalam istilah pergigiannya disebut sebagai ‘dental implant’.Artikel ini didapati di www.fiqhmedic.wordpress.com. Jika anda ingin mengetahui isu-isu pergigian dan perubatan yang lain, silalah berkunjung ke laman tersebut.
Soalan : Gigi depan saya sudah dicabut kerana buruk dan sekarang memakai gigi palsu. Bolehkah saya tanam gigi untuk gantikan gigi palsu kerana banyak masalah pakai gigi palsu ini. Apakah hukumnya? Bagaimana sekiranya saya meninggal nanti kerana ada orang kata apabila kita meninggal semua anggota palsu kita perlu dibuka.
Dijawab oleh Ustazah Sakinah;
Dibolehkan menanam gigi yang telah rosak dan menggantikannya dengan gigi yang baru. Ia tidak termasuk mengubah ciptaan ALLAH kerana pada asalnya gigi tersebut wujud. Kemudian rosak. Tambahan pula proses itu perlu memandangkan gigi sentiasa digunakan. Seorang sahabat pernah mengalami kerosakan hidung akibat peperangan. Kemudian beliau meminta keizinan Nabi s.a.w untuk menggantikan hidungnya dengan hidung yang diperbuat daripada emas. Lalu baginda membenarkan. Gigi yang ditanam itu tidak lagi perlu dibuka apabila meninggal. Kerana perkara seperti itu tidak pernah disebut dalam nas yang tsabit daripada Rasulullah s.a.w.
Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my
Monday, December 1, 2008
CORETAN SEBELUM KELAS
Sekarang ni dah bulan Zulhijjah, pastu akan masuk tahun baru hijrah 1430. Sekarang ni pun dah Disember, pastu akan masuk tahun baru 2009...
Pejam celik pejam celik, usia akan meningkat lagi setahun, jadi 23…Kalau nak banding dengan mak,umur 23 mak dah ada 2 orang anak. Kalau nak banding dengan kawan-kawan sebaya pulak, ada yang dah tahun akhir, ada yang dah praktikal, ada juga yang dah buat master…selain tu, yang dah nak kahwin pun ada. Semalam kawan sekolah saya, Juliana hantar SMS, minta alamat rumah sebab nak poskan kad jemputan kahwin…Alhamdulillah, tahniah buat Jue. Saya bangga dengan sahabat-sahabat saya yang ambil keputusan untuk kahwin. Nasihat saya untuk semua, kalau dah ada kemampuan, kahwinlah…Kalau tak mampu lagi, hendaklah mujahadah sungguh-sungguh. Nasihat untuk saya juga.
Hmm…Saya ni pulak baru tahun dua.Kadang-kadang rasa macam nak cepat-cepat je habiskan belajar ni. Kursus pergigian ni tempohnya 5 tahun.Macam perubatan. Tapi tak mengapalah, memang saya sudah jangkakan semua ni sewaktu buat keputusan untuk sambung belajar selepas tamat sekolah dulu. Saya harus sabar. Ye, sabarlah wahai diri. Lagipun, mak ayah tak kisah. Lama dalam menuntut ilmu tu bagus, kan?Saya harus teruskan sahaja perjalanan ini! Minta-minta Allah akan permudahkan segalanya.aminn…
Keputusan Professional Exam dah diumumkan dan alhamdulillah, kami semua lulus. Peperiksaan Professional seterusnya pada bulan Jun tahun depan. Hai,banyak betul peperiksaan.Mujurlah kami pelajar-pelajar Dentistry ni hanya dinilai sebagai ‘lulus’ dan ‘gagal’ sahaja. Kalau cemerlang lagi dapat ‘distinction’. Tapi bagi saya,kalau dah dapat lulus pun bersyukur sangat-sangat dah. Nak lulus pun cukup-cukup memerlukan usaha yang gigih.
Inilah klinik pergigian UIAM yang akan digunakan untuk tahun-tahun klinikal
Pagi tadi ada perasmian klinik pergigian UIA oleh Dekan kami. Seronok juga jadi pioneer batch dentistry di UIA ni…peralatan baru macam dental chair dan instrument-instrument lain, kami yang first guna…Kami akan memulakan clinical years lagi awal dari yang dijangkakan. Sepatutnya tahun 3 baru klinikal, tapi kami harus memulakannya di pertengahan tahun dua ni. Tahun klinikal juga adalah tahun-tahun mencabar. Pensyarah cakap, sangat sibuk…entahlah akan sibuk macam mana, tetapi harapnya walau sibuk pun, saya masih berpeluang untuk membaca blog rakan-rakan dan meng'update’blog ni. Saya seronok baca blog rakan-rakan. Banyak ilmu dan info yang didapati.Sahabat-sahabat bloggers, teruskan menulis ye!
Untuk tahun klinikal ni, kami ada uniform klinikal yang mesti dipakai. Bagi saya, agak menyeksakan jiwa juga sebab tidak menjadi kebiasaan berpakaian begitu. Namun nak tak nak, wajib dipakai juga.Oh tidak...ampunkan aku ya Allah! Sesungguhnya hatiku tidak redha dengan pakaian begini. Di masa akan datang, saya akan cuba melonggar dan melabuhkan lagi uniform tersebut. Harap- harap pihak pentadbiran kulliyyah membenarkan. Harapan saya,walau apa jua pembaharuan yang dibawa oleh pihak pentadbiran dan pengurusan universiti kepada pelajar,namun biarlah biah solehah tetap terpelihara di Kulliyyah of Dentistry khususnya dan UIA umumnya.
Ops, sampai di sini dulu ye. Kelas akan dimulakan sebentar lagi. Em, nanti kalau saya dah grad sebagai doktor gigi, bolehlah datang buat rawatan dengan saya. Manalah tahu,kalau-kalau saya boleh bagi rawatan free…:) ‘Ala kulli hal, diharapkan semoga kawan-kawan istiqamah di dalam perjuangan Islam, sampai mati, Insya Allah!
Sekian. Maafkan salah dan silap saya ye.

Subscribe to:
Posts (Atom)