:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Sunday, December 21, 2008

KEMUSYKILAN AGAMA

Assalamualaikum…

Buat pembaca yang budiman, saya mempunyai satu kemusykilan agama. Saya sudah bertanya kepada seorang ustaz dan ustazah tetapi kedua-duanya masih belum reply walaupun sudah lama menunggu. Mungkin sibuk dengan keluarga masing-masing.

Apakah hukumnya membaca doa awal dan akhir tahun?

Perkara ini diamalkan di tempat saya, tetapi saya ada terjumpa suatu artikel (tidak diketahui organisasi mana yang mengeluarkan)yang menyatakan bahawa bagaimana boleh wujud doa awal dan akhir tahun, sedangkan sambutan awal Muharram tidak pernah wujud di zaman Rasulullah. Malah, hadis tentangnya adalah palsu.

Saya amat berharap jika ada pembaca yang mengetahui hukum yang sebenar, dapat mencoretkan sedikit komen di sini sebelum menjelangnya tahun baru 1430H ini. Jika hukum sebenarnya adalah harus atau sunat, saya bercadang untuk menganjurkan majlis bacaan doa-doa tersebut bersama-sama pelajar-pelajar pergigian di sini melalui Biro Tarbiyyah yang ditaklifkan kepada saya yang lemah ini.

Barakallahu fikum. Jazakumullahu khairan jaza’.

2 comments:

Unknown said...

http://aljoofre.blogdrive.com/archive/10.html

http://aljoofre.blogdrive.com/archive/11.html

Moga membantu...

Shahibul Afzan Wahab said...

Alhamdulillah...terima ksh Ust Rdhanz atas laman2 yg diberi.sgt membantu.

Juga terima ksh buat insan bernama 'hamba' yg memberi komentar di shoutbox saya. Saya copy paste komentar yg beliau berikan utk rujukan di kemudian hari:

Smua jwpn kpd persoalan berkaitan bidaah bergantung kpd sjauh mana pihak tersbut mnerima takrif bidaah dolalah.klu perkara yg tidak dlakukan oleh nabi dianggap dolalah,maka mereka x akan trima pndpt pihak yg kontra.asas perbincangn sbnar:apa bidaah dolalah?slagi mreka x trima wujud bidaah hasanah,maka jawapan mereka smua yg nabi x buat ialah haram,kias je dgn smua perkara.

Sekarang bolehla sy proceed dengan kerja-kerja yg seterusnya...=)

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template