:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Thursday, December 11, 2008

JADIKANLAH AL QURAN SEBAGAI KEKASIH

Alangkah beruntungnya sesiapa yang sentiasa melazimi dirinya dengan mempelajari, membaca dan mentadabbur al Quran kalamullah…

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al Quran."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : “Belajarlah kamu akan Al Quran, di akhirat nanti ia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?"

Maka orang yang pernah membacanya akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjungi, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al Quran itu : "Adakah kamu Al Quran?"

Lalu Al Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membacanya mengadap Allah S.W.T. Orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian diletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ibu bapanya yang muslim pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua? Padahal amal kami tidaklah sampai ini."

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al Quran."


*Muhasabah bersama (terutama untuk diriku yang sering lupa):

SUDAHKAH KITA MEMBACA AL QURAN PADA HARI INI?


Mungkin ada yang terlupa, buat-buat lupa, terlepas pandang atau malas untuk membaca al Quran dalam hari- harinya. Di bawah adalah cara yang boleh diamalkan untuk mendisiplinkan diri kita supaya membaca al Quran setiap hari:

1. Anda mesti peruntukkan sekurang-kurangnya satu waktu yang khusus dalam sehari untuk al Quran (saya namakan waktu tersebut sebagai ‘Masa untuk al Quran’).

2. Waktu tersebut adalah lapang bagi anda, di mana anda free daripada meeting, discussion, study group dan sebagainya.

3. Dalam tempoh waktu tersebut, diri anda berada dalam keadaan segar dan tidak mengantuk.

4. Contoh waktu tersebut adalah selepas Subuh atau waktu antara Maghrib dan Isyak (atau pilih sendiri waktu yang sesuai dengan anda).

5. Manfaatkan waktu tersebut sepenuhnya untuk membaca atau mengulang al Quran. Jangan terjebak dengan gejala mengumpat atau bersembang kosong kerana mungkin di waktu yang lain anda akan sibuk sehingga tiada masa untuk membaca al Quran pada hari tersebut.

6. Sekiranya anda ada hal yang lebih penting untuk dilakukan pada waktu tersebut, carilah waktu yang lain selepas itu (sebelum anda tidur) untuk membaca al Quran walaupun sekejap.

~CINTAILAH AL QURAN…JADIKANLAH AL QURAN KEKASIH ANDA DAN JANGAN TINGGALKANNYA WALAU SEHARI~

2 comments:

Unknown said...

Peringatan di waktu yang tepat. Mood raya, tak sempat nak ngaji... :(

Shahibul Afzan Wahab said...

post ni sbg peringatan dan motivasi utk diri sendiri ni juga...

"khairukum man ta'allamal quran wa'allamahu"

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template