:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::

Saturday, December 13, 2008

AZAM BARU 2009

Semoga hidup kita sentiasa dipandu dengan petunjuk Ilahi...

Assalamualaikum semua…

Anda dah ada azam untuk tahun baru 1430 dan 2009? Saya dah ada 7 azam yang ingin dicapai pada tahun hadapan, insya Allah.

Untuk tahun 2008, saya ada 8 azam dan selepas saya menilainya, alhamdulillah 7 berjaya dan lagi 1 gagal. Mungkin strategi saya tidak kena dan harus ditukar dengan strategi yang lain untuk dicapai pada tahun 2009 pula.

Sejak Darjah 6 lagi, setiap kali tahun baru akan menjelma, saya pasti akan meluangkan masa untuk memikirkan apakah azam baru untuk tahun itu. Kemudian saya akan catat pada suatu kertas dengan tulisan yang agak besar dan ditampal di dinding bilik. Bagi saya, azam baru sangat penting untuk difikir, ditulis dan dipamerkan untuk tatapan sendiri. Azam baru yang kita fikirkan itu pula mestilah praktikal atau realistik, iaitu mampu dicapai dengan kekuatan yang kita ada serta usaha kita(dengan pertolongan daripadaNya).

Dengan adanya azam baru, kita berupaya merancang kemajuan diri kita supaya 'berkadar terus@langsung' dengan pertambahan umur kita. Seharusnya, semakin bertambah umur kita, semakin maju diri kita,dan semakin bertambah ilmu dan kemahiran yang kita ada. Insya Allah. Selamat maju jaya untuk semua. Semoga Allah memberkati setiap langkah perjalanan hidup kita di dunia fana ini.

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al Hasyr: 18)

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template