:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::

Loading...

Monday, January 26, 2009

Keajaiban Matematik di dalam Al Quran


Tahukah anda bahawa al Quran mengandungi banyak kaitan dengan angka 19? Angka ini disebut di dalam al Quran di dalam surah al Muddaththir ayat 30: “ Di atasnya ada sembilan belas.” Angka ini turut menjadi kod di pelbagai tempat di dalam al Quran.Antaranya ialah:

• Kalimah “bismillahirrahmanirrahim” mengandungi 19 huruf.

• Al Quran mengandungi 114 surah iaitu 19 X 6.

• Surah pertama yang diturunkan iaitu surah al ‘Alaq (surah ke-96) adalah surah ke-19 jika dibilang daripada belakang.

• 5 ayat pertama yang diturunkan mengandungi jumlah perkataan di dalamnya sebanyak 19 patah perkataan.

• Surah pertama yang diwahyukan iaitu surah al ‘Alaq mengandungi 19 ayat dan 285 jumlah perkataan di dalamnya(19 x 5).

• Surah an Nasr iaitu surah terakhir yang diwahyukan, juga mengandungi 19 perkataan. Tambahan pula,ayat pertama surah an Nasr yang menceritakan tentang pertolongan Allah, juga mengandungi 19 huruf.

• Terdapat 114 basmalah di dalam al Quran (19 x 6).Jumlah surah di dalam al Quran yang dimulai dengan basmalah ialah 113. Satu-satunya surah yang tidak dimulakan dengan basmalah ialah surah ke-9 iaitu surah at-Taubah. Namun begitu terdapat 2 basmalah di dalam surah an Naml iaitu di permulaannya dan pada ayat ke-30, menjadi bilangan basmalah di dalam al Quran sebanyak 114 (19 X 6) kesemuanya!

7 comments:

RdhanZ said...

Bagaikan pernah terbaca sebelum ini tentang rahsia nombor 19 dalam Al-Quran.

Ya! Dalam buku tulisan Dr. Haron Din terbitan UKM yang membalas buku Kassim Ahmad yang bertajuk Hadith: Satu Penilaian Semula.

Kassim Ahmad telah terpengaruh dengan ideologi yang dipopularkan Dr. Rashad Khalifa, seorang biologis beragama Bahai yang begitu taksub dengan angka 19 yang ditemui di dalam al-Quran.

Bahkan, bilangan perkataan dalam ayat yang tidak 19 pun, tetap dicukupkan dengan merekayasa kaedah mengira perkataan yang tersendiri. Begitu juga perkataan yang lebih dari 19 huruf, dipusing-pusing supaya tetap dikira 19 huruf.

Buku tersebut sangat menarik untuk dibaca (maaf, saya lupa akan tajuknya).

Dan jenayah paling besar yang mereka lakukan ialah menolak hadith sebagai sumber rujukan.

AZAN SUBUH said...

Oh begitu, terima kasih atas perkongsian maklumat...

Tetapi macam mana kaitannya penolakan hadith dengan angka 19 ini?

RdhanZ said...

Oh, pada hemat saya, tiada kaitan secara langsung antara angka 19 dengan penolakan hadith. Cuma, gara-gara taksub akan kaedah matematik boleh membawa kepada kecelaruan dalam tafsir dan membawa kepada penolakkan kepada hadith sebagaimana yang berlaku kepada Dr. Rashad Khalifa dan yang seumpamanya.

Apa-apa pun, buku tulisan Dr. Haron Din itu memang sangat menarik untuk dibaca dan dimiliki.

AZAN SUBUH said...

Harap dapat jumpa buku tu...

By the way, Al Quran dan hadith adalah rujukan nombor satu kita...
Ilmu2 lain adalah disandarkan kepadanya...sesiapa yg berpegang pd Quran dan Sunnah Nabi takkan sesat selama-lamanya.

Wallahua'alam. Ilmu Allah terlalu luas.Hanya setitik ilmu manusia jika ingin dibanding dengan ilmu Allah yg seluas lautan. :)

Subhanallah!!

adi said...

http://answering-islam.org/Religions/Numerics/prayer.html

Anonymous said...

buku yang menerangkan tentang kod 19 yang menyesatkan 2, title buku 2, "rekaan rashad khalifa, kod 19 menyesatkan", kalu nak cari buku tu, maila perpustakaan ukm.

Shahibul Afzan binti Wahab said...

terima kasih atas perkongsian...entah bilakah saya akan berpeluang utk ke perpustakaan ukm :)

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template