:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::

Tuesday, January 6, 2009

Yang Tertutup Itu Indah

Ketika melayari Friendster dan weblog kawan-kawan, kadang-kadang saya agak terkejut apabila ada sesetengah kawan-kawan perempuan yang sudah berani mempamerkan gambar-gambar mereka tanpa bertudung dan mendedahkan aurat yang lain. Amat malang lagi, ada yang sudah tidak memakai tudung langsung di luar atau istilah lainnya, free hair. Sungguh sedih sekali,lebih-lebih lagi jika mereka adalah kawan-kawan lama yang sama-sama menuntut di sekolah agama dahulu. Adakah kawan-kawan telah lupa akan hukum menutup aurat yang diwajibkan ke atas para muslimah? Ataupun kawan-kawan melakukannya disebabkan pengaruh kawan atau persekitaran?

Saya ingin mengajak mereka yang berbuat demikian agar kembali semula ke jalanNya (semoga mereka membaca tulisan ini). Walaupun kita hanya meletakkan gambar , hukumnya tetap haram kerana telah mendedahkan aurat kita. Malah seluruh dunia dapat melihatnya. Bagi yang terlupa, saya ingin membawakan semula dalil daripada al Quran tentang hukum menutup aurat:


"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Di dalam firman Allah yang lain,

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (An Nur:31)


Telah jelas apa yang dinyatakan oleh al Quran. Menutup aurat adalah perintah Tuhan kita. Tuhan yang menjadikan kita, dan kita hambaNya. Malah suatu ketika dahulu, kita sering dipesan oleh ustaz dan ustazah kita, serta kakak-kakak senior yang begitu mengambil berat tentang kita. Adakah kawan-kawan telah lupa?

Teringat pula kata-kata seorang sahabat saya di dalam e-mailnya kepada saya, ‘ Jangan biarkan persekitaran menguasai kita, sebaliknya kitalah yang menguasai persekitaran’. Jangan kita mengorbankan agama kita hanya kerana mengikut trend semasa. Allah menjadikan sesuatu hukum itu pasti ada hikmahnya, untuk kebaikan kita juga. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW :

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya..." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )


Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Pernahkah kawan-kawan terfikir?

Sedarilah kawan-kawan yang disayangi, sesungguhnya yang tertutup itu lebih indah daripada yang terdedah! Masa masih belum terlambat untuk kita memohon ampun daripadaNya. Bersegeralah untuk bertaubat serta tutupilah kembali perhiasan diri kita yang sepatutnya hanya untuk tatapan insan yang benar-benar layak.

Ingin saya kongsikan sebuah puisi yang pernah saya terima melalui e-mail:

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
Tidak terletak pada kemanjaannya.

Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya
Yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya
Bermain lidah memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah,
Bukan terletak pada barang kemas,
Atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya,
Meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik,
Dengan paras rupa yang indah,
Bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik,
Atas kemajuan dan kekebalannya,
Dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat rahmat ilahi.

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi,
Yang engkau kuasai,
Kerna ada lagi insan yang lebih berpengetahuan darimu.
Wahai wanita jangan berdukacita,
Atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerna muslimin itu tidak akan terpaut pada wanita,
Hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia...seindah hiasan adalah wanita solehah...”


Maafkan saya kawan-kawan, saya menulis ini bukan bertujuan untuk mengaibkan,tetapi kerana saya amat menyayangi kalian...

10 comments:

kakchik said...

afzan, amat bagus sekali kalau dikirimkan tulisan ini kepada mereka yg sudah terlalai itu.
kadang2 sengaja dilupakan kerana godaan nafsu dan ada juga yang fikir tutup aurat ialah pakai tudung bila nak keluar dr rumah shj.
ramai yg masih tidak faham KONSEP aurat yang sebenarnya.

RdhanZ said...

Mereka tak faham bahawa kebaikan akan pulang kepada diri mereka juga. Secara individu dan secara kelompok.

Masyarakat melihat perempuan bertudung berada di kelas tersendiri berbanding perempuan yang tidak bertudung. Apatah lagi yang bertudung labuh dan berpurdah.

Jika pengaruh persekitaran yang diambil sebagai teladan, maka bersedialah untuk sentiasa diubah-ubah mengikut peredaran fesyen yang membazirkan duit dan pahala.

Moga kita semua diberi kekuatan dan ketetapan dalam iman.

Selamat berpuasa.

::HaMpArAn HaTiKu:: said...

salam,ana setuju sangat ngan entri yg ustaz tulis nie,amat bersesuaian untuk para remaja diluar sana yg masih mendedahkan aurat mereka...

TENGKU KHAIRUL IDHAM said...

Mmg amat menyedihkan jika 'mereka' itu adalah keluaran dr sekolah agama..

Mungkin disebabkan suasana sekiling yg menekan mempengaruhi mereka.

Tapi berapa ramai yang mampu bertahan dgn suasana?????

cLoVer4miza said...

mereka adalah golongan yg perlu didekati.. ckp pasal hukum aurat, sy rs mereka semua tahu.. kasihan melihat mereka..

hati mereka masih milik Allah.. semoga diberi hidayah..

WaZa Ali said...

yang tertutup akan selamanya indah..percayerlah!

HANIEM MUSTAPHY said...

betul kak shibul.. sedih anim tengok sesetengah adik2 kat smaasza dulu dah berani mempamerkan imej yg tak bertudung..

tak sangka pun ade dgn adik2 ni.. kalu batch anim ni tak tau laa ade ke tak yg tak bertudung..

bukan lah nak cakap org sekolah agama semua baik2, tapi kite belajar agama lebih dari org yg bersekolah biasa..

aplikasinya tidak apa yg dipelajari di skolah dulu.. peringatn utk diri sendiri jgk agr tidak terlalai..

Syeikhulislami said...

Ramai komen entri ni.Seolah-olah gejala ini terlalu parah.
Byk faktor yg mempengaruhi perkara ni.Antaranya didikan keluarga.Sebab tu islam menitikberatkan pembentukan dan pendidikan dalam BAIT MUSLIM.

diZZy GeoloGist said...

azan subuh...bace cite cik azan subuh teringat cite mak sy ms adik laki sy dilahirkan..die jugak dilahirkan waktu azan berkumandang jugak..tp time tu bulan puase...yang klaka nye jiran sebelah umah sy aka nenek angkat sy nk kasi nme adik sy tu 'mat subuh'..hehe..
tp mak tak kasi..bg nme lain yg lg special...
tp..
lg special nya adik sy ni pom x-SMAAZA gak..junior cik azan subuh kot..hehe...

AZAN SUBUH said...

terima kasih buat semua yg sudi berkongsi pandangan di sini...

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template