:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Thursday, July 2, 2009

Kekurangan Doktor Gigi Kritikal

Malaysia masih kekurangan doktor gigi. Buktinya, baca berita di bawah. Jadi kepada adik-adik yang sedang berfikir-fikir untuk mengambil jurusan apa di IPT, bolehlah pertimbangkan untuk mengambil pergigian. Jemput datang ke UIAM Kuantan.

Ini adalah patient saya untuk sesi pre-clinical yang lepas. Namanya PH038 (PH=Phantom Head, 038=nombor dental unit saya). Masa gambar ini diambil, giginya masih elok lagi. Tetapi sekarang giginya telah banyak 'dilubangkan' dan ditampal kembali oleh dentist tak bertauliah ini. Bukan senang nak buat lubang@cavity ni. Retention form, resistance form, semua nak kena ikut. . .

* * *
Berita (Sumber : Utusan Online) -- Arkib 28/06/2009

Kekurangan Doktor Gigi Kritikal


Seorang doktor gigi untuk 8,000 penduduk.

Itulah nisbah seorang doktor gigi di negara ini dengan jumlah penduduk dan keadaan tersebut amat membimbangkan Kementerian Kesihatan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keadaan itu menyebabkan bebanan tugas doktor gigi semakin bertambah sehinggakan mereka tidak mendapat rehat yang cukup.

Justeru, katanya, kerajaan berusaha mengatasi kekurangan itu dengan menetapkan satu matlamat iaitu seorang doktor merawat 4,000 orang menjelang tahun 2017.

”Sehingga 31 Disember 2008, negara hanya mempunyai 3,410 doktor gigi dan 241 daripadanya adalah doktor pakar dengan nisbah doktor kepada penduduk 1:8,000 dan kira-kira 49.6 peratus daripadanya berkhidmat di sektor awam.

”Ini amat kurang dan berbeza dengan negara maju lain antaranya Norway, Kanada, Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) dengan seorang doktor gigi merawat 2,000 pesakit,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pergigian Malaysia di sini hari ini.

** Berita selanjutnya boleh dibaca di sini.

7 comments:

Alia Abdul Rashid said...

Ya Allah..innalillah..seriusly? emm, moga cpt sembuh la wanita tu ye..awk cane? rslts alhamdulillah semua ok kan? penuhi keperluan dr gigi yg berkurangan tu tau! =) insyaAllah =)

Shahibul Afzan Wahab said...

A'ah, tapi kes tu dah lama.harapnya wanita tu dah ok. result yang hari tu alhamdulillah...hari2 yg seterusnya makin mencabar ni.

Doktor perubatan pun sama,tak cukup juga.semoga awak jadi doktor yg berjaya dunia akhirat.doakan saya juga...

dkama said...

Tapi kekurangan doktor gigi tuh untuk penduduk luar bandar kan?? rasanya sabah n sarawak kalau tak salah dengar ari tuh...

Shahibul Afzan Wahab said...

Em, sekarang ni memang kekurangan sama ada di bandar atau di luar bandar. Seingat saya waktu kat matrik uia pj hari tu, lama klinik gigi ditutup sebab xde doktor gigi yg menggantikan doktor gigi yang berpindah.

Unknown said...

salam...mmg sakit bila doktor gigi dekt umh saya 2 nk korek n tampai blik....dh la sakit sgt..tui la org kat skit gigi ni sakit yg pling sakit...

sy pn dlu penah simpn niat nk wat dentist...tp x ksmpaian..la ni family srh wat medic...so...

GOOD LUK no bakal dentsist~

Shahibul Afzan Wahab said...

jazakillah adik albanaT...

memang sangat sakit kalau gigi yang sakit.jadi, yg terbaiknya, kita prevent awai2 sebelum ia sakit.gigi berlubang@caries ni, kalau peringkat awal,ia reversible lagi...maksudnya, ia boleh distopkan daripada progress.tapi bila dah teruk, akan jadi irreversible.sakitla terasa bila dah masuk lapisan pulp yg byk saraf.

xpa la kalau family suh wat medic...insya Allah, medic lebih baik utk adik.setiap orang Allah takdirkan yang terbaik utk dirinya.

gud luck juga no bakal doktor~ :)

nu.ai.za said...

bukan luar bandar je.saya rasa kat bandar pun same.rumah saya kat KL. patient bleh jumpe doctor hr rabu je.hari lain untk appoinmt je.tu pun sorang dua je doctor yg ade.huhu

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template