(Saya terjemahkan daripada sebuah email)
Vander Hoven, seorang psikologis dari Netherlands mengumumkan penemuannya tentang kesan membaca al Quran dan mengulangi sebutan "Allah" ke atas pesakit. Ini adalah berdasarkan kajiannya selama 3 tahun. Kesimpulan yang didapatinya, sebutan "Allah" benar-benar memberi kesan yang memberangsangkan terhadap penyembuhan pesakit-pesakit yang mengalami tekanan mental.
Psikologis itu menerangkan bagaimana setiap huruf dalam kalimah ALLAH dapat memberi kesan penyembuhan kepada penyakitnya. Beliau menyatakan bahawa:
-Huruf A, yang keluar melalui sistem pernafasan, akan mengawal pernafasan.
-Huruf L yang 'bersabdu', apabila disebut akan menyebabkan lidah sedikit terangkat ke lelangit, dan akan menghasilkan satu 'pause' yang merehatkan pernafasan.
-Huruf H yang terakhir akan membuatkan satu 'contact' antara paru-paru dan jantung, dan ini akan mengawal degupan jantung.
Sebenarnya, professor ini seorang non-Muslim tetapi beliau sangat berminat dengan kajian Islam dan suka mencari rahsia-rahsia agung yang terkandung di dalam kitab suci al Quran.
Subhanallah! Banyakkan berzikir menyebut namaNya...
7 comments:
Salam afzan. Terima kasih ya,atas perkongsian ilmu ini. Benar2 mengkagumkan. InsyaAllah akan berterusan dipraktikkan.
salam... setiap apa yang diciptakan oleh allah itu tak penah sia termasuklah nama allah itu sendiri... semoga kita menghayatinya setiap ciptaannya
Ehm Terima kasih saudara Afzan... InsyaAllah selagi nafas terlekat dirongga Nama Allah akan disebut oleh ramai orang... PEACE...
sama2...segala yg baik daripada Allah jua.
subhanallah..
syukran for sharing
Terima kasih atas ilmunya selain dari ALLOH adalah ciptaanya
'afwan...
semoga kita dapat jadikan zikir sebagai amalan harian. :)
Post a Comment