:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::

Friday, August 28, 2009

Selamat Hari Lahir Buat Adik Bongsuku

Entri buat adik bongsu saya yang menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-2 pada hari ini. Adik bongsu saya ni, satu-satunya anak lelaki kepada emak dan ayah. Selamat Hari Lahir, Arif...

Inilah adik bongsu saya...Selalu pakai selipar tertukar kanan dan kiri...Hehe.

Along harap, one day, bila Adik dah pandai membaca, Adik baca entri ni yang Along tuliskan untuk Adik...

Semoga Adik menjadi anak yang soleh. Alangkah bangganya Along jika Adik membesar sebagai lelaki acuan al Quran.

LELAKI ACUAN AL-QURAN

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak gentar melawan nafsu.

Lelaki acuan al-Quran ialah yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh bersifat jembalang.

Lelaki acuan al-Quran ialah yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti pada orang tua dan keluarganya
Yang bakal menjaga keharmonian rumah tangga
Yang mendidik isteri dan anak-anaknya mendalami ilmu agama
Yang mengamalkan hidup dengan kesederhanaan kerana dunia baginya rumah sementara menunggu akhirat.

Lelaki acuan al- Quran sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup di bawah naungan al-Quran
Dan mencontohi sifat Sayyidina Ali KWJ
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya dengan penuh kesyukuran dengan rahmat Allah SWT.

Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masanya
Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengalunkan ayat al-Quran dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Yang bangun subuh dengan penuh kecerdasan kerana sehari lagi bertambah usianya penuh kebimbangan

Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan ini perlu dibaja dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah impiannya
Dialah lelaki acuan al-Quran…

p.s.Maaf ya para pembaca, entri yang hanya berkaitan seorang kakak sulung dengan adik bongsunya :)

11 comments:

Syeikhulislami said...

Memang entri ni agk pribadi.Tp ia mnginsafkan ana.
Jauhnye diri ini...

sufygirl said...

slm, kak...
what a nice entry..
comelnye, besar2 nti mst hensem..hehe..(^^,)

Cikgu Adham said...

slm..
lelaki acuan al-Quran, seronok bila membacanya.. thanks..

ASYIQ said...

Ingat kat anak bongsu akak...pun sama suatu masa dulu suka pakai selipar terbalik...

Lelaki acuan alQuran? Sajak ciptaan sendiri ke??? Meaningfull...thanks for sharing.

Azan Subuh said...

to Syeikhulislami:

Kalau diizinkan Allah,semoga adik ana ni pun akan belajar agama di Al Azhar sana bila dia dah besar nanti...

to sufygirl:

Waalaikumussalam...thanks jie.

to Cikgu Adham:

Waalaikumussalam,sama2.

to Kak Asyiq:

Ye ke kak?Budak2 memang pyh nak beza kot mana satu kiri mana satu kanan. Entah2 saya pun macam tu gak dulu.Hehe.

Sajak ni bukan saya buat kak...dan tak pasti siapa penciptanya. Selalu jumpa puisi ni di website dan blog.

Cik Skaf said...

Selamat Hari Lahir yg kedua buat adik Afzan.. Muga membesar menjadi lelaki yang soleh, yang mebahagiakan ibu ayah dan menjadi pengawal dan pembela kepada kakak2nya :)

** Bila tgk adik afzan, Rinduuuu sgt pada zaman kecil adik2 kak skaf..terutama yg bongsu tu, msh terbayang2 lagi keletah dia, t'byg2 lg tangisan dia bila dikacau abg dan kakak seramai 6 org kat atas dia.. tapi masa cpt sgt berlalu kan, sdr2 dia dah kat IPT skrg, dah pun berumo 20 thn... dah tak boleh nak dicium2 lagi... huhu2..

Azan Subuh said...

Terima kasih byk kak skaf, atas doa2 kak tu...semoga dimakbulkan Allah.Amiinn...

Oh,dah besar adik bongsu akak. Saya pun tak sabar nak tunggu adik-adik saya besar. Takpe kak, bila adik lelaki kita dah besar,walaupun dah tak boleh dicium2,kita boleh buat cara lain pulak utk tunjukkan yg kita sayang kat dia...

Saya rasa kak skaf ni memang seorang kakak yg penyayang. :)

Cinta Agung said...

Kak sulong baik, lelaki acuan quran ye?insyaAllah..

RoyalTLady said...

Amazing post.

Selamat Hari Lahir for your little brother. I would have to take time to upload my beading work in my blog but there were some already posted in between posts.

Lelaki Mengikut Acuan AlQuran??? Kalau semua atau separuh dari mereka menepati your beautiful poem, dah tentu akan berkuranganlah bilangn IBU yang akan jadi Ibu Tunggal dalam dunia ni...khasnya dalam Malaysia ni.

Itulah yang sepatutnya tetapi 'akal lebih menguasai mereka... mungkin segelintir ada seperti ini, itu tak dinafikan. Mudah2an poem ini memberi keinsafan buat yang membacanya.

k.e.

All The Best May Success be yours soon.Amin.

Azan Subuh said...

To cinta agung:

Amiinn, itulah yg sangat2 diharapkan.

To Aunty Emy:

Thanks aunty.Yes, if all Muslim men as well as women follow the mould of al Quran, of course,everything will be okay...because Al Quran is the best guidance.

syahbandar87 said...

menarikkkk sngt3.tahniah
:)

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template