:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::

Monday, November 29, 2010

Pengalaman Saya di Program Berkhatan



1. Semalam, 28 November, saya berpeluang lagi menjadi sukarelawan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) untuk program berkhatan beramai-ramai. Ini pengalaman kali kedua saya untuk program berkhatan, sebelum ini semasa saya tahun 3 dahulu.

2. Program tersebut dijalankan di Markas PAS Permatang Badak yang melibatkan 100 orang kanak-kanak lelaki. (lelaki sahaja ye, perempuan rasanya tak pernah lagi ada program khatan beramai-ramai :P) Penganjurnya ialah PAS Kawasan Paya Besar, Kuantan.

3. Pelbagai reaksi kanak-kanak dapat diperhatikan. Ada yang steady dan tak sakit langsung...(wow!), ada yang menangis dan menjerit-jerit (kesian...), ada yang mengaji tak henti-henti (surah yang paling femes ialah surah al fatihah), ada yang buat bunyi 'ssssssss' (huhu...), dan tak lupa juga ada yang tak sempat buat apa-apa lagi dah menangis (dan akhirnya terpaksa keluar dulu mengambil angin di luar. Lepas tu saya tak pasti dorang masuk balik ke tak...huhuhu...).

4. Antara kerja-kerja saya sewaktu di sana (selain sebagai pemerhati bebas) ialah menyiapkan peralatan berkhatan : kidney dish dan instruments di dalamnya (needle holder, forcep, scissors, haemostat), gallipot, suture materials (catgut), gauze, alcohol swab, bactigras, chloramphenicol, mineral water (ganti saline), etc...mengisi Local Anaesthetics ke dalam hypodermic syringe - yang digunakan ialah xylocaine dan bupivacaine, dan memprescribe ubat kepada kanak-kanak yang telah selesai berkhatan. Ubat yang diprescribekan ialah :

- Cloxacillin qid 4/7
- Mefenamic acid (ponstan) 250mg prn tds
- Iodine buat basuh luka

5. Saya rasa sangat happy buat kerja-kerja seperti ini. Kepada PAPISMA, terima kasih kerana menyediakan peluang berkhidmat kepada saya. Lain kali panggil lagi ya. (^_^)

6. Kepada kanak-kanak yang dah selamat dikhatankan semalam, jangan lupa sembahyang tau. Ingat pesanan Ustaz Yusof Embong... :)

7. Kepada pihak penganjur, terima kasih banyak-banyak di atas cenderamata anda...(ohh, saya langsung tidak mengharapkannya, tapi sebab orang nak bagi kita terima je la kan...hehe)

8. Ok, sampai sini dulu. Best jugak tulis dalam point form macam ni...(Tiru Ustaz Nasrudin at Tantawi dan Dr Mahathir punya style...heheh)

8 comments:

Anonymous said...

Amboi kak Afzan, gembira norh dapat tolong khatan kan orang..siap ada 'wow!' lagi..heehe.
abis la lelaki2 di luar sana..hehe

papepun, pasni da bleh stat khatan terus la kan..tak perlu tolong2 da.

boleh ke dentist khatankan orang?

Syana said...

Kami pun ada join NICE anjuran PAPISMA cuti summer lepas.Best!!Dapat makan durian byk2 dan keluarga angkat di Perak.Bila Shibul nak join NICE lak?

Shahibul Afzan Wahab said...

Anonymous (sape la adik anon ni ye??);

Hehe..Gembira itu anugerah daripada Allah, ye tak? :)

Actually memang kak afzan sangat suka program khidmat masyrakat, tak kirala medical checkup, dental checkup, program utk budak sekolah dan sebagainya...(tidak limited kpd program berkhatan je tau..hehe.takut salah faham)

Semalam ada sorang pharmacist turut khatankan budak,jadi menjawab persoalan adik di atas, kalau dentist pun, insyaAllah boleh khatankan orang kalau dia pandai...
Lagipun instruments yg digunakan tu lebih kurang sama dengan instruments Minor Oral Surgery...asal tahu anatomy and technique, boleh jalan...betul tak :)

Syana;

Syana, actually kalau la NICE tu shibul tau from the very beginning, memang dah lama join...tapi kat university shibul ni tak sampai promotion, tengok2 dah lepas programnya...huhu. Utk seterusnya insyaAllah... :)

RaNGkuTi said...

Wah3x Afzan...

Shahibul Afzan Wahab said...

Apakah maksud wah3x itu rangkuti?
Saya hanya bercerita pengalaman saya dgn ikhlas (boleh ke mengaku ikhlas?):)

Ukhar said...

saya datang mencuri gambar sikit..hehehe.

internet slow, xley upload gambar lagi..

Shahibul Afzan Wahab said...

akak ingat akak yang nak curi gambar dari bukhari, tapi bukhari pulak yang curi dari akak ye...hehe, sebenarnya akak pun curi gak gambar ni dari blog pas... :)

Ukhar said...

ow..gitu rupenye.

sama2 la kita mencuri(gambar) dan menyebarkan kebaikan =)

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template