:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Wednesday, November 10, 2010

Kaifa Taqdhi al-Mar’ah al-Muslimah Waqtaha?


Kaifa Taqdhi al-Mar’ah al-Muslimah Waqtaha?
Bagaimanakah wanita muslimah menghabiskan waktunya?

Kehidupan ini bukanlah sebagaimana yang sentiasa dibayangkan, iaitu rutin harian sahaja seperti makan, minum, tidur, bermain, bersenda gurau, berhias, berbangga-bangga dan sebagainya, kerana itu adalah kehidupan orang-orang yang lalai.

Akan tetapi sesungguhnya kita diciptakan untuk sesuatu dan tujuan yang lebih luhur dari semua itu, iaitu untuk beribadah kepada Allah semata-mata.

Halangan-halangan yang dapat memalingkan wanita daripada memanfaatkan waktunya dengan baik:

1. Panjang angan-angan dan bertangguh-tangguh

Setiap kali seseorang hendak melakukan sesuatu, syaitan akan mendatanginya dan memujuknya untuk bertangguh-tangguh dengan membisikkan, “Buat esok sahaja atau lusa...” sehingga wanita itu tidak berjaya melakukan apa yang telah diniatkannya.

Hapuskanlah sifat bertangguh-tangguh itu dengan bertekad, dan bercita-cita ( himmah yang tinggi).

2. Sibuk dengan perkara-perkara lagho, bahkan kadang-kadang dengan perkara-perkara yang haram

Wahai wanita yang diberkahi…Gunakanlah waktu anda untuk membaca buku-buku agama, kisah-kisah para nabi, dan membaca al-Qur’an … Nescaya anda akan menemui keberkatan di rumah anda.

3. Kawan yang tidak baik

Sebahagian wanita memandang kepada orang yang lebih sedikit kemampuannya dalam memanfaatkan waktu, tetapi tidak memandang kepada orang yang lebih baik daripadanya. Akibatnya dia berasa bangga kerana merasakan bahwa si Fulanah lebih banyak mensia-siakan waktu daripadanya.


4. Berasa kurang dan lemah

Adakalanya sebahagian wanita mempunyai tekad yang kuat dan mampu memanfaatkan waktunya dengan baik, namun dia merendahkan dirinya sendiri, sehingga setiap kali hendak melakukan suatu amal dia berasa bahawa dia kurang mampu melakukannya.

Untuk mengatasinya, sentiasalah memohon pertolongan kepada Allah dan hendaklah menyedari bahawa itu merupakan bisikan syaitan. Kemudian hendaklah membesarkan jiwanya dan sentiasa melatihnya sehingga terbiasa dengan amalan tersebut.

Allah Ta’ala berfirman,

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.” [QS. Al-Ankabut: 69]

Saranan untuk wanita muslimah: Membuat jadual harian untuk memanfatkan setiap kesempatan di antara peluang-peluang waktu anda dari pagi hingga malam. Kemudian, berusahalah untuk memenuhi jadual tersebut semampunya sehingga tidak ada waktu yang dilalui dengan sia-sia tanpa disedari.

“Sesungguhnya waktu itu, apabila telah berlalu, maka ia tidak akan pernah kembali.”

Biasakanlah membaca zikir-zikir pagi dan petang, kerana makhluk yang paling dicintai Allah adalah yang lisannya sentiasa basah kerana berzikir kepada Allah.

p.s: dialihbahasa daripada bahasa Indonesia ke bahasa Malaysia dari artikel di laman web www.shalihah.com. Semoga wanita-wanita yang membacanya (termasuk diri sendiri) dapat mengambil manfaat daripadanya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template