:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Wednesday, December 1, 2010

Ini Cerita Tentang Adik

Malam semakin larut. Tetapi saya rasa masih 'malas' untuk tidur. Jadi ada baiknya jika saya mencipta entri. Hehe. Alang-alang tengah rindu kepada adik, jadi nak tulis pasal adik bongsu saya, Arif namanya. Satu-satunya adik lelaki yang saya ada. Dah 3 tahun umurnya, tahun depan masuk 4 tahun.

Arif

Baru-baru ini semasa pulang bercuti di rumah, ayah membawa kami sekeluarga makan di luar. Usai makan menuju ke kereta, Arif tiba-tiba berlari dan mengambil sesuatu di atas tanah. Rupa-rupanya Arif ambil tin minuman kosong. Emak memberitahu Arif sedang kumpul tin minuman untuk dijual. Hehehe. Saya terkedu sebentar. Rasa sedih dan sebak pun ada. Adikku oh adikku. Kecil-kecil dah belajar cari rezeki. Kemudian bila sampai sahaja di rumah, kong-kang-kong-kang bunyinya. Arif penyekkan pula tin tadi. Bila saya dekati, dah dapat tin 1/4 plastik besar rupanya.

Bila saya post status di facebook, nampaknya ramai menyokong penuh usaha Arif. Hehe.

Maka, teruskan usahamu Arif. Kak Long bangga dengan adik seperti Arif. Jangan lupa besar nanti jadi ustaz.

5 comments:

aminmenulis said...

Comel la adk akak nih..
haha..
Teringat iklan aiman tak kisah..
"Aiman ada kawan, nama dia arif.. dia suuuukee kutip tin, pastu penyekkan, arif kata dia nak jual. Nak hidup berdikari." Walaupun arif kutip tin hari-hari.
Aiman tak kisah..
hehe...

perindu_خلافة said...

hurm bagus ni..
kecik2 lagi da cerdik,
semoga little khaleefah ini dapat di didik agar mampu memimpin dunia masa depan,
BarakALlahu feek arif ^_^

Shahibul Afzan Wahab said...

Amin;

Hehe..bijak betul komen amin ni...gelak akak baca.x perasan pulak yang iklan aiman tu nama arif jugak kan...

Sambungan daripada akak, "Jika anak sekecil aiman tidak mendiskriminasi, kenapa perlu anda..." :))

Amin, akak harap arif pun suatu hari nanti dapat belajar al azhar dan jadi ustaz dan ulama' macam amin...amiinn...

Perindu khilafah;

Syukran 'ala du'atik... ^_^

Ukhar said...

arif dah sunat blom?kak afzan bley la praktik ilmu yg dapat time khidmat masyarakat baru ni...hehe

Shahibul Afzan Wahab said...

hee...arif belum lagi..buat masa ni arif nak cabut gigi dengan kakak dia bolehla..tapi kalau nak sunat, kena tunggu kakak dia menuntut dulu :)

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template