Motivasiku telah hilang
Hatiku telah gersang
Aku ingin mencarinya pulang
Agar hatiku kembali tenang
Aku ingin hidup secerah mentari

Yang sentiasa menyinari bumi
Tetapi kekadang hatiku disakiti
Dengan perasaanku sendiri
Aku sedar inilah resam kehidupan
Tidak selamanya aku boleh ke depan
Hilang kekuatan dan keyakinan
Sungguh pahit menanggung dugaan
Masa untuk aku bermuhasabah
Memperbaiki silap dan salah
Aku tidak mahu terus rebah
KepadaNya dipohon agar aku tabah
Aku mahu pulang ke pangkuan bonda
Aku mahu pulang ke pangkuan ayahanda
Aku mahu pulang ke pangkuan adinda
Semoga motivasi yang hilang akan kujumpa...
~KADANG-KADANG ALLAH HILANGKAN SEKEJAP MATAHARI, KEMUDIAN ALLAH HADIRKAN KITA GURUH DAN KILAT...PUAS KITA MENCARI DI MANA MATAHARI, RUPA- RUPANYA ALLAH NAK BAGI KITA PELANGI YANG INDAH...~
p.s. Nampaknya setelah sekian lama tak balik rumah (family je yang datang sini), Azan Subuh kena pulang juga hujung minggu ni walaupun sekejap…Harap dapat jumpa balik motivasi yang hilang. Mungkin ada di rumah =). Mujurlah rumah tak jauh.
Motivasi ni macam biskut Chipsmore pulak, sekejap ada sekejap hilang (pesanan penaja: boikot Chipsmore dan Danone). Ya Allah, kuatkanlah Azan Subuh ni...
Jangan putus asa daripada rahmat Allah!













