:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Monday, February 9, 2009

Jangan Berputus Asa Daripada Rahmat Allah

Sesungguhnya Allah sangat kaya dengan sifat pengasih dan pengampun kepada hamba- hambaNya, oleh itu janganlah sesekali kita berputus asa daripada rahmatNya.

“Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu BERPUTUS ASA daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [AZ- ZUMAR:53]

“Mereka menjawab: "Kami menyampaikan khabar gembira kepadamu dengan benar, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang BERPUTUS ASA." [AL HIJR:55]

“Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang BERPUTUS ASA dari rahmat TuhanNya, kecuali orang-orang yang sesat.” [AL HIJR:56]

“Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu BERPUTUS ASA daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada BERPUTUS ASA dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." [YUSUF:87]

* * *

Anas bin Malik melaporkan, beliau sendiri pernah mendengar Nabi Muhammad SAW berkata,

“Allah berkata, “Wahai manusia, selagi kamu berdoa dan berharap kepadaku, selagi itu aku ampunkan dosa-dosamu dan aku tidak peduli betapa banyak dosa itu. Wahai manusia, sekalipun banyaknya dosa- dosamu itu sampai mencecah awan, apabila kamu meminta ampun, aku akan ampunkan. Wahai manusia, apabila kamu datang dengan dosa- dosa yang menutupi seluruh muka bumi banyaknya, tetapi apabila kamu datang kepadaku dengan tidak menyekutukan aku walau sedikitpun, aku berikan kepadamu keampunan sepenuh muka bumi.”


[HADIS KE-42 DARIPADA HADIS 40 IMAM NAWAWI]

3 comments:

Unknown said...

Setahun yang lepas, pesanan ini yang sentiasa meniti bibir seorang teman kepada saya.

La tay-asu min rahmatillah!
La tay-asu min ruhillah!

cLoVer4miza said...

terima kasih.. sgt bagus..

Shahibul Afzan Wahab said...

Ya Allah,jadikanlah kami orang yang tidak berputus asa...walau diuji dengan kegagalan dalam kehidupan...jadikanlah kami orang yang sabar...

"Orang yang berjuang di jalan Allah seringkali menangis lemah di hadapan Allah, tetapi Allah kuatkan dia di sisi manusia...Berbahagialah hati walaupun payah kerana itulah jalan ke jannah..."

Utk diri sendiri: Shahibul Afzan,kena kuat!!!

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template