Luahan Azan Subuh semata- mata untuk ketenangan dirinya. Mungkin tiada manfaat untuk pembaca. Azan Subuh gemar berpuisi walaupun puisinya tidak puitis. Puisi adalah salah satu cara yang baik untuk mengekspresi perasaan...
Motivasiku telah hilang
Hatiku telah gersang
Aku ingin mencarinya pulang
Agar hatiku kembali tenang
Aku ingin hidup secerah mentari
Yang sentiasa menyinari bumi
Tetapi kekadang hatiku disakiti
Dengan perasaanku sendiri
Aku sedar inilah resam kehidupan
Tidak selamanya aku boleh ke depan
Hilang kekuatan dan keyakinan
Sungguh pahit menanggung dugaan
Masa untuk aku bermuhasabah
Memperbaiki silap dan salah
Aku tidak mahu terus rebah
KepadaNya dipohon agar aku tabah
Aku mahu pulang ke pangkuan bonda
Aku mahu pulang ke pangkuan ayahanda
Aku mahu pulang ke pangkuan adinda
Semoga motivasi yang hilang akan kujumpa...
~KADANG-KADANG ALLAH HILANGKAN SEKEJAP MATAHARI, KEMUDIAN ALLAH HADIRKAN KITA GURUH DAN KILAT...PUAS KITA MENCARI DI MANA MATAHARI, RUPA- RUPANYA ALLAH NAK BAGI KITA PELANGI YANG INDAH...~
p.s.
Nampaknya setelah sekian lama tak balik rumah (family je yang datang sini), Azan Subuh kena pulang juga hujung minggu ni walaupun sekejap…Harap dapat jumpa balik motivasi yang hilang. Mungkin ada di rumah =). Mujurlah rumah tak jauh.
Motivasi ni macam biskut Chipsmore pulak, sekejap ada sekejap hilang (pesanan penaja: boikot Chipsmore dan Danone). Ya Allah, kuatkanlah Azan Subuh ni...
Jangan putus asa daripada rahmat Allah!
:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
motivasi mmg mudah berkurang, bkn hilang terutama kalau kita bersendirian. jika kita sering berada di dalam lingkungan orang-orang yang bermotivasi, tak kiralah motivasi apa sekali pun, insya-Allah kita akan turut teruja dgn mereka.
elakkan diri berseorangan dan pulang ke kampung juga boleh meningkat kembali tahap motivasi.
kak angoh..doaku moga bertemu dengan motivasi yang "bercuti"
Agaknya azan subuh kene cari seorang teman untuk menjadi motivator setia di sisi.
Sekadar cadangan..
Tak mesti terima.
sy pon tgh cari~ hmm..
sma2 la kita cari :D
terima kasih kak chik atas nasihat kak chik...saya amat menghargainya.
terima kasih hamasyie a.k.a adik khai.semoga adik khai kan selalu support kak angoh.
cdgn ustaz syeikhulislami tu baik, tapi azan subuh belum ready lagi...buat masa ni cukuplah mak, ayah,adik-adik dan kawan-kawan yg menjadi penawarnya.
buat miza,kak afzan doakan moga sudah jumpa... :)
Post a Comment