Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi,sedikit lega rasanya kerana peperiksaan telah pun selesai. Saya berharap agar kehidupan kembali stabil seperti sediakala. Lima hari berturut-turut di dewan peperiksaan menjadikan diri sangat penat dan kurang stabil terutama dari segi biological clock. Segala aktiviti harian yang biasa terpaksa di'cut' sedikit sepanjang tempoh peperiksaan demi memberi perhatian kepada study. Di musim peperiksaan ini, sememangnya tidak mampu untuk tidur di waktu yang biasa.
Agak sukar exam Pharmacology, kertas yang terakhir pada pagi tadi. Saya menghadapi sedikit kesukaran dalam mengingat drugs yang sangat banyak dengan mechanism masing-masing. Apabila menjawab soalan peperiksaan,selalulah tertukar-tukar. Selepas ini perlu lebih banyak membuat latihan menjawab soalan.
Keseluruhannya, tentang performance untuk peperiksaaan kali ini, saya tidaklah merasakan terlalu puas hati. Rasanya masih banyak lagi teknik belajar yang perlu diperbaiki. Ada sesetengah subjek yang saya pandang remeh dan bertangguh-tangguh untuk study, hinggakan tidak sempat untuk menghabiskan semuanya dengan baik dan betul- betul faham. Muhasabah untuk diri sendiri. Harapnya masih ada waktu. Insya Allah, peperiksaan yang lebih penting iaitu Professional Exam akan diadakan Jun ini.
Sebenarnya tidak ada apa-apa untuk ditulis. Sekadar berkongsi rasa. Apa-apapun, apa khabar anda semua? Didoakan segala kebaikan dan kesejahteraan untuk semua...Semoga anda memperolehi hari-hari yang gembira dan ceria.
“Temanku...
Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah...
Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiyyah Pencipta...
Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga...
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera...
Jika pernah hatimu terluka, luahkanlah agar aku berubah...
Dan jika esok aku lena tanpa terjaga, iringilah lenaku dengan kalungan doa...”
~ SALAM UKHUWWAH FILLAH SELAMANYA ~
p.s. Agak berduka dengan kisah Perak...:(
:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::
Friday, February 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
bestnya dah habis exam. nje punya exam xhabis2 pun lagi...next week baru habis. pharmaco mmg pening. nje pun still lagi failed dengan pharmaco ni sampai skrg. nak kena tau adverse effect lagi, pharmacodynamic lagi, kinetic lagi..nasib baik dah tukar dr kos farmasi.nje nak balik ganu hari ni...hehe..isnin depan ada exam lagi..
bestnya balik...
angah x balik...x dapat cuti walaupun dah hbs exam...setakat cuti weekend je...lagipun nak settlekan keje2 sikit.
kirim salam kat mak nje deh & gud luck utk exam2 seterusnya.
nje pon, balik weekend jer. saje balik.mencari ketenangan yang hampir diragut..hehehe...alhamdulillah, dapat recharge bateri dengan berbakti pada ibu bapa =)
bagus2...anak yg solehah yg macam gini la yg kita nak... :)
Post a Comment