:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Monday, December 1, 2008

CORETAN SEBELUM KELAS

Sekarang ni dah bulan Zulhijjah, pastu akan masuk tahun baru hijrah 1430. Sekarang ni pun dah Disember, pastu akan masuk tahun baru 2009...

Pejam celik pejam celik, usia akan meningkat lagi setahun, jadi 23…Kalau nak banding dengan mak,umur 23 mak dah ada 2 orang anak. Kalau nak banding dengan kawan-kawan sebaya pulak, ada yang dah tahun akhir, ada yang dah praktikal, ada juga yang dah buat master…selain tu, yang dah nak kahwin pun ada. Semalam kawan sekolah saya, Juliana hantar SMS, minta alamat rumah sebab nak poskan kad jemputan kahwin…Alhamdulillah, tahniah buat Jue. Saya bangga dengan sahabat-sahabat saya yang ambil keputusan untuk kahwin. Nasihat saya untuk semua, kalau dah ada kemampuan, kahwinlah…Kalau tak mampu lagi, hendaklah mujahadah sungguh-sungguh. Nasihat untuk saya juga.

Hmm…Saya ni pulak baru tahun dua.Kadang-kadang rasa macam nak cepat-cepat je habiskan belajar ni. Kursus pergigian ni tempohnya 5 tahun.Macam perubatan. Tapi tak mengapalah, memang saya sudah jangkakan semua ni sewaktu buat keputusan untuk sambung belajar selepas tamat sekolah dulu. Saya harus sabar. Ye, sabarlah wahai diri. Lagipun, mak ayah tak kisah. Lama dalam menuntut ilmu tu bagus, kan?Saya harus teruskan sahaja perjalanan ini! Minta-minta Allah akan permudahkan segalanya.aminn…

Keputusan Professional Exam dah diumumkan dan alhamdulillah, kami semua lulus. Peperiksaan Professional seterusnya pada bulan Jun tahun depan. Hai,banyak betul peperiksaan.Mujurlah kami pelajar-pelajar Dentistry ni hanya dinilai sebagai ‘lulus’ dan ‘gagal’ sahaja. Kalau cemerlang lagi dapat ‘distinction’. Tapi bagi saya,kalau dah dapat lulus pun bersyukur sangat-sangat dah. Nak lulus pun cukup-cukup memerlukan usaha yang gigih.

Inilah klinik pergigian UIAM yang akan digunakan untuk tahun-tahun klinikal

Pagi tadi ada perasmian klinik pergigian UIA oleh Dekan kami. Seronok juga jadi pioneer batch dentistry di UIA ni…peralatan baru macam dental chair dan instrument-instrument lain, kami yang first guna…Kami akan memulakan clinical years lagi awal dari yang dijangkakan. Sepatutnya tahun 3 baru klinikal, tapi kami harus memulakannya di pertengahan tahun dua ni. Tahun klinikal juga adalah tahun-tahun mencabar. Pensyarah cakap, sangat sibuk…entahlah akan sibuk macam mana, tetapi harapnya walau sibuk pun, saya masih berpeluang untuk membaca blog rakan-rakan dan meng'update’blog ni. Saya seronok baca blog rakan-rakan. Banyak ilmu dan info yang didapati.Sahabat-sahabat bloggers, teruskan menulis ye!

Untuk tahun klinikal ni, kami ada uniform klinikal yang mesti dipakai. Bagi saya, agak menyeksakan jiwa juga sebab tidak menjadi kebiasaan berpakaian begitu. Namun nak tak nak, wajib dipakai juga.Oh tidak...ampunkan aku ya Allah! Sesungguhnya hatiku tidak redha dengan pakaian begini. Di masa akan datang, saya akan cuba melonggar dan melabuhkan lagi uniform tersebut. Harap- harap pihak pentadbiran kulliyyah membenarkan. Harapan saya,walau apa jua pembaharuan yang dibawa oleh pihak pentadbiran dan pengurusan universiti kepada pelajar,namun biarlah biah solehah tetap terpelihara di Kulliyyah of Dentistry khususnya dan UIA umumnya.

Ops, sampai di sini dulu ye. Kelas akan dimulakan sebentar lagi. Em, nanti kalau saya dah grad sebagai doktor gigi, bolehlah datang buat rawatan dengan saya. Manalah tahu,kalau-kalau saya boleh bagi rawatan free…:) ‘Ala kulli hal, diharapkan semoga kawan-kawan istiqamah di dalam perjuangan Islam, sampai mati, Insya Allah!

Sekian. Maafkan salah dan silap saya ye.

4 comments:

Khaulah Azwar said...

Salam Afzan =)
Syukran atas perkongsian..bestla dpt tau bnyk benda ttg dental ni, Alhamdulillah..
ni klinik gigi katne? dlm uia ke? kat kos ek? cantik bangat sih..jeles ni..nanti nak cek gigi kat Dr Afzan lah, blh? =)

Shahibul Afzan Wahab said...

waalaikumussalam fizah...
a'ah klinik ni yang dekat KOS tu la...yang dulu tu under construction lagi.sekarang dah hampir siap...nanti dah buka semester baru bolehla datang melawat.

boleh nak datang check kat saya,cikgu fizah...tapi tunggu la 3 tahun lebih lagi:)

Anonymous said...

waah afzan,
cyaiyok, tak tua pun ,ana pun nanti masuk 23 tahun jgk..Takpe bazirkan umur kerana ilmu..
nnti boleh pergi tiap2 hari kat klinik afzan utk cabut gigi free dan ana akn ajak shbt lain utk perkhidmatan gigi free

Shahibul Afzan Wahab said...

smg berjaya juga jadi doktor.

nak gi klinik gigi tiap2 hari nak cabut gigi?? x boleh...nnt habisla gigi kene cabut.kalau nak pakai gigi palsu xpe:)

tugas dentist bukan cabut gigi je..selagi gigi tu boleh dirawat, seharusnya dentist kene rawat...insya Allah.

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template