:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Tuesday, January 27, 2009

End - Block Exam Is Coming

Nampaknya giliran saya pula akan menghadapi peperiksaan, iaitu peperiksaan untuk akhir blok ini. Kami menggunakan sistem blok di mana satu semester bersamaan dua blok. Antara subjek yang akan diuji ialah Microbiology, Immunology, Pathology, Pharmacology, Dental Materials, Dental Operative, Oral Radiology dan Prosthetic Dentistry. Sungguh banyak. Debaran saya pun sudah bertambah kencang.

Sememangnya kehidupan sebagai pelajar tidak dapat lari dari peperiksaan serta keadaan yang mendebarkan. Peperiksaan ini jugalah yang menguji sejauh mana penguasaan kita terhadap ilmu yang dipelajari. Begitu juga dengan kehidupan manusia yang sentiasa diberikan ujian dan dugaan oleh Tuhan untuk menguji sejauh mana keimanan seseorang hamba kepadaNya. Sebelum terlupa, saya ingin menyampaikan takziah di atas pemergian seorang pelajar Universiti Al Azhar 3 hari yang lepas yang diketahui melalui sahabat-sahabat bloggers di sana. Ini juga adalah salah satu ujian ke atas manusia, yang disebut di dalam al Quran sebagai ujian ‘kekurangan jiwa’ (rujuk al Baqarah:155).

Berbalik kepada peperiksaan tadi, usaha, doa dan tawakkal kepada Allah S.W.T adalah komponen-komponen yang membawa kepada kejayaan dan kecemerlangan. Ketiga-tiganya perlu seiring. Pepatah arab ada menyebut: 'Usaha tanpa doa adalah sombong, doa tanpa usaha adalah bohong'.

Baiklah, saya harus berhenti di sini dahulu. Semoga Allah akan memberi kemudahan kepada saya di dalam peperiksaan ini (takut sangat sebenarnya ni...) Mohon maaf jika ada salah dan silap dengan pembaca. Jika tidak keberatan, doa-doakanlah untuk kejayaan saya juga ya.Semoga kejayaan menjadi milik sahabat-sahabat juga. Amiinn…

Wassalam.

Gambar ini sebagai tazkirah untuk diri sendiri...Semoga dikuatkan jiwa...

2 comments:

helang timur said...

salam ziarah ukht...
syukran ingtkan sy jugak..
barakallahufik..!

ala kulli hal, salam imtihan..
mudh2an bjaya..inshaAllah~

Shahibul Afzan Wahab said...

ameen...
terima kasih ukhti habibati...

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template