:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Friday, January 30, 2009

Seronokkah Menjadi Dewasa?

Dalam proses mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan ini, tiba-tiba saya terasa tension...Oh banyaknya tanggungjawab belum terlaksana...macam-macam perkara bersarang di minda...lemahnya terasa...lalu saya mendekati laptop dan menulis...

* * *

Suatu ketika dahulu saya pernah bertanya kepada emak, “ Mak, antara zaman-zaman yang pernah mak lalui, zaman manakah yang paling best?”

Emak saya menjawab, “ Zaman sekarang ni la long...”

Saya menjangkakan emak akan menjawab zaman kanak-kanaknya yang paling seronok, rupanya-rupanya tidak. Emak menerangkan bahawa di zaman kanak-kanaknya, beliau terasa sunyi kerana adik-beradik emak tidak ramai dan kehidupan dahulu tidaklah selesa seperti sekarang. Bekalan elektrik ketika itu masih tiada, bekalan air terpaksa diambil di perigi dan sebagainya. Logiklah emak menyukai zaman dewasanya sekarang.

Tetapi jika ditanya soalan tersebut kepada saya pula, tentu sekali saya menjawab zaman kanak-kanak dahulu. Suatu zaman yang tidak mungkin dapat dirasai kembali. Zaman di mana diri saya tidak dibebani dengan tanggungjawab seperti sekarang. Cuma tanggungjawab yang ada ketika itu; pergi ke sekolah, kelas mengaji al Quran dan kelas fardhu ain sahaja.

Tetapi segalanya telah menjadi memori. Tidak mungkin waktu dapat diundur kembali. Semakin hari saya menuju ke alam kedewasaan,dan semakin banyaklah tanggungjawab yang terpikul...

Jika dahulu saya hanya tahu belajar dan bermain sahaja, sekarang saya sudah terpikul dengan tugas-tugas dakwah, meeting sudah menjadi lumrah, program itu dan ini, tanpa melupai tanggungjawab terhadap pelajaran yang sudah pasti semakin tinggi tahap kesukarannya.

Tentu boleh sahaja jika saya mengetepikan tanggungjawab itu semua dan menjadi mahasiswa 3K: Kelas, Katil dan Kafe. Tentu bahagia hidup ini...

Tetapi itu bukanlah pilihan hidup saya. Jika difikir secara rasional, zaman mahasiswa inilah masanya untuk melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran, kepimpinan dan sebagainya, dan semestinya dengan tanggungjawab-tanggungjawab yang terpikul tadilah yang memungkinkan kita mencapainya. Tanggungjawab menjadikan kita lebih berilmu, lebih berkemahiran, lebih matang dan lebih segala-galanya. Semua itu pula sangat penting untuk dijadikan bekalan hidup pada masa-masa mendatang yang sudah tentu lebih mencabar. Juga penting sebagai bekalan pada hari di mana tiada siapa dapat membantu...Ya, bekalan pahala. Menunaikan tanggungjawab dengan amanah sudah tentu menambah saham kita di akhirat...

Kesimpulannya, berbahagialah jika merasakan diri banyak tanggungjawab...daripada merasakan diri mempunyai banyak waktu berehat...

* * *

Lalu saya mendapat kesedaran dengan catatan sendiri...Gembiralah diriku,sesungguhnya seronok menjadi dewasa dan mempunyai banyak tanggungjawab! Tinggal nak buat atau taknak!

(( Tuhan, aku sedang mengumpulkan kekuatan untuk melangsaikan tanggungjawab-tanggungjawabku…bantulah ya Allah ))


p.s. Esok keluarga saya ingin datang melawat saya di sini.Seronoknya...Tengok wajah mak, ayah dan adik-adik tentu hilang tension ni :)

7 comments:

Mami Hadeef said...

hmm.. betul2.. zaman kanak-kanak zaman paling bes.. tak yah fikir pape pun.. buat salah pun tak kene marah.. time raye dapat duit pulak tuh.. hehe..

p/s: aii k.shibul.. asek mak dtg lawat je.. mcm ank bongsu pulak jdi nya.. hehe..

Shahibul Afzan Wahab said...

hehe..
biasa la mak ayah sayang kan...anak sulung lagi mak sayang dari anak bongsu (perasan sikit) =)

Fitrie Muhammad said...

emm...makin berumur,makin byk tanggungjawab...

Shahibul Afzan Wahab said...

Semoga Allah permudahkan urusan hidup di dunia ni...Semoga dengan pertambahan umur juga Allah jadikan diri lebih kuat!insyaAllah.

cLoVer4miza said...

kalo tny sy zaman mane best..
zaman mahasiswa best!! asyk dpt mesg pi meeting je.. assgmnt bertimbun.. progrm byk nk pi.. study pon leh la..

semua ni membzkan kita drpd buat benda xberfaedah :D

insyaAllah~

Abdul Hakim Bin Baharudin said...

Kehidupan kita lebih bermakna,apabila lebih banyak waktu dan tenaga dikorbankan untuk Islam dan orang lain.
Sesungguhnya dunia ini tempat bercucuk tanam.Hasilnya di akhirat kelak

Shahibul Afzan Wahab said...

terima kasih...
satu motivasi yg baik utk saya...

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template