:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::
Sunday, January 25, 2009
SMS Yang Meloyakan
Saya meminta maaf jika tajuk ini tidak berapa sedap didengar. Sekadar ingin berkongsi sesuatu dengan pembaca. Walaupun sedikit mengaibkan, tetapi inilah realiti yang berlaku di kalangan anak muda masa kini. Semalam saya menerima panggilan daripada suatu nombor yang tidak dikenali. Setelah saya menjawabnya, dia terus mematikan panggilan.
Saya hanya membiarkan tanpa berbuat apa-apa. Kemudian tidak lama selepas itu, dia menghantar sms untuk berkenalan dan mengajak untuk melakukan phones*x. Astaghfirullahal azim, itulah sms yang paling keji pernah saya terima. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Saiful dan berumur 24 tahun. Kemudian dia bertanyakan soalan-soalan yang tidak sepatutnya dan menghantar ayat-ayat memujuk yang meloyakan. Saya tidak melayan, dan memberi amaran supaya tidak menganggu saya lagi. Sungguh geli saya dibuatnya. Dia menghantar sms lagi selepas itu tetapi saya tidak mengendahkan.
Saya tidak pasti apakah tujuannya, sama ada ingin sekadar menguji atau benar-benar untuk itu. Saya pasti nombor telefon saya yang didapatinya hanyalah sekadar ditekan secara rawak. Biarpun apa tujuannya, hakikatnya keruntuhan akhlak di kalangan remaja adalah masalah yang tidak pernah berkesudahan. Dari dulu sampai sekarang. Sewaktu di zaman persekolahan,perkara ini sering menjadi topik karangan yang perlu ditulis. Saban hari di akhbar pasti ada isu rogol atau buang bayi. Seks luar nikah di mana- mana. Jika tidak dapat dilakukan secara body-to-body contact, dilakukan pula secara maya. Bolehkah?
Astaghfirullahal azim… Saya berdoa agar kita semua diberi kekuatan iman untuk melawan segala godaan hawa nafsu. Ya Allah, selamatkanlah umat akhir zaman ini…Satu hadis Nabi dalam Hadis 40 Imam Nawawi yang patut direnung:
Aqbah bin Amru, salah seorang sahabat Nabi Muhammad yang ikut dalam perang Badar melaporkan, Nabi Muhammad pernah berkata, “ Salah satu perkara yang didapati daripada kata- kata pertama kenabian adalah, ‘Apabila saudara tidak malu, buatlah apa yang saudara suka.’”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
salam..
betul kak..
saya pun pernah alami situasi yang sama..
rasa takut yang amat sangat sampai saya fobia jadi..
mmg laa x layan..
tapi ramai dan org yg bbeza pulak tu..
alhamdulillah..
apabila dinasihati sahabat,
saya kembali normal..huhu..
barulaa sy fahim..
semuanya itu ujian dari Allah untuk saya...
memang tak dpt dinafikan pun..
semuanya bila takdek perasaan malu dan segan..
semoga Allah jauhkan kita dari fitnah dunia..
salam..
sy pon penah kene gak, byk kali.. tapi ada satu kes ni buat sy extreme sakit hati..
Dia kata dpt no.hp sy drpd seseorang.. memalukan betul coz dia mengaku dia bdk fakulti pendidikan islam..
sy penah jwb skali je masa 1st time dia call.. pastu wlpon xlyn slalu dpt mesg n miscalled..
satu ari dia call, sy bg mak sy jwb.. tau dia ckp pe?
"sy tak nak ckp dgn orang tua.."
sakitnye hati!! menyesal bg mak jwb.. kecewa betul dgn lelaki zaman skang.. kecewa dgn org yg bg no.hp sy..
sekadar luahan~
Jawab la balik, "Saya pun tak nak cakap dengan orang gila!"
Bagus jugak jawapan tu.. :)
Sabar ye adik najah dan adik miza...
Kita doakan lelaki yang macam tu bertaubat dan tidak mengulangi lagi perbuatannya...Setiap org pasti takkan dapat lari dari kesilapan.
Nafsu itu bukan suatu yg menjijikkan, tetapi haruslah disalurkan dengan cara yg baik melalui jalan perkahwinan.
Jaga diri selalu ye adik!
ala senang je dorg ni. kalau no xkenal msg biarkan je jgn reply pape. xpayah ckp jgn kacau ke ape ke...dorg ni mmg takkan makan saman.sbb kalau reply even sekali pon diorang lg suke...
Astaghfirullah..
اللهم اهد قومي فإنّهم لا يعلمون
Post a Comment