:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Saturday, March 14, 2009

Hikmah Hadis Galakan Bersiwak

Alhamdulillah, telah selesai talk 'Being Professional' pada hari ini. Terima kasih buat Dr. Norhani, seorang periodontologist yang dijemput khas untuk menyampaikan ceramah ini. Rasanya agak rugi jika saya tidak berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi daripada banyak perkara yang dikongsikan oleh beliau.

Dr. Norhani ada menyebut tentang hikmah yang terdapat dalam hadis Rasullullah Sollallahu alaihi wasallam:

"Kalaulah tidak memberatkan umatku nescaya aku menyuruh mereka untuk bersiwak setiap kali ingin solat."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Kita harus menggosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Sebaliknya Rasulullah mengesyorkan agar kita bersiwak @ menggosok gigi setiap kali ingin solat, dengan kata lain 5 kali sehari. Tetapi sebenarnya apa yang disyorkan Rasulullah Sollallahu alaihi wasallam ini adalah yang terbaik.

Untuk melihat hikmahnya, mari kita lihat bagaimana plak terbentuk di permukaan gigi:


Tidak lama selepas kita menggosok gigi, permukaan gigi kita akan dihuni oleh 'primary colonizers' yang terdiri daripada bakteria gram positif seperti Streptococcus mutans, Streptococcus sanguis dan Actinomyces viscosus. Seterusnya bakteria- bakteria ini akan mengganda dengan banyaknya.


Selepas lebih kurang 4 jam berikutnya, datang pula 'secondary colonizers' yang terdiri daripada bakteria gram negatif seperti Actinobacillus, Actinomycetemcomitans, Capnocytophypa species, Eikenella corrodens dan macam-macam lagi. Bakteria ini pula akan mengganda dengan banyaknya sehingga mereka memonopoli gigi kita berbanding bakteria gram positif tadi.

Bakteria gram negatif lebih berbahaya daripada gram positif kerana mempunyai ciri-ciri tambahan tertentu. Jadi galakan baginda untuk menggosok gigi ataupun bersiwak sebelum solat adalah sangat bertepatan, di mana dengan kekerapan ini sudah pasti menyebabkan jumlah bakteria gram negatif tidaklah terlalu tinggi sehingga boleh mendatangkan apa-apa penyakit kepada kita.

Inilah satu hikmah saintifik yang terdapat dalam hadis daripada ribuan hikmah yang lain lagi.

8 comments:

Anonymous said...

SubhaanAllah...Teknologi Rasulullah adalah yang terhebat.Ini sbhgn drpd rahsia sunnah baginda,apatah lg yg lain2...

Ummu Hammaad~ said...

ooo...macam tu ke? baru tahu hikmahnya...

Usrah Medic Terengganu said...

Rahsia menggunakan siwak:
http://dyntv.com/2008/04/siwak_1/

Shahibul Afzan Wahab said...

Apa sahaja yg datang daripada Allah dan RasulNya sudah tentu yg paling bijaksana...Alhamdulillah kita dilahirkan sebagai Muslim :)

Terima kasih Usrah Medic Terengganu atas perkongsian rahsia siwak.

myLovepatzi said...

best nyer artikel!!!

SRISUFI said...

Salam saudara

salam kunjungan dr saya. Saya telah menjadi follower saudara.

semoga dapat berkongsi ilmu dan cerita

Shahibul Afzan Wahab said...

Wsalam saudari sri sufi...

saya cuma kongsikan sedikit ilmu yg ada,andai bermanfaat,alhamdulillah syukur pd Allah. :)

ASYIQ said...

Adik,

Tahniah..entry yang baik utk dikongsi bersama. Teruskan menulis.

Inilah matlamat kita berada di sini...bukan sekadar membuang masa tetapi yang penting mencari ilmu.

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template