:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Friday, March 27, 2009

Jadilah Penuntut Ilmu dan Daie

Akademik dan dakwah adalah dua perkara yang perlu diambil berat oleh semua yang bergelar mahasiswa Islam. Kedua-duanya sama penting dan menjadi tanggungjawab yang harus ditunaikan. Suatu pepatah yang biasa disebut-sebut ialah "Akademik nombor satu, tetapi dakwah bukan nombor dua.” Kadang-kadang pula disebut “Dakwah nombor satu tetapi akademik bukan nombor dua”. Ini membuktikan bahawa mahasiswa Islam tidak boleh mengkesampingkan salah satu daripadanya.

Namun terdapat juga golongan yang tidak melaksanakan tugas berdakwah dengan pelbagai alasan. Mungkinkah disebabkan kejahilan, atau salah tanggapan tentang kefardhuannya, ataupun sengaja mencari alasan untuk tidak berdakwah kerana takut, cinta kepada dunia dan tidak yakin kepada janji Allah? Mari kita bincangkan di sini.

1. Berdakwah hanya fardhu kifayah ?
Sebahagian mereka membisu dan tidak berdakwah atau tidak membantu usaha dakwah kerana ia hanya fardhu kifayah iaitu apabila telah dilakukan oleh sebahagian muslimin, sebahagian yang lain terlepas dari tanggungjawab ini.

Jawapan:

-Para ulama’ menyatakan bahawa berdakwah hukumnya fardhu kifayah bagi sesuatu tempat yang sudah ada daie yang melaksanakan tugas ini dan ma’ruf masih dominan dalam masyarakat.

-Apabila dakwah sudah dilaksanakan oleh segolongan muslimin dan terbukti kesannya maka muslimin lain tetap digalakkan melaksanakannya.

-Apabila melihat realiti semasa, masih belum wujud bukti-bukti nyata terlaksananya ajaran Islam. Mungkar begitu banyak, ma’ruf amat sedikit dan mungkar yang paling besar pula iaitu kehidupan dan sistem kenegaraan tidak terurus secara Islam masih menjadi kebanggaan. Oleh itu, “kifayah” ini belum dicapai yang menyebabkan dakwah kini bukan lagi fardhu kifayah. Setiap muslimin mesti terlibat dengan usaha dakwah berdasarkan kebolehan dan kemampuan masing-masing.

2. Berdakwah khas untuk ulama’ sahaja ?
Mereka beranggapan dakwah ini khusus buat ulama’ kerana mereka memiliki ilmu Islam yang mendalam.

Jawapan:

- Sebenarnya ada salah faham tentang perkara ini kerana tabiat ilmu itu berjuzu’-juzu’. Sesiapa yang tahu sesuatu perkara maka berkewajipan berdakwah kepadanya dan tidak berkewajipan berdakwah kepada perkara yang tidak diketahuinya. Sesiapa yang tahu kewujudan Allah berkewajipan berdakwah ke arah itu.

3. Salah Faham Terhadap firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنْفُسَكُمْ لَا يَضُرُّكُمْ مَنْ ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ

“Wahai orang yang beriman, jagalah dirimu. Tidaklah akan membahayakan kamu orang yang sesat itu jika kamu menurut jalan yang benar.” (Al-Maidah:105)

Jawapan:

a. Mereka menggangap bahawa kewajipan mereka hanya menjaga diri (عَلَيْكُمْ أَنْفُسَكُمْ). Tidak perlu berdakwah. Imam Ibnu Qaiyim menganggap kefahaman ini merupakan tipu daya syaitan yang terbesar.

b. Ibnu Taimiyah pula menjelaskan: Bahawasanya ayat ini tidak bermaksud menafikan kewajipan berdakwah kerana ayat ini ditafsirkan oleh hadith dari Abu Bakar yang terkenal:

Suatu hari Abu Bakar berkhutbah di atas mimbar Rasulullah. Wahai manusia, sesungguhnya kamu membaca ayat ini tetapi kamu meletakkannya tidak pada tempat yang betul (tidak perlu berdakwah). Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya bila manusia melihat kemungkaran berlaku tetapi tidak berusaha mengubahnya maka hampirlah mereka ini ditimpakan azab yang menyeluruh.”

[Dirujuk daripada pengisian kuliah Ustaz Suhaimi di Pusat Rekreasi Air Balok]

Sebuah nasyid bertajuk 'Persada Perjuangan' dendangan kumpulan Zulfan ini didedikasikan buat sahabat- sahabat para daie yang sekaligus bergelar penuntut ilmu. Sesungguhnya kita adalah mata-mata rantai yang menyambung perjuangan Nabi dan Rasul untuk menegakkan Islam di muka bumi.

Masih mekar kenangan indah
Zaman gemilang Islam menjulang
Ketika Rasul ada bersama
Para sahabat mentadbir dunia

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam umpama api membara
Menerangi ummah dan juga sahabat
Bahangnya panas membakar lawan

Di celah itulah kami mengatur langkah
Membina sebuah tamadun
Satu barisan satu perjuangan
Bersama kita segera tunaikan
Amanah Rasul itu yang utama

Ayuh semua para mujahid
Ayuh semua mujahidah
Mari kita semua nyalakan bara perjuangan di dalam diri
Agar tertegak kalimah Ilahi

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar." (al Hujurat: 15)

“Manusia yang hidup untuk diri sendiri,maka usianya adalah teramat pendek. Bermula dari hari kelahirannya dan akan berakhir ketika disapa Sakaratul Maut.Akan tetapi bagi mereka yang hidupnya untuk perjuangan Islam, usianya terlalu panjang. Bermula sejak Allah menciptakan Adam dan akan berakhir ketika Allah memusnahkan alam... "- Sayyid Qutub

Semoga kita istiqamah dalam perjuangan Islam...

p.s: Kalau nak lagu ini boleh download di www.gempaq.com (tetapi mesti sign up dahulu).

10 comments:

Muslimahsolehah said...

guru adalah seseorang pendakwah yang terbaik...moralnye..jadilah guru..senang..menyelam sambil minum air

Shahibul Afzan Wahab said...

betul2...tp saya xde bakatla nak jadi guru,cikgu Muslimahsolehah... :)

Alia Abdul Rashid said...

Salam ziarah =)..benar, dakwah menjadi tjwb semua..tidak sepatutnya jika ada yg gun alasan, 'saya belum bersedia, sy bukan org baik' etc

xkan nk tunggu khatam mana2 satu kitab then baru nk dakwah, ye tak cik azan subuh? =)

teruskan menulis..moga sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah..ameen

salam ukhuwwah =)

Alia Abdul Rashid

Shahibul Afzan Wahab said...

betul apa yg cik alia cakap..terima kasih dan salam ukhuwwah...dan perlaksanaan dakwah itu terpulang, sama ada ingin dilakukan secara individu atau berjemaah...tetapi lebih baik jika kita menggunakan cara kedua2nya...insya ALLAH,semoga perjuangan kita diberkati:)

Anonymous said...

Alhamdulillah,makin tinggi kesedaran dakwah dikalangan mahasiswa kita sekarang.
Mahasiswa timur tengah pun perlu sama-sama bangkit dan jangan terus terlena.
Tanggungjawab menanti di tanahair

Shahibul Afzan Wahab said...

Insya Allah,sama2 berjuang dlm dakwah dengan ilmu dan kepakaran yg Allah kurniakn kepada kita.

toqki said...

nice post..syukran

Shahibul Afzan Wahab said...

afwan...motivasi buat diri sendiri juga.

dkama said...

dkama baru tau berdakwah tu wajib...

Shahibul Afzan Wahab said...

tak mengapa baru tahu...marilah kita mulakan dgn kesedaran yg kita ada,insya Allah...

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template