:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::

Friday, November 20, 2009

Tengkujuh Yang Sedang Melanda

Tengkujuh sedang melanda beberapa negeri di Malaysia terutama negeri-negeri di pantai Timur. Bumi Kuantan yang sedang saya diami juga tidak terlepas daripada tengkujuh ini. Boleh dikatakan setiap hari hujan. Ini agak menyukarkan pergerakan saya untuk berulang-alik ke hospital kerana saya hanya mempunyai kenderaan yang tidak berbumbung. Mujurlah ini minggu terakhir posting saya di sana.


Tengkujuh debaran juga sedang bergelora di dalam lautan hati saya. Awal minggu hadapan adalah musim peperiksaan untuk posting perubatan ini. Saya berharap agar Allah Taala akan memberi kemudahan buat hambaNya yang dhaif ini di dalam peperiksaan yang bakal tiba.

Saya juga ditimpa tengkujuh rindu kepada adik-adik saya (walaupun mungkin mereka tidak merindui saya). Patutlah, sudah hampir 2 bulan saya tidak pulang ke rumah. Bukan tidak mahu, tetapi tidak mampu. Boleh dikatakan setiap hujung minggu saya akan mempunyai tanggungjawab untuk diselesaikan di sini. Esok juga merupakan walimah kawan sekolah saya, Rabiatul al Adawiah. Maafkan saya Aton kerana tidak dapat menghadiri jemputan ini. Saya doakan semoga beliau berbahagia bersama suaminya yang tercinta, hingga ke syurga, insya Allah.

Rindunya pada 3 budak kecil ini

Insya Allah, 2 tengkujuh terakhir ini akan reda dengan ketibaan cuti 'Idil Adha kelak.Tengkujuh alam, bergantung kepada Allah yang Maha Berkuasa. Semoga Dia memberi perlindungan kepada seluruh Muslimin dan Muslimat.

Sebelum mengakhiri coretan ringkas saya sempena musim tengkujuh ini, saya ada 3 pesanan:

1. Sediakan payung sebelum hujan.
2. Sediakan ilmu sebelum peperiksaan (khas utk saya)
3. Jangan lupa berpuasa sunat 9 Dzulhijjah (hari Arafah)

Sekian sahaja. Salam Tengkujuh.

8 comments:

Ummu Ammar said...

Salam Afzan..

Kt Setiu pun saban hari hujan tak bhenti..penangan tengkujuh!..apa2pun aturan Allah ada hikmahnya yg tersendiri..

Selamat Menempuh Peperiksaan..Moga berjaya..

Kurniawan.q said...

terimakasih umi atas motivation ya

myLovepatzi said...

along x blk ker raya aji..rugi la..sume ader kat umah..

Azan Subuh said...

to Ummu Ammar:

Wsalam,terima kasih kak.Jaga diri dan kesihatan di musim2 hujan ni ya.

to myLovepatzi:

insya Allah long balik,tapi lambat sket la,sehari sebelum raya.

ahmad said...

salam..sunat puasa 1-9 zulhijjah..9 zulhijjah hri plg afdhal..nabi Muhammad tidak pernah meninggalkan puasa 1-9 zulhijjah..jgn lupa puasa 1-9 zulhijjah ye..

Azan Subuh said...

Wsalam.insya Allah, buat yg mampu...terima kasih atas perkongsian ilmu.tahun ini dah lepas,semoga tahun depan peluangnya masih ada utk kita semua.

Abdul Hakim Bin Baharudin said...

Bittaufiq wannajah.
Kita pakat doa supaya tak ditimpa banjir yg teruk.

Azan Subuh said...

Syukran...
Insya Allah, kesejahteraan umat Islam akan sentiasa didoakan....

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template