Implan Pergigian Membina Keyakinan Diri
oleh Dr. Kamsiah
Sejak akhir-akhir ini ramai orang yang ingin mengetahui tentang implan pergigian dan bagaimana rawatan itu dijalankan.
Di awal tahun lima puluhan, suatu penemuan baru oleh seorang ahli sains Sweden Professor Per Ingvar Branemark. Beliau mendapati bahawa logam titanium boleh melekat secara langsung dan tidak berbalik kepada tulang hidup. Penemuaannya ini adalah bercanggah daripada teori saintifik kontemporari, yang menyatakan bahawa logam tidak boleh melekat kepada tulang hidup.
Professor Branemark seterusnya membuktikan bahawa di bawah pengawasan yang teliti, titanium dapat berintegrasi dengan tulang hidup dan dapat dipastikan dengan tepat, tempoh hayat yang panjang tanpa menyebabkan keradangan tisu lembut atau tidak diterima oleh tubuh. Beliau menamakan fenomena in sebagai osseointegrasi.
Kes pertama beliau telah dilakukan dengan menanam tiang titanium ke dalam tulang rahang pesakit edentulus (tiada bergigi langsung) pada tahun 1965. Sehingga kini, iaitu telah lebih 40 tahun, implan titanium tersebut masih dapat bertahan di dalam mulut pesakit berkenaan.
Kajian-kajian selanjutnya telah dijalankan. Sehingga kini terdapat berbagai syarikat yang mengeluarkan implan pergigian berdasarkan konsep osseointegrasi tersebut.
Kepentingan Implan Pergigian
Kepentingan dan masalah mengenai ketiadaan gigi (edentualism) mungkin tidak ketara pada semua orang. Di dalam banyak kes, bukan sahaja gigi dan tulang yang hilang, tetapi keyakinan diri turut terjejas.
Selaluinya pakar gigi bukan sahaja berdepan dengan masalah mekanikal atau biologikal, tetapi individu itu secara keseluruhan. Pesakit mungkin tiada bergigi selama 30-40 tahun. Pengalaman persakit mempunyai satu set gigi yang baru dan menyakinkan, mungkin tidak dapat dilupakan oleh pesakit dan keluarganya.
Untuk mengurangkan potensi kerosakan semasa penyediaan, alat-alat tajam yang direkabentuk khas digunakan. Bahan titanium tulen dan tidak tercemar pada permukaan komponen serta mikroarkiteknya yang unik adalah syarat-syarat penting di dalam pencegahan reaksi yang tidak baik dalam jangka masa pendek dan panjang.
Persoalan di sini bukan setakat mengorek lubang ke dalam tulang dan memasukkan sesuatu ke dalamnya, tetapi untuk membentuk keharmonian di antara komponen-komponen sintetik dan biologi supaya kedua-dua komponen dapat bertahan seumur hidup pesakit.
Selain memberi kestabilan pada prostesis (seperti gigi palsu) yang digunakan, implan gigi dapat membantu gigitan yang berkesan di samping fonetik (pertuturan) dan estetik (rupa paras) yang lebih baik. Implan gigi juga dapat mengekalkan keyakinan diri dan kualiti hidup pada pesakit edentulus.
Rawatan diberikan kepada kes-kes terpilih bergantung kepada riwayat kesihatan am dan kesihatan mulut pesakit. Radiograf digunakan untuk memastikan kualiti dan kuantiti tulang yang hendak digunakan .
Peringkat-Peringkat Rawatan
Terdapat tiga peringkat rawatan pada kebiasaannya. (bergantung kepada jenama dan teknik implan- ada yang boleh siap dalam tempoh satu sesi!) Di dalam rawatan pertama dan kedua, satu pembedahan diperlukan dalam keadaan anestesia (bius), cuma ketidakselasaan kecil dialami oleh pesakit.
Lubang-lubang ditebuk pada rahang di dalam rawatan pertama dengan menggunakan alat-alat dan teknik-teknik khusus untuk mengurangkan kecederaan pada tisu hidup.
Pemasangan ‘fixture’/ skrew implan
Fixture titanium akan diskru ke dalam lubang yang telah ditebuk. Fixture yang digunakan dikeluarkan oleh pengeluar dalam bentuk dan saiz yang tertentu serta bersih daripada kuman.
Pemasangan Tupang-Tupang/ abutmen
Jangka masa 6 minggu sehingga 6 bulan diperlukan untuk penyembuhan dan tempoh osseointegrasi permulaan sebelum pembedahan kedua diperlukan. Lubang kecil ditebuk pada gusi yang meliputi fixture dan tupang-tupang dipasangkan kepada fixture osseointegrasi.
Peringkat Prostodontik
Selepas beberapa minggu, prostesis yang berupa korona dan jambatan pergigian (bridge) dibuat dengan melekatkannya kepada abutmen-abutmen yang telah disediakan. Pesakit akan dapat menggunakan gigi-gigi baru ini seolah-olah gigi-gigi asli .
Terdapat sebilangan pesakit yang prostesis tidak dapat dilekatkan terus secara tetap, dentur boleh tanggal dibuat ke atas abutmen. Ini dapat mengurangkan masalah daripada memakai dentur yang longgar.
Kesimpulan
Implan pergigian adalah salah satu cara penyelesaian bagi pesakit pesakit yang kehilangan satu atau kesemua gigi kekal. Ia bergantung kepada keadaan keseluruhan kesihatan pesakit, kualiti dan kuantiti tulang yang masih tinggal selepas cabutan. Pelbagai teknik dan jenis implan berada di pasaran. Ia bergantung kepada kebolehan perawat untuk memahirkan diri dalam teknik-teknik dan bahan bahan yang sentiasa berubah mengikut kajian syarikat syarikat pengeluar implan.
16 comments:
slm..
ngeri nye tengok..huhu.
mana bagus,gigi palsu atau tanam gigi?
wslm...
tanam gigi lebih bagus sebab ia dapat bertahan lebih lama (mungkin seumur hidup), lebih stabil (gigi palsu mungkin loose/slide), dan lebih senang utk jaga oral hygiene (sbb implant x kacau gigi sebelah, gigi palsu mugkin)...cuma, treatment ni agak mahal nak dibanding dengan gigi palsu...
salam kak..
hm,kak..kalo org tu kan dia wat implan gigi,masa dia meninggal nnti,kena amik blk ke skru tu?
(budak gigi baru bljr)
waalaikumusalam fiqah..
Skru yang ditanam tak perlu dibuka apabila meninggal, sebab tidak pernah disebut dalam nas yang tsabit daripada Rasulullah s.a.w.
Kak ada tuliskan entri tentang hukum tanam gigi di sini, yg dirujuk dari Soal Jawab Agama ALAF 21.
http://azansubuhkhamis.blogspot.com/2008/12/hukum-tanam-gigi-dental-implant.html
Wallahu a'lam and good luck in your study :)
Salam, kak afzan widget kelipan bintang ungu di kanan n kiri blog mmg cantik, tapi agak susah untuk klik link terutamanya kat sebelah kiri... belah kanan tak berapa kaco sgt, tp belah kiri mmg betol2 kaco ..susah nak klik kat pautan tau//sori tegur..huhu
Waalaikumussalam..
Thanks dik anonymous for that..kalau boleh tahu siapa nama? :)
Widget tu accessory je, akak x perasan selama ni ia mengacau link sebab di laptop akak nampak ok.
Sekarang akak dah delete dah. So insyaAllah xde problem lagi k... :)
ok,syukran jazilan kak =)
slmt brjaya utk kak jugak..
salam..
gigi back molar saya dah dicabut lebih kurang 2 bulan lepas..so skang ni sedang pertimbangkan nak buat dental implants. bole suggest dentist yg sesuai? :)
wsalam...
saya kenal dengan seorang dentist yg buat implant..juga pensyarah jemputan di tempat saya belajar.namanya prof kamsiah..saudari boleh lawat blog dia dulu ye: www.drkam.wordpress.com
salam....sakit sgt x implant gigi ni?saya ade mslh gigi jgk ni,..tgk gmbr menakotkann...dia punye cost mahal x?ape yg perlu dpertimbangkan kalo kita nk buat implant gigi?
TQ
wsalam, sebelum buat prosedur dr akan bagi ubat kebas dulu jadi insyaAllah tak sakit..kos dia agak mahal, ribuan ringgit jugak sebab titanium tu logam yg mahal..utk buat implant, harus pertimbangkan bajet kita dan jugak kondisi tulang rahang kita..Tulang rahang yg secukupnya perlu ada utk buat implant, kalau tak kena buat bone grafting dulu.
salam..nak tanya..sakit sangat ke implant 2?takut pulak saya tgk..saya ada masalah gigi hadapan 2 btang akibat kemalangan..tp takut pulak bila tgk pic 2..
salam..insyaAllah tak sakit sebab kita dibius dahulu...
brape harga dia? untuk 4 btang gigi??
www.drkam.wordpress.com website ini x wujudlah macam mana nak cari Dr tersebut atau ada pakar gigi yg lebih murah buat implan dr Kerajaan kerana saya kena byar RM3000 utk 1 batang gigi kalau ada sila email kpd saya, tQ
Saya nk buat rawatan tanam gigi... Brp kos skrg
Post a Comment