Kursus ini bertujuan untuk mendidik kami cara-cara melakukan bantuan pemulihan kardiopulmonari atau yang biasa kita dengar, bantuan pernafasan dari mulut ke mulut. Biasanya kursus ini hanya diadakan di hospital, tetapi disebabkan Dekan dan ramai lecturer kami dahulunya adalah askar, mereka telah membuat keputusan supaya kami semua mengambil kursus ini di kem tentera. Mungkin juga chickenpox yang saya perolehi ini adalah chickenpox tentera! Alamak, habislah saya!huhu..

Walaubagaimanapun,saya ingin berkongsi dengan para pembaca sedikit sebanyak yang saya perolehi daripada kursus tersebut agar saya juga dapat menilainya ke atas diri saya juga.
1. Saya telah diajar teknik-teknik melakukan CPR dan telah diberikan sijil dan lesen untuk mengendalikannya dalam tempoh 2 tahun ini.Alhamdulillah, semoga ilmu-ilmu ini sentiasa segar di ingatan saya. Pengetahuan tentang teknik CPR ini sangat penting untuk menyelamatkan mangsa yang pengsan sama ada orang dewasa, kanak-kanak atau bayi akibat sakit jantung, lemas,tercekik dan sebagainya. Jika kita terlambat melakukan rawatan terhadap mangsa-mangsa ini, kemungkinan mereka akan mengalami mati otak.
2. Saya dapat melihat dan merasai kehidupan para tentera. Sungguh berdisiplin. Hinggakan hendak ke café dan balik daripadanya pun terpaksa berkawad. Bayangkanlah, berkawad sambil memegang minuman dan nasi di tangan.
3. Saya telah dapat banyak ilmu dan nasihat yang berguna daripada seorang jurulatih, Encik Ridzwan yang peramah. Antaranya:
• Belajar untuk buat kerja cepat dan tepat kerana kita bakal menjadi medical practitioner yang berkait rapat dengan kesihatan manusia.
• Berusahalah untuk menguasai ilmu-ilmu dengan cemerlang kerana ilmu itu bakal kita praktikkan sewaktu di alam pekerjaan. Kalau sekadar lulus sahaja, kita tidak mampu untuk menjadi pekerja yang baik.
• Antara 3 tanda kehidupan: bernafas, bergerak dan berinteraksi.
• Apa-apa pun pekerjaan kita kelak, semuanya akan mempunyai cabaran masing-masing. Hidup kita memang tidak dapat lari dari masalah dan cabaran. Oleh itu, hargailah waktu belajar kita sekarang di kala tanggungjawab masih belum berat dan banyak. Tatkala sudah berada di alam kerjaya , pasti lebih hebat cabaran yang perlu dihadapi.
• Belajarlah untuk menyelesaikan semua tugasan kita dengan cara yang terbaik. Jangan jadi orang yang suka memberi alasan.
No comments:
Post a Comment