Saya merupakan penuntut tahun 2 pergigian. Sebelum ini saya tidak begitu mengambil berat akan penjagaan gigi saya. Sekadar gosok gigi tiap-tiap hari sudah cukup. Namun setelah mengikuti lecture-lecture berkenaan subjek dental sejak menuntut bidang ini, minda saya telah dibukakan dengan pelbagai oral diseases seperti dental caries,periodontitis,gingivitis dan macam-macam lagi, dan sesungguhnya dengan MENGGOSOK GIGI SAHAJA TIDAK MEMADAI UNTUK MEMELIHARA KESIHATAN GIGI ANDA.
Sebabnya?
Menggosok gigi atau tooth brushing lazimnya tidak mampu untuk mencapai bahagian interproximal (celah) gigi anda walaupun anda menggunakan berus gigi yang hebat seperti Colgate 360 yang diperakui oleh Malaysian Dental Association.Akibatnya, plak yang terkumpul hari demi hari di situ akan mengakibatkan anda mungkin mendapat karies atau dalam bahasa mudahnya gigi berlubang.
Sayang seribu kali sayang kalau gigi sudah berlubang. Memang proses pembentukan karies asalnya adalah reversible atau boleh diberhentikan jika gigi anda mengalami proses remineralisation dengan penggunaan ubat gigi berflorida, namun tidak semua orang akan perasan akan hal ini pada awalnya. Sedar-sedar gigi anda sudah mengalami karies yang teruk.
Seterusnya?
Mula-mula anda akan berasa tenang sahaja, kerana karies yang terbentuk hanya menyerang enamel anda. Lama kelamaan setelah karies menyerang ke lapisan dentin yang terdiri daripada tubules atau saluran-saluran, seterusnya sampai pula ke lapisan pulpa yang mengandungi saraf, kemungkinan besar anda tidak lagi dapat membuat kerja-kerja anda akibat sakit gigi.
Emak saya pernah berkata, sakit yang paling sakit antara sakit-sakit yang ada, pertama sakit wanita nak bersalin. Kedua, sakit gigi. Dan ketiga,barulah sakit-sakit yang lainnya macam sakit perut dan sebagainya. Tak tahulah kata-kata emak saya ini betul atau tidak. Tapi yang pastinya sakit gigi memang sakit.
Oleh itu,saya mengesyorkan agar anda menggunakan floss sebagai cara kedua untuk anda menjaga nikmat gigi daripada Allah ini. Floss ni ala-ala macam benang lah, tapi memang direka khas untuk kesihatan gigi. Tidak mahal sangat,insya Allah anda semua mampu membelinya. Cabut gigi lebih mahal berganda-ganda daripada harga satu floss. Siapa yang untung kalau kena cabut gigi? Dentist jugak.Yang rugi? Tentulah orang yang kena cabut gigi. Gigi pun hilang. Lebih malang lagi, hilanglah sekali nilai estetika wajah dan juga fungsi gigi anda dalam membantu proses pencernaan makanan dan sebutan huruf.
Saya pun sudah lama menggunakan floss. Kadang-kadang dalam sehari tidak sempat atau terlupa mencari masa untuk memfloss gigi, tapi jika anda mengamalkannya seminggu sekali sudah cukup bagus.
Kesimpulannya, dalam menjaga kesihatan badan anugerah dan amanah Allah ini, sememangnya PREVENTION IS BETTER THAN CURE. Memang sangat-sangat better.
Akhir kata, doakanlah saya menjadi seorang dentist yang berjaya dunia akhirat. Jika berkesempatan, saya ingin mengkaji tentang pergigian dan perkaitannya dengan Islam dan al Quran. Insya Allah. Sebarang sumber rujukan daripada anda sangat dialu-alukan.
No comments:
Post a Comment