Sudah agak lama saya tidak menulis tentang pergigian, jadi untuk entri ini saya ingin menulis tentangnya. Mudah- mudahan dapat membantu saya supaya lebih faham dan ingat dengan apa yang telah dipelajari. Jika pembaca juga turut mendapat istifadahnya, itu lebih bermakna.
Kali ini saya ingin bercerita tentang bakteria yang terdapat di dalam mulut kita. Ini berdasarkan apa yang diajarkan oleh pensyarah kami, Dr Lina al-Bayati yang berasal dari Iraq dalam subjek periodontology.
Terdapat lebih kurang 350 spesies bakteria di dalam mulut kita. Saya akan memperkenalkan sebahagian yang utama daripada bakteria tersebut kepada anda.
1) Streptococcus mutans. Bakteria ini terdapat di permukaan gigi. Ia memainkan peranan penting dalam pembentukan gigi berlubang (karies).
2) Streptococcus salivarius. Bakteria ini terdapat di atas permukaan lidah dan di dalam air liur.
3) Streptococcus angionosus. Bakteria ini terdapat di dalam poket gusi.
4) Streptococcus sanguis. Bakteria ini terdapat di dalam plak,di permukaan lidah dan bahagian dalam pipi.
5) Peptostreptococcus spp. Bakteria ini terdapat pada permukaan gigi, terutama pada bahagian dentin yang mengalami karies.
6) Staphylococcus aureus. Bakteria ini berbahaya kerana ia bukan sahaja menyebabkan penyakit di dalam rongga mulut, malah boleh mengakibatkan penyakit pneumonia, meningitis, jangkitan pada sistem perkumuhan,dan macam-macam lagi. Ia terdapat dengan jumlah yang sangat tinggi di dalam air liur golongan yang berusia melebihi 70 tahun.
7) Actinomyces israelli. Namanya pun macam Israel, tentunya bakteria ini jahat seperti Israel. Boleh menyebabkan penyakit actinomycosis.Ia terdapat di antara kawasan gigi dan gusi.
8) Lactobacillus casei. Bakteria ini terdapat di dalam plak.
9) Fusobacterium nucleatum. Ia terdapat di dalam poket gusi,dan boleh meyebabkan jangkitan tonsil dan gusi.
10) Treponema denticola. Terdapat di dalam poket gusi dan juga boleh menyebabkan penyakit gusi.
Cukuplah dahulu sekadar 10 jenis ini.Tetapi kita tidak perlu bimbang dengan kehadiran bakteria- bakteria di dalam mulut kita, kerana mereka adalah 'normal flora'. 'Normal flora' ini bererti bakteria ini tidak akan menyebabkan apa-apa penyakit kecuali jika ia wujud dalam jumlah yang sangat banyak. Oleh itu, jagalah kebersihan mulut agar bilangan mereka sentiasa di tahap yang terkawal.
:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::
Sunday, February 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
bnyk sungguh name2 bacteria.. patut laa blok lepas zubir pening kepala nak hafal name2 bacteria n virus.. huhu..
memang banyak anim...pelik2 pulak tu.lepas hafal tentang bakteria ni, kena hafal jenis2 ubat@dadah utk menghapuskannya pulak...selain tu,kena hafal jugak lesion, sign and symptom penyakit2 yang diakibatkan oleh bakteria- bakteria ni...
dah terambil bidang pergigian@perubatan ni, kena cekalkan hati je la belajar semuanya.harap Allah permudahkan supaya kelak dapat memberi khidmat utk insan2 yang memerlukan...doakan akak ye anim.
Post a Comment