:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Tuesday, February 17, 2009

Wanita Diciptakan Daripada Tulang Rusuk Yang Bengkok

Saya ingin kongsikan sesuatu tentang tajuk ini daripada sebuah artikel yang pernah saya baca di www.iluvislam.com.

Sebuah hadis Nabi Sollallahu alaihi wasallam menyebut:


"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik."
(Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)


Sesetengah orang berpandangan bahawa bengkok yang disebut di dalam hadis tersebut bermakna wanita itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik, suka buat perangai, leceh dan sebagainya. Akan tetapi, apakah maksud hadis tersebut sebenarnya?

Menurut apa yang dinyatakan oleh penulis artikel tersebut...

Wanita yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu 'penyempurnaan' . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat 'pelindung'. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu.

Tulang rusuk yang bengkok inilah yang melindungi vital organs di dalamnya...

Selain itu, maksud 'tulang rusuk yang bengkok' itu ialah sifat 'rahmah'. Wanita itu sifat semulajadinya bersifat penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, wanita boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. Begitu jugalah di dalam masyarakat, wanita sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat 'bengkok' ini daripada wanita dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat.

Buat kaum wanita, artikel ini pasti membuatkan anda berasa bangga kerana dilahirkan sebagai seorang wanita :) (termasuk saya juga). Teruskan pemburuan menjadi wanita solehah!

Buat kaum lelaki, semoga kalian menjadi seorang suami, abang, adik, ayah dan wali yang mampu melindungi dan menjaga wanita-wanita di dalam keluarga kalian...

7 comments:

Anonymous said...

Mesti ramai muslimat yang dah copy artikel ini...
Untuk angkat bakul mereka...

Mami Hadeef said...

hehe.. kene emel kan ke zubir artikel ni supaya dia sentiasa menjaga dgn baik 'tulang rusuk yang bengkok' ni..

kak shibul, insya ALLAH, 6/6/09.. hehe.. doakan semua selamat ye.. pasni dah bulih nak gi kuantan :-)

Shahibul Afzan Wahab said...

Angkat bakul pun,insya Allah yang membawa kepada kebaikan...bukan angkat bakul yg membawa binasa...betul x para muslimat?betul kan...

Tahniah anim atas berita gembira ni...insya Allah zubir mampu menjaga 'tulang rusuk' dia ni dgn baik.Didoakan agar Allah mudahkan segala urusan zubir dan haniem.

Nanti bolehla jumpa dengan k.shibul,k.ruby,k.nik aina,amalina,ba' dan ainiza kat kuantan ni.Rindu kat anim :)

Mami Hadeef said...

hehe.. insya ALLAH.. semoga semuanya selamat blake.. ade mase anim pi kuantan.. sem depan pun dh tak byk kredit hours.. tinggal utk thesis n 3 subjek major.. huhu.. ni kes kak shibul dh ajak, bulih tumpang tidor kt blik tak?? hehe.. kem salam kt sume ye..

Shahibul Afzan Wahab said...

boleh...nak tidur,nak makan,nak mandi...semua boleh...hehe.

insya Allah, kak shibul sampaikan salam anim kat mereka..

Ummu Hammaad~ said...

ye2...btol3...saya sokong tu...bukan angkat bakul pn kn...

Shahibul Afzan Wahab said...

:)

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template