Hari ini UIAM Kuantan menerima suatu khabar yang sangat mengejutkan. Seorang pelajar perempuan tahun 2 jurusan Sains Matematik, Nor Maslina Abd Razak telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan dengan sebuah bas dengan motosikal yang ditungganginya. Kejadian telah berlaku di hadapan kampus Jalan Hospital berdekatan Kompleks Teruntum, lebih kurang pada jam 11 pagi tadi.
Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un... Ya Allah, cucurilah rahmatMu ke atas ruhnya.
Serta merta perasaan saya menjadi sedih, pilu, takut, bimbang dan macam-macam lagi. Ya Allah, bagaimanakah dengan kematianku...Aku takut ya Allah.
Firman Allah,
"...Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan(nya)."
(Yunus:49)
Kematian...bila-bila masa boleh menjemput, dengan apa-apa sahaja yang menjadi asbabnya. Kematian tidak mengira usia, setelah sampainya ajal, tidak dapat dilambatkan atau dipercepatkan.
Lahirnya manusia disambut dengan azan. Perginya manusia diiringi dengan solat. Alangkah singkatnya hidup ini,tempohnya hanya antara AZAN dan SOLAT...
Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan kami sempat bertaubat atas segala dosa kami.
Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan kami diredhai kedua ibu bapa.
Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan kami berjuang untuk agamaMu.
Ya Allah, matikanlah kami dalam keredhaanMu.
Amiinn...
p.s:Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat allahyarhamah. Semoga beliau ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.
15 comments:
Amin..
Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un.
Begitulah kematian kan, bila2 sahaja boleh datang. yang sedang tertawa gembira, yg sedang berduka, yang sdg tertidur, tau2 sahaja malaikat maut datang menjemput. Bila ada kematian mengejut begini, memang betul2 menginsafkan kita.
moga adik, kita sama2 nanti menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan yang diredhai Allah.
Al fatihah...moga ruhnya dicucuri rahmat. Lama tak nampak afzan menjenguk di blog akak...sibuk ke dik?? Intai kami antara nampak...esok jangan rindu2an!!! Lawok ja...
Innalillah...dekatnya kita dgn ajal...hhuhu
al-fatihah...
to kak skaf:
Amin di atas doa kak,mudah-mudahan,begitulah pengakhiran kita kak,serta bersama lafaz syahadah.
to kak Asyiq:
Agak sibuk, tapi still ada masa...Selalu juga ke blog akak, cuma mungkin tidak sempat mencoret.Insya Allah, lepas2 ni saya akan sentiasa menjenguk kak asyiq!!
alfatihah..
tadi berpeluang baca paper masa dok kat library.. ingatkan berita kematian yg sama... yg tu pelajar 3rd yr... berbaju kurung, kain sangkut kat tayar motor.. x pakai helmet, jatuh dan sah meninggal masa sampai hospital... perempuan melayu juga... sedihnya kehilangan mereka ni... sedang berjuang menuntut ilmu...
moga doa afzan dimakbulkan Allah buat kita semua...
ya Allah..ye ke kak.saya tak terbaca pulak berita tu...innalillah...terima kasih kak azma,kerana menyampaikan.
Sesungguhnya Allah sayangkan mereka,sebab itu mereka dipanggil terlebih dahulu.
Peringatan buat kita yang masih hidup...
Ampuni kami ya Allah.
Inna lillah wa inna ilaihi raaji'un..
Semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solohin dan mursalin..
Sama-sama kita mempersiapkan diri kita dengan KEMATIAN..
sedekah al-fatihah bt arwah..
takut pulak naik moto..hu
to ust cucu dagang:
Amiinn...
to azila:
hati2 ye azila..saya pun 'merempit' gak kat sini.baca doa dulu sebelum naik moto.
insyaALLAH...
oo naik moto juga ke..;)
A'ah,mak bagi moto utk saya merempit pegi kelas dan gi bandar kuantan.sebab tu gerun sangat bila dengar kematian&kemalangan motosikal ni...
wkslm..
nk join?
sm2 kita istiqomah..
ukhti 'azan subuh' lg bagus dr sy..:)
insya Allah, sama2 cuba istiqamah...
fastabiqul khairat...
p.s: saya x bagus azila...u're better than me.
Post a Comment