:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Friday, July 17, 2009

Dua Nikmat

Hari ini telah genap dua minggu saya mengikuti kelas Elementary Clinics bersama pelajar-pelajar perubatan di UIAM Kampus Jalan Hospital (kampus untuk tahun klinikal). Sebagai pelajar pergigian, kami juga disyaratkan untuk belajar sebagaimana pelajar perubatan di samping subjek-subjek pergigian kami. Agak berat, bukan? Sememangnya. Tetapi itulah yang harus saya dan pelajar-pelajar pergigian tempuhi di sini. Kata pensyarah, ilmu-ilmu perubatan ini sangat penting kerana kesihatan rongga mulut dan gigi juga berkaitan dengan sistem-sistem badan yang lain. Kami juga harus belajar subjek perubatan kerana kedengaran agak tidak profesional bagi yang berpangkat Dr. jika tidak mampu dan tidak tahu untuk mengendalikan pesakit dalam situasi-situasi kritikalnya sekalipun kami lebih menumpu kepada gigi dan rongga mulut. Jadi, pening-pening pun, demi ummah, kami tempuhi juga.

Kebiasaannya, di sebelah pagi kami akan mendengar lecture dan menonton video yang disediakan oleh pensyarah. Kemudian di sebelah petang kami akan mengikuti sesi tutorial dalam kumpulan yang lebih kecil di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Sesi tutorial ini adalah sesi praktikal bersama seorang pensyarah yang telah ditetapkan kepada kami. Kebetulan pula nama hospital ini sama dengan nama saya :) . Ops, bukan nama hospital yang ingin diperkatakan dalam entri ini, tetapi apa yang saya lihat di hospital.

Menyebut perkataan hospital, semua orang tahu bahawa itu adalah sebuah rumah yang dihuni oleh orang-orang yang mengalami sakit yang agak teruk, kecuali sakit hati :). Ketika berjalan di wad, saya cukup simpati apabila melihat orang-orang yang sedang menghadapi ujian sakit daripada Allah Taala. Namun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Nikmat sihat

Saya cuba mencari pengajaran untuk diri sendiri. Melihat orang yang sakit, saya cuba membayangkan saya berada di tempat mereka. Sudah tentu aktiviti harian yang biasa akan terganggu. Sudah tentu hanya mampu terbaring di atas katil. Sudah tentu pergerakan terbatas. Ya Allah, baru disedari betapa nikmatnya sihat! Namun begitu, ketika sihat, kenapa diri tidak rajin untuk menambahkan amal ibadat. Sungguh, nikmat sihat seringkali dilupakan.

Teringat suatu hadis ketika belajar I'dadi ketika tingkatan 2 dahulu (saya sangat sukakan bahasa Arab!) :

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas: Rasulullah Sollallahu alaihi wasallam bersabda, 2 nikmat yang sering dilalaikan oleh kebanyakan manusia: nikmat sihat dan nikmat masa lapang.

Benar sekali, hatta diri saya sendiri pun seringkali kerugian kerana alpa terhadap nikmat sihat dan masa lapang. Dua kesempatan yang diberikan Allah, yang kebiasaannya hanya akan dihargai setelah ditimpa dua kesempitannya: sakit dan sibuk.

(Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara...

Sihat sebelum sakit...

Muda sebelum tua...

Kaya sebelum miskin...

Lapang sebelum sempit...

Hidup sebelum mati...)

Ini bait-bait lagu kumpulan nasyid Raihan yang dicipta daripada sebuah hadis Nabi.

Ya Allah, jadikanlah aku bersyukur dengan nikmat sihat yang Engkau kurniakan. Dan berikanlah aku kekuatan untuk membuktikan kesyukuranku.

Nikmat masa lapang

Nikmat masa lapang juga disebut di dalam hadis sebagai nikmat yang sering dilupakan. Kehidupan sebagai pelajar selalunya sibuk, tetapi tetap ada juga masa lapang setelah selesainya semua kewajipan. Dan antara cara saya memenuhi masa lapang adalah dengan blogging. Moga-moga,itu adalah mensyukuri, bukan mengkhianati nikmat yang Allah beri. Apabila berkerjaya kelak, saya pun tidak pasti sama ada masih punya kesempatan atau tidak di ruang maya ini.

Blogging, jika tidak mengabaikan tanggungjawab yang lebih utama, tentunya ia sesuatu yang baik, kerana ia dapat menjadi suatu wadah dakwah. Dengan berdakwah, bermakna kita telah bekerja untuk Islam. Teringat suatu kata-kata Allahyarham Ustaz Fadzil Noor:

"Jangan biarkan sehari berlalu tanpa kita bekerja untuk kemenangan Islam."

Hari ini hari Jumaat, sayyidul ayyam. Sementara masih dikurniakan nikmat sihat dan masa lapang, marilah kita laksanakan perkara-perkara berikut:

1)-Mandi dan berwangi-wangian (lelaki sahaja). Rasulullah SAW berkata: “Mandi pada hari Jumaat itu wajib bagi setiap orang yang sudah baligh. Hendaklah dia menggosok gigi dan memakai wangian jika mempunyainya.” (Shahih, al-Bukhari:880, Muslim:846)

2)-Membanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW. Kata Nabi SAW: “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (Shahih, Abu Dawud:1047, disahihkan oleh al-Arnaouth)

3)-Membanyakkan berdoa terutama di akhir waktu asar. “Pada hari Jumaat terdapat dua belas jam, pada waktu itu tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Dia akan mengabulkannya. Oleh itu, carilah ia di akhir waktu setelah asar.” (Shahih, Abu Dawud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani)

4)-Membaca surah al-Kahfi. Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Shahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)

5)-Berjalan kaki dan bersegera ke masjid. Kata Nabi SAW: “Sesiapa yang memandikan atau mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaiki kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun.” (Shahih:Sunan Abi Daud: 345, al-Albani mensahihkannya)

(Rujukan saya untuk amalan Jumaat ini di sini)

Wassalam.

5 comments:

dkama said...

apalah sumbangan yang patut dkama buat untuk Islam yer??

Shahibul Afzan Wahab said...

insya Allah, banyak caranya. Jika mampu dengan nyawa, sumbanglah dgn nyawa.contohnya rakan-rakan kita di Palestin sana.mereka berjihad melawan kuffar dgn menggadaikan nyawa.tetapi mungkin itu agak berat bagi kita,kan?

jadi,carilah kekuatan kita di mana. jika kita berharta, kita boleh menyumbang dgn harta. jika kita berilmu, sumbanglah ilmu-ilmu kita dgn berdakwah kpd masyarakat.jika kita berkemahiran,sumbangkanlah kemahiran kita kepada gerakan Islam.jika kita seorang yg banyak idea, sumbangkanlah buah fikiran kita untuk kemenangan Islam.

paling kurang,kita boleh tunjukkan akhlak Islamiyyah yg baik dalam diri kita.manalah tahu, dgn akhlak yg kita ada membuatkan org lain tertarik utk mendekati Islam.itu juga merupakan sumbangan.

insya Allah, jika kita ikhlas untuk menyumbang kepada Islam, Allah akan tunjukkan jalan.

Dkama said...

Tq... Paham da...

nurulhusnazubir said...

islam perlukan penyebaran dakwah.

setiap apa yng dilakukan akan dikira Allah.benar sepeerti yang Azan Subuh katakan," carilah kekuatan kita di mana".dakwah tidak perlu secara keras dan tidak perlu keluar jauh2.

cuba kita lihat mereka di sekeliling. cukup sudah untuk kita membentuk mereeka terlebih dahulu.

tujuan sy ckp cmni bkn untuk mmmthkan smgt juang anda, ttp sy merasakan bhw umat Islm kini byk lupa ttg hal y berlku di sklling mereka.contohnya ada yang brjya mnarik org2 bukan islam masuk islam,org2 islam masuk islam secara keseluruhannya. tetapi individu itu terlalu sibuk shinggakan tidak berjya mmbntuk anak-anak mereka dgn akhlak islamiah..

ksian..jd, poin sy ialah...buatlah seperti y Azan Subuh katakan, tpi kita prlu lihat kump sasaran tlbih dhulu; utamakan yang dekat dgn kita baharulah maju ke hadapan. insyaallah..

Shahibul Afzan Wahab said...

terima kasih husna,di atas pandangan yg husna berikan.

Ya Allah, berikanlah kami semua kekuatan dlm menegakkan agamaMu di muka bumi ini...amiinn...

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template