:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Friday, July 10, 2009

Mencari Kekuatan di Perjalanan

Ya Tuhan
Aku ingin jadi seorang pejuang
Namun perjalanan ini amat memenatkan
Seringkali aku tewas di medan
Melawan nafsu dan syaitan

Aku mengaku daie
Namun usahaku hanya dapat dibilang jari
Tiada sumbangan untuk agama ini
Sedang aku sudah berjanji
Hidup dan mati kerana Ilahi

Ya Tuhan
Tika imanku berkurang
Aku jadi lemah dan bimbang
Hilang kekuatan dan keyakinan
BimbinganMu jua yang aku harapkan

Tahajjud, ubat yang Kau berikan
Aku cuba jadikan amalan
Namun belum mampu aku istiqamah
Kerana aku sungguh lemah
Melawan nafsu yang tak mahu kalah

Al Quran, penawar yang Kau anugerahkan
Aku cuba pahatkan di fikiran
Namun gagal kekal di ingatan
Lantaran usahaku yang tidak berterusan
Mujahadah aku untuk al Quran

Ya Tuhan
Ampunkan hambaMu yang berdosa
Maafkan hambaMu yang hina
Aku akan sentiasa mencuba
Untuk mencari kekuatan itu
Perkenankanlah Ya Allah...

8 comments:

arazma said...

moga Allah beri kekuatan kepada kita dalam meneruskan perjuangan ini...

aku hambaNya said...

: ) Akak rasa shibul sangat merendah diri..

shuhadaa said...

afzan, pandai la buat puisi ni..rasa trkena jugak kat diri saya..

Shahibul Afzan Wahab said...

to arazma@ami m:

terima kasih kak azma.saya aminkan doa akak...

to aku hambaNya:

emm...mungkin sebab saya ni rendah kak husna, jadi sebab tu lah saya merendah diri.hehe.

to shuhadaa:

puisi ni x sedap pun shuhadaa,cuma luahkan kata hati.dengan tulis puisi, rasa lega sikit. by the way, shuhadaa lagi baik daripada saya :)

dkama said...

tuh cam gambar Man.United jer... hahaha... PEACE...

Shahibul Afzan Wahab said...

hmm,nmpak macam sama juga macam MU punya logo.tp dalam entri ni,syaitan yg dimaksudkan.harap peminat bola jgn terasa.

hamuz said...

puisi penuh makna..
syukran alaik ya ukht:)

Shahibul Afzan Wahab said...

xde la hamuz...
btw,sama2 ya ukht.terima kasih juga.

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template