:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Wednesday, July 8, 2009

Berita Terkini di azansubuhkhamis.blogspot.com

Malam ini jam 11.30, setelah habis discussion dengan kawan-kawan sekelas baru saya berpeluang mengikuti berita terkini untuk hari ini. Jadi mungkin berita ini hanya terkini buat saya, sedangkan buat pembaca ia sudah tidak terkini lagi. Ada isu menarik yang berlaku pada hari ini.

1. PPSMI telah dimansuhkan.

“Pelaksanaan keputusan Kabinet bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ini akan berkuatkuasa pada 2012.

“Ia bermula secara berperingkat dan perubahan ini tidak membabitkan tingkatan enam dan matrikulasi,”

Ini adalah quotation daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pemansuhan PPSMI.

Alhamdulillah, semoga keputusan yang telah dilakukan ini adalah yang terbaik untuk seluruh lapisan rakyat bagi mendapat pendidikan yang lebih sempurna.

Berita selanjutnya boleh dibaca di sini: http://bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090708145000/Article

(Saya juga ada memberi sedikit pandangan tentang PPSMI dalam entri yang lepas:http://azansubuhkhamis.blogspot.com/2009/03/ppsmipandangan-saya.html)

2. Terkini H1N1

Kes jangkitan virus Influenza A HIN1 di Malaysia telah pun meningkat kepada 468 kes. Sebanyak 34 kes baru Influenza A H1N1 dilaporkan sehingga 8 pagi tadi dengan 22 kes import dan 12 kes jangkitan tempatan. Walaubagaimanapun, khabar gembira yang diterima ialah sejumlah 300 lebih pesakit telah pun sembuh dan selebihnya masih dirawat di hospital. Masih tiada laporan kematian yang dilaporkan, tetapi di Brunei, seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun telah disahkan meninggal dunia kerana penyakit ini.

Sama-samalah kita berdoa agar kita semua dijauhkan daripada bencana ini dan terus diberikan kesihatan yang baik untuk beribadat kepada Allah.

Sekian dahulu berita terkini daripada saya :)

Salam Mahabbah.

1 comment:

dkama said...

Dasyatnya H1N1... Angkara muhallazah tuh...

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template