Hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei telah menjadi tradisi banyak negara untuk meraikan Hari Ibu. Pada tahun ini, tarikhnya jatuh pada 9 Mei iaitu hari esok. Saya agak terkeliru dengan perkara ini kerana menurut beberapa sumber yang diperolehi, kita tidak boleh mengikut tradisi sambutan Hari Ibu ini kerana terdapat unsur-unsur agama lain di dalamnya. Saya bertanya kepada seorang ustaz yang arif, lalu inilah jawapan yang diberikan...
* * *
Sebahagian ahli sejarah mengatakan Hari Ibu datangnya dari Greek, iaitu sambutan Tuhan Ibu, Ria isteri Cronos (tuhan bapa). Dahulu di Rome, ada perayaan yg serupa utk menyembah atau memuliakan Sybil, ibu yg lain bagi tuhan2. Di England, dikatakan perayaan ini diubah oleh gereja kepada perayaan memuliakan Mary. Di USA, ada kisah lain begitu juga di negara2 Arab.
Walaubagaimanpun, memang ulama masih berselisih tentang isu ini. Ulama masih tidak ijmak dalam isu ini maka ia masih dalam ruang lingkup perkara khilaf. Kaedah fiqah, "Tidak diingkari perkara yg diperselisihkan ulama, tapi yg diingkari ialah yg telah ijmak akannya oleh ulama." Maknanya jangan terlalu mudah menghukum bidaah atau haram terhadap perkara yg masih diperselisihkan tetapi ini tidak bermakna kita biarkannya bahkan mestilah dinasihati jika hukumnya lebih dekat kpd haram.
Ada ulama yg mengharamkan terus sambutan Hari Ibu dan ada yg membenarkannya.
Jika benar bahawa sambutan Hari Ibu memang sebagaimana yg disebutkan oleh ahli-ahli sejarah, namun kini sambutan Hari Ibu tidak lagi merujuk kepada apa yg dinyatakan oleh ahli-ahli sejarah itu. Orang barat menyambut Hari Ibu kerana kesedaran mereka betapa kurang prihatinnya mereka terhadap ibu-ibu mereka, kerana hanya sibuk dengan urusan diri sendiri.
Jadi, pendapat-pendapat ulama yg membenarkan sambutan Hari Ibu adalah kerana melihat dari sudut pandang sambutan Hari Ibu pada zaman sekarang dan bukan pada zaman dahulu.
1) Dr. Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti hafizahullah
Jika cara sambutan Hari Ibu sebagaimana cara yg diamalkan masyarakat barat iaitu mengenepikan ibu, tidak menunaikan hak-haknya, tidak berlaku baik kepadanya sepanjang tahun kemudian memberikan perhatian sepenuhnya, mengisytiharkan kasih sayang dan berbuat baik kepadanya hanya pada Hari Ibu sahaja, maka jika begitu ianya bidaah yg diharamkan.
Jika sambutan Hari Ibu itu ialah satu juzuk daripada bentuk mempamerkan kebaikan yg berterusan kepada ibu dan kasih sayang terhadapnya sepanjang tahun, maka tidak salah untuk turut serta bersama orang-orang lain dalam usaha menegaskan hakikat sebenar berbuat baik kepadanya serta menyayanginya bersempena tibanya Hari Ibu.
2) Dr. Rajab Abu Malih:
"Maka ada dua kumpulan ulama dalam masalah ini:
1-Ulama yg berpendapat perayaan atau sambutan yg datang dari luar agama maka, ia dikira keji dan kita tidak perlu mengikutnya atau taklidnya. Dalam agama kita sudah cukup utk menjadikan kita yg memandu bukan dipandu, diikuti bukan mengikuti.
2-Ulama yg berpendapat perayaan atau sambutan ini termasuk dalam kategori adat2 kebiasaan. Maka, hukum asalnya ialah harus. Selagi mana sambutan ini bertepatan dgn Islam dan garis panduannya dan mempunyai asal dalam syariat kita maka tidak haram dan tidak makruh.
Walaupun kita hormati pendapat pertama dan hormati sesiapa yg berpendapat sedemikian, kita berpegang kepada pendapat kedua iaitu harus tetapi mestilah mengikut garis2 panduan."
3) Dr. Muhammad Bakr Ismail, pensyarah Tafsir dan Ulum Quran Uni. Al-Azhar:
"Sambutan ini dikira bidaah dari sudut adat kebiasaan bukan bidaah dari sudut ibadat. Bidaah adat tidak disuruh mahupun dilarang oleh Islam kecuali apabila ia berkait dgn agama samada secara dekat mahupun jauh. Maka apabila adat2 ini menzahirkan kesetiaan dan mengiktiraf serta mengajak supaya berbuat baik kpd sesiapa yg layak menerima kebaikan itu spt ibubapa dan nenek dan datuk, maka Islam menerima adat2 sebegini.
Tetapi jika adat2 ini menzahirkan yg sebaliknya, berlaku pula perkara2 yg dilarang spt pembaziran, hiburan2 yg sia2, maka ia dilarang oleh Islam."
4) Dr Abd Fatah Asyur, ulama Al-Azhar:
"Sambutan hari2 tertentu yg memuliakan manusia atau memperingati peristiwa2 yg baik tidak disebut oleh sesiapapun sebagai sambutan keagamaan tapi ia ialah peluang utk menzahirkan perasaan yg bagus terhadap orang2 yg melakukan kebaikan kpd kita antaranya apa yg disebut sebagai Hari Ibu.
Ibu mempunyai kedudukan yg khusus dalam agama Allah bahkan dalam setiap agama maka oleh sebab itu, ibu wajib dimuliakan, dihormati dan disambutnya."
5) Syeikh Hamid Al-Attar, Anggota Persatuan Ulama Sedunia
"Sambutan Hari Ibu pada satu hari yg ditetapkan, di sisiku sekurang-kurangnya makruh hukumnya. Dan tidak jauh utk jadi haram, bukan sebab bidaah tapi sebab taqlid orang bukan Islam dalam adat2 dan perayaan2 mereka. Dalilnya "Sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangannya." Riwayat Abu Daud.
Sayyiduna Umar tulis kepada umat Islam yg tinggal di negara Iran, "Jauhilah kamu akan pakaian orang2 syirik." Riwayat Ahmad.
6) Dr. Muhammad Abd Latif Banna
Beliau berpendapat tiada larangan utk menyambut perayaan dgn syarat:
1-Dalam sambutan itu, tiada perkara yg ditegah syarak spt ikhtilat.
2-Tidak bertujuan meniru/menyerupai orang barat.
3-Sambutan ini termasuk sambutan sepanjang tahun (tidak terhad pada hari tertentu sahaja bahkan sepanjang tahun tapi dikhususkan hari tertentu mungkin untuk lebih kerap meluangkan masa bersama atau memberi hadiah-penulis)
Wallahu'alam.
Ibu, ibu...engkaulah ratu hatiku...bila ku berduka, engkau hiburkan selalu...Ibu, ibu...engkaulah ratu hatiku...Terima kasih Emak! Love u always...
10 comments:
semoga semua ibu disunia ni mendapat rahmatNya... PEACE...
Insya Allah, ibu-ibu yang baik akan mendapat rahmat daripadaNya...
hari-hari adalah hari ibu..=)
salam ziarah~
owh.bru tahu sambutan hari ibu juga sbnrnya dibncgkn sebegini..jzzk atas perkongsian..
Pendapat Dr. Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti hafizahullah: Jika cara sambutan Hari Ibu sebagaimana cara yg diamalkan masyarakat barat iaitu mengenepikan ibu, tidak menunaikan hak-haknya, tidak berlaku baik kepadanya sepanjang tahun kemudian memberikan perhatian sepenuhnya, mengisytiharkan kasih sayang dan berbuat baik kepadanya hanya pada hari Ibu sahaja, maka jika begitu ianya bidaah yg diharamkan.
Jika sambutan Hari Ibu itu ialah SATU JUZUK DARIPADA BENTUK MEMPAMERKAN kebaikan yg berterusan kepada ibu dan kasih sayang terhadapnya sepanjang tahun, maka tidak salah untuk turut serta bersama orang-orang lain dalam usaha menegaskan hakikat sebenar berbuat baik kepadanya serta menyayanginya bersempena tibanya Hari Ibu.
sumber: http://www.naseemalsham.com/activities.php?ID=2249
syukran ustaz fahmi.ana dah copy & paste ke dalam entri utk memudahkan rujukan.jzkk...
Suka jawapan Ustaz Sa'id Ramadhan.. Ertinya every day is mother's day..
ambil dalil biarlah yg menepati kaedah pendalilan.
quran dan sunnah dgn pemahaman sahabat baginda.
wallahu'alam~
tidak semua kebenaran itu kita gembira menerimanya. ada kemungkinan kebenaran itu pahit utk diterima, apatah lagi mengamalkannya.
islam itu unik. maka ia nampak asing. 'berbahagialah org2 yang asing'
:)
terima kasih krn mengingatkan.
Saya mmg krg arif dlm bab hukum sebegini, namun insyaAllah, saya yakin telah merujuk org yg sebetulnya.
saya juga kurang arif dalam hal2 sebegini...namun,jika ia meragukan diri saya maka saya tidak akan meraikannya...bagi saya,every day adalah hari ibu dan juga ayah...saya tidak akan spesifikkan pada satu tarikh tu je...bagi saya senang,apa yang Rasulullah amal kan itu la yang yang akan dibuat,apa yang Rasulullah raikan itu lah yang diraikan...mudah kan..........
Post a Comment