:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Thursday, May 13, 2010

Saya Geram, Geram dan Geram...

Saya geram, geram dan geram...saya geram dengan berita ini. Saya yakin, jika anda seorang Islam yang benar-benar beriman dengan Allah dan RasulNya, anda juga akan berasa geram. Sepatutnya di waktu ini saya mengulangkaji untuk persediaan peperiksaan yang semakin hampir. Namun kerana perasaan geram, saya tidak dapat memberi tumpuan pada buku-buku saya lagi. Biarlah saya menulis sepuas-puasnya. Semoga Allah menggantikan waktu yang lebih baik buat saya kelak.

"Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan."

Apa sudah jadi wahai kerajaan Malaysia?

Saya tidak pasti, bagi orang-orang yang terlibat memberikan keputusan tersebut, di manakah sebenarnya kedudukan Allah dalam diri mereka?

يَسْأَلُونَكَ عَنِ ٱلْخَمْرِ وَٱلْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَآ إِثْمٌ آَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ
وَإِثْمُهُمَآ أَآْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ ٱلْعَفْوَ آَذٰلِكَ يُبيِّنُ
ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ

Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya".

Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir.

(QS. Al Baqarah/2:219)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ
الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ( 90 ) إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ
وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّآُمْ عَنْ ذِآْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ
( مُنْتَهُونَ ( 91

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.

Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) arak dan berjudi itu dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan solat. Maka mahukah kamu berhenti (dan mengerjakan pekerjaan itu)."

(Q.S Al Ma'idah: 90-91)

Adakah mereka tidak tahu bahawa hukum judi itu adalah HARAM? Mutlak!

Baiklah, mungkin mereka terlalu sibuk sehingga tidak sempat membaca terjemahan al Quran. Namun, mengapakah mereka tidak berfikir dengan minda yang waras dan cerdik pandai yang Allah kurniakan kepada mereka? Mereka semua adalah golongan terpelajar, bukankah begitu?

Saya sungguh bingung.

Mereka hanya nampak kebaikan sahaja, iaitu untuk mengelakkan berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Tidak nampakkah mereka akan keburukannya? Saya boleh senaraikan di sini jika mereka malas berfikir. Saya pernah belajar dalam subjek Pendidikan Syari'ah Islamiah suatu ketika dahulu.

1. Berjudi dapat menimbulkan permusuhan, kemarahan dan pembunuhan sesama manusia. Bahaya itu sudah terbukti sejak dahulu sampai sekarang. Apabila terjadinya perjudian di sesuatu tempat, maka di tempat itu selalu terjadi perselisihan, permusuhan dan pembunuhan.

2. Orang yang mengalami kekalahan dalam perjudian mungkin akan membunuh diri, merompak, dan mencuri harta orang lain kerana wangnya telah habis akibat perjudian. Sanggup kita menjadi mangsa mereka? Oh, na'uzubillah!

3. Akibat berjudi, seseorang yang baik dapat menjadi jahat, malas bekerja untuk mencari rezeki dengan jalan yang baik, dan selalu mengharap-harap kalau-kalau mendapat kemenangan.

4. Banyak orang kaya tiba-tiba jatuh miskin dan melarat kerana berjudi. Dalam sejarah perjudian, tidak ada orang yang kaya kerana berjudi. Malahan sebaliknya yang terjadi.

5. Judi mungkin juga menyebabkan rumah tangga yang aman bahagia, tiba-tiba hancur berantakan.

6. Dan lain-lain. Anda tambahlah sendiri. Jangan lupa juga, bahawa berjudi ini amalan masyarakat jahiliyyah.

Mengapa mereka tidak mempertimbangkan keburukan-keburukan ini sebelum membuat keputusan? Bahkan keburukan itu lebih banyak daripada kebaikan. Malah, jika seseorang itu bukan beragama Islam sekalipun, mereka tentu tidak mahu keburukan-keburukan ini terjadi pada mereka.

Jika kerajaan benar-benar ingin menyekat judi haram, banteras dan hukumlah para penjudi haram tersebut. Bukannya mencipta judi halal. Yang haram itu jelas, yang halal juga jelas. Berfikirlah dengan lebih kreatif wahai pemimpin!

Eh, Encik berbaju Melayu tu nak beli nombor ekor jugak ke?? Ini gambar lama, selepas dapat lesen ni tak tahulah jadi macam mana...

Ayuh orang Islam, adakah kita masih mahu menyokong kerajaan yang menghalalkan judi yang jelas nyata haram? Menyokong mereka bermaksud menentang Allah. Jangan sesekali tunduk pada kemungkaran. Selepas ini, entah apa lagi perkara haram yang akan dijadikan halal. Ingatlah, di mana terdapatnya kemungkaran berleluasa, azab Allah akan datang kepada mereka.

9 comments:

ummu durrah said...

kerosakan dari judi ini lebih besar dari manfaat yg diterima.. Membenarkannya, seolah2 memperlekehkan hukum Islam. Semua gara2 sekularisme, sampai sekarang dah buta yg mana satu yg halal dan haram.

Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi'i r.h: “Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair)

Aduhai pemimpin ku.. mahukah kalian menyuap kami, mendidik kami dari hasil yg haram? Tidak takutkah kalian kepada ALLAH? Kalian membenarkannya umpama menghina kalamullah.. kata2 ALLAH..

Kasihanlah..kasihanlah pada diri. Roh sendiri yg bakal berdepan dengan pelbagai soalan kelak..

Astaghfirullah..
Astaghfirullah..

Mereka seolah2 sedang tawar- menawar dalam urusan agama..

Shahibul Afzan Wahab said...

{Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian," padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.}

{Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar.}

{Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.}

{Dan bila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan."}

{Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar.}

{al baqarah:8-12}

Renungkanlah...jangan jadi golongan munafiq ini wahai pemimpin!

mutiara bd said...

Fuh, dahsyat-dahsyat..

yassir said...

Maksiat!!!!! Negara Islam Malaysia Luluskan Lesen Judi

dkama said...

Saya dah lama kecewa dengan semua nih... maklumlah saya berada di genting highland... semuanya jelas didepan mata... buat pengetahuan saudara dan saudari cuma umat Islam warganegara Malaysia sahaja yang diharamkan berjudi di gengting... untuk umat Islam dari negara lain mereka halalkan... PEACE...

Shahibul Afzan Wahab said...

terima kasih saudara dkama atas perkongsian pengalaman...semoga terus dikuatkan iman...

dkama said...

Saya setuju dengan PinTu_Gua... Wahai pemimpin2 skularisme jadi lah khalifah yang memartabatkan Al-quran dan sunah... PEACE...

Unknown said...

Singgah baca entry..
Follow sekali..jemput ke blog ye :)

Shahibul Afzan Wahab said...

dah lawat dah blog mommy pinky...selamat menjadi ibu, kak...moga2 dimudahkan Allah.amiinn...

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template