:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::

Sunday, May 2, 2010

Tahniah Amalina dan Syahid

Alhamdulillah, tanggal 30 April yang lepas, saya mendapat khabar kelahiran dua puteri kembar junior sekolah saya, Ukhti Amalina Ismail merangkap junior saya juga di Kulliyyah of Dentistry ini. Subhanallah, walaupun beliau berbadan kecil, Allah memberikannya kekuatan yang luar biasa 'membawa' dua orang bayi. Semoga Allah memudahkan urusan kalian, Amalina dan Syahid, menjadi abi dan ummi buat dua permata hati di samping meneruskan peranan sebagai penuntut ilmu Ilahi.

Alya Syahira


Alya Syuhada

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

.. "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam kepada orang-orang yang bertaqwa."

8 comments:

fatayat said...

masay-ALLAH..GEMBIRANYA ade anak kembr..hehe..akk bile???hehe..gurau jek...brakatillah ala usratihum..amin2

aniemz said...

kak shibul, amalina bersalin normal ke operate? anim nak gi lawat pun tak der dikhabarkan pun amalina dah bersalin.. anak2 dia sehat ye? alhamdulillah.. dah selamt

BiNtUQaMaR~ said...

tahniah kak ama..bru 3 hr dh ada nama baby tu ye..comel..moga jd anak2 yg solehah..:)

Shahibul Afzan Wahab said...

fatayat;
Amiinn, semoga barakah Allah buat keluarga mereka...

Akak bila? Hmm...bila Allah izinkan nanti.

Adik pulak bila?hehe.

anim;
amalina bersalin caesarean...dia keluar hospital dah hari ni.dengarnya lepas ni nak balik kemaman.

xlama lagi anim pulak ada baby comel.take care ye anim.

naufal;
anak kak amalina ni dah ada nama first day lagi..hehe.ummi abi dia rancang awal2 dah.

mmk said...

slm afzan..

selalu dtg sini tp hr ni baru terasa nak komen...teruja dpt tau amalina melahirkan baby kembar...bestnya,dua sekaligus =) salam utk dia ye..semoga ibu dan baby2nya sihat walafiat..

utk afzan,sahabat tersayang,smoga dimudahkan jalan menuntut ilmu dan menyampai serta mempraktikkannya..kagum dgn semangat afzan rajin tulis pasal gigi kat sini..sekurang2nya boleh tambah pengetahuan shida hehe..

k,take care dear~ doakan kejayaan bersama..Allah bless =)

Shahibul Afzan Wahab said...

salam shida,nanti salam shida akan disampaikan pada amalina, insya Allah..

terima kasih menjenguk sahabatmu di sini...dan terima kasih juga atas doa2 yang dititipkan..semoga shida dan suami serta si kecil balqis juga berjaya dan berbahagia di sana...nanti afzan boleh dapat medical consultation daripada dr.shida pulak...

May Allah bless us always, insya Allah.

hijanah said...

salam kak afzan.
terima kasih beritahu sal amalina...saya sekolah dengan dia dari sek rendah, kemudian menengah, then matrik...

rindu sangat kat dia..
tak tahu dia dah bersalin..

alhamdulillah...sudah rezekinya...
moga Allah memberkati keluarga dia.

akak, kalau jumpa dia, kim salam sayang.

akak, nak minta izin akk, akk leh tak delete kmen day yoyo..tak kene adab la...moga allah mengampuninya...syukran

Shahibul Afzan Wahab said...

hijanah;

insya Allah dik, nanti kalau jumpa akak sampaikan ya.

amalina dah pun start exam hari ni, insya Allah dia dapat buat dengan cemerlang.akak pun kagum dgn dia.

lepas ni ada cuti hampir sebulan, bolehlah dia berehat sikit bersama si comelnya. suami dia pun dah habis exam 19hb baru ni.

alhamdulillah.

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template