:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Friday, May 21, 2010

Nabi Muhammad Dihina di Facebook

Hati sangat terhiris melihat kecelakaan Yahudi laknatullah yang mengadakan page-page menghina Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam di laman sosial Facebook. Ia bermula dengan tarikh 20 Mei 2010 yang diwarwarkan sebagai "Everybody Draw Mohammed Day".

Sekarang page asal yang memuatkan karikatur penghinaan terhadap Rasulullah itu telah ditutup setelah ribuan umat Islam memprotes di beberapa page alternatif yang diwujudkan oleh umat Islam. Namun, masih wujud beberapa page baru yang diwujudkan bagi menghina Sayyiduna Muhammad yang kita cintai. Yahudi memang tidak akan pernah redha dengan umat Islam.

Namun, sejelek-jelek Yahudi laknatullah, sebenarnya kita dapat mengambil faedah daripada situasi ini. Sekarang orang-orang bukan Islam mencari-cari siapakah itu Muhammad. Mereka tertanya-tanya siapakan gerangan seorang lelaki yang mengundang kemarahan jutaan orang apabila dia dihina. Biarkan mereka mencari kebenaran. Tidak mustahil jika ramai bukan Islam yang akan memeluk Islam selepas ini, sebagaimana yang pernah terjadi selepas peristiwa 11 September.

Lihatlah Yahudi, kejahatan kalian kepada umat Islam akhirnya memberi laluan kepada kemenangan Islam!

" Allahumman suril islama wal muslimin..."


11 comments:

zaiton zakaria said...

salam kak, di mana lagi saya bleh dapatkan maklumat pasal ni?

Shahibul Afzan Wahab said...

salam,ni ada beberapa link utk zai rujuk:

http://www.dawn.com/wps/wcm/connect/dawn-content-library/dawn/news/world/16-us+cartoonist+disavows+draw+mohammad+facebook+page-hs-05

http://map2street.blogspot.com/2010/05/bantah-provokasi-jahat-di-facebook.html

http://www.facebook.com/pages/AGAINST-Everybody-Draw-Mohammed-Day/113267462046186

http://www.facebook.com/pages/draw-mohammed-part-two/129988773677821

http://www.facebook.com/topic.php?uid=188781538046&topic=15169#!/HonourProphetMuhammad

irfan said...

thanks sis 4 sharing this..
smoge kite beroleh mnfaat dari tiap yg terjadi..

atikullah ismail™ said...

allah pasti menjaga agamanya dan rasulnya..kuasa allah siapa mampu lawan?..tiada, tidak pernah, dan tidak akan ada..

kurniawan.q said...

thx for share....

Shahibul Afzan Wahab said...

wahai Rasulullah, maafkan kami kerana tidak terdaya, mempertahankan dirimu yg mulia...

maafkan kami wahai Rasulullah T_T

Faiz Faiza said...

Yg pasti bangsa yg dihina oleh Allah ini takkan pernah senang dengan umat manusia terutama umat Islam. Mereka berusaha keras mencabut rasa sensitif kita terhadap kemuliaan agama.

Afzan, tq 4 sharing

al-aman said...

Syeikh Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti pernah mengulas isu penghinaan terhadap Baginda...

رُبّ ضرّة نافعة
"Boleh jadi perkara yg memudaratkan itu mempunyai manfaat."

Kini masyarakat barat mula mengenal nama Muhammad.. akan tiba pula masa mereka akan mengenal peribadi dan akhlak Muhammad.

Shahibul Afzan Wahab said...

Insya Allah,semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah buat mereka, dan mengekalkan nikmat iman dan Islam buat kita. Mungkin suatu hari nanti kita boleh adakan kempen "Everybody Convert to Islam Day" pulak di Facebook...

Muhammad said...

Ada ustaz komen, umat islam layan Nabi Muhammad SAW macam barang buruk bawah rumah. Diri sendiri tak amal tuntutan Rasul SAW, sunah nabi tinggal, hukum agama dipandang enteng, tapi bila orang kutuk Nabi, sibuk melenting. Ibarat barang bawah rumah bila nak dicuri kita sibuk2 bising, padahal tak digunakan sangat pun.. Bukan bererti kita patut berdiam diri, tetapi ertinya refleksi balik penghayatan kita kpd Rasul SAW yg sepatutnya x terhad kpd perarakan maulid semata..

Wallahu a'lam, sekadar menghulur pandangan. Dari musafir yg dhaif. Salam ziarah blog.

Shahibul Afzan Wahab said...

Perkara begitu memang biasa terjadi, akibat cinta kpd Rasulullah bukan dengan sebenar2 kecintaan.

Terima kasih atas peringatan.

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template