:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Wednesday, April 29, 2009

Gigi Kacip dan Bentuk Muka

Assalamualaikum warahmatullah buat semua pembaca,

Sedikit perkongsian. Menurut apa yang saya pelajari di kelas Prosthetic daripada Professor Dr.Ibrahim Khalil, terdapat persamaan antara bentuk gigi kacip atas (upper central incisor) dengan bentuk muka kita . Cuba anda lihat gambar-gambar di bawah ini:

Gambar 1:
dengan


Gambar 2:
dengan


Gambar 3:
dengan

Sekarang cuba anda lihat bentuk gigi kacip atas anda dengan bentuk muka anda. Ada persamaan?

Mungkin ya, mungkin tidak. Hanya kajian manusia...

"Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, dan kandungan rahim yang kurang sempurna dan yang bertambah. Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya."(ar Ra'du:8)

"Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran." (al Qamar:49)

Wallahu a'lam...

13 comments:

dkama said...

yer lah.... dkama da tengok kat cermin... mmg nampak cam same... tq afzan... tiap kali dkama baca blog afzan dapat pahala... tq so much...

Shahibul Afzan Wahab said...

sama2...segala yg baik daripada Allah.

.:wan~nur:. said...

Salam Kak Afzan.

Haa, betullaa... Same..

*impressive*

Banyak lagi yang kita tak tau pasal diri kita sebenarnya kan?

Subahanallah.

Shahibul Afzan Wahab said...

banyak izat yg kita x tahu...ilmu Allah seluas lautan sedangkan ilmu manusia hanya setitik daripadanya.

dkama said...

dkama teringat sepotong ayat... "kenal diri rata-rata baru kenal Allah yang nyata"... bila kita kenal diri kita kita kenal kebesaranNya...

toqki said...

huhu..

betol ke sama??
nnt saya tgk cermin

Shahibul Afzan Wahab said...

To dkama:

Terima kasih kerana berkongsi ilmu di sini...seingat saya(kalau tak salah)dlm bahasa arabnya berbunyi,

"man 'arafa nafsahu faqod 'arafa rabbahu" (siapa kenal dirinya maka sesungguhnya dia kenal Tuhannya)

To toqki:

Kalau ikut yg kami belajar ni,katanya sama@ hampir sama.Pentingnya bila kita nak buat gigi palsu untuk patient.Untuk pilih saiz dan bentuk gigi yg sesuai utk patient tersebut,kena berpandukan bentuk mukanya...barulah nampak harmonious@cantik seperti ciptaan Allah yang asal,walaupun hakikatnya tak dapat menandinginya.

"Sesungguhnya Kami menciptkan manusia dalam bentuk yg sebaik-baiknya."(at tin:4)

Fitrie Muhammad said...

Subhaana Allah...

TENGKU KHAIRUL IDHAM said...

Salam kak...

Just nak tanye skit... Tp Tak berkait ngn tjuk ni...

Cume ade msalah gigi sket...huhu...

Ade sebijik gigi idham ni yg lambat tumbuh. Kire mcm gigi susu yg last skali tercabut sblum kluar gigi kekal...

Bler gigi tu lambat kluar,jdi susunan gigi tu x sekata... Kemudian, gusi pulak tumbuh diantara(dicelah) dua gigi yg bru tumbuh tu tadi...

Jadi,gigi yg bru tumbuh tu xdpt nak duduk sekata ngan gigi2 lain sbb gusi dh terlebih dhulu isi ruang tu...

Kdg2 gusi ni sentiasa berdarah.

Soalannnya:-

1- Bahaya x keadaan mcm ni sbb asyik berdarah je???
2- Ade cre x supaya gigi ni tersusun smula sbb gigi bru tumbuh ye duduk atas sket pd gigi2 lain...

Terima ksih...

Harap2 kak fahamlah tulisan yg pnjang berjela nih...wakaka

Shahibul Afzan Wahab said...

Waalaikumussalam...

Masalah gitu biasa idham..sebab setiap gigi kita masa tumbuhnya tak sama dan kadang-kadang ambil space gigi lain.biasa la kalau ada overlap.

Masalah gigi berdarah pun biasa kalau ia tak teruk.Cuma boleh dikurangkan dgn pemakaian berus gigi yg lembut dan cara memberus yg betul.Kalau susah nak berus bhgn tersebut,gunakan floss.

Kalau nak betulkan susunan gigi,setakat yg kak tau,rawatan orthodontik la...rawatan yg guna braces tu.ada kat hospital kerajaan dan swasta.Tapi kalau nak buat kat swasta kena spend duit byk skit la,sebab cecah ribu2 jugak.

Wallahua'lam..harap idham puas hati.

dkama said...

TQ gak kat Afzan... siap terangkan detail lagi...

Cucu Dagang (CD) said...

Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu pada setiap makhluq2Nya supaya hambaNya mengkaji, berfikir dan seterusnya beriman dengan kekuasaanNya..

asamkeping said...

Terima kasih. saya yakin doh..siap ngan dalil naqli..tak payah tengok cermin.. :)

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template