:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Wednesday, April 15, 2009

Tentang Immunology

Bismillahirrahmanirrahiim...Hari ni nak try recall konsep-konsep asas yang penting dalam immunology pula.  Kalau ada kesalahan fakta yang disedari oleh pembaca yang membaca entri ini, harap betulkan ya. Kalau nak tambah apa-apa yang saya tuliskan, sangat-sangat dipersilakan.

Immunology ni satu ilmu yang membincangkan tentang sistem pertahanan badan kita melawan penyakit. Alhamdulillah, kita patut bersyukur sangat-sangat kepada Allah, kerana dalam badan kita ni, Allah ciptakan 'askar-askar' untuk melawan musuh. Musuh-musuh ni dipanggil 'antigen'. Mereka ni datangnya daripada:

1) Intracellular (virus, beberapa jenis bakteria dan parasit yang kecil-kecil)
2) Extracellular (kebanyakan bakteria, parasit yang lebih besar)
3) Allergen (habuk, makanan, bahan kimia)
4) Autoantigen (dalam autoimmune disease)
5) Neoantigen (dalam kes kanser)

Baiklah, sekarang kita berkenalan dengan 'askar-askar' tersebut.

Terdapat 2 jenis 'askar' yang mempertahankan tubuh kita:
1) Innate @ natural @ native
2) Adaptive @ specific @ acquired


Mari kita berbincang tentang jenis pertama iaitu INNATE @ NATURAL @ NATIVE. Jenis pertama ni berperanan masa mula-mula musuh (antigen) masuk dalam badan kita. Mereka terdiri daripada epithelial barriers, phagocytes (neutrophils and monocytes/macrophages), complement dan NK cells. Epithelial barriers ni adalah lapisan sel yang menghalang kemasukan antigen, manakala phagocytes, complement dan NK cells bekerja dengan menghapuskan antigen, in case antigen tu dah berjaya masuk ke dalam badan. 

Phagocytes ini akan menjalankan proses phagocytosis untuk menghapuskan mikroorganisma.

Natural killer (NK cells) pula akan membunuh sel yang dijangkiti dengan membunuhnya atau menghasilkan cytokine Interferon-y(gamma) yang akan mengaktifkan macrophages.

Complement pula adalah protein-protein plasma yang berinteraksi antara satu sama lain dalam melawan musuh-musuh ini. Ada 3 cara (pathways) interaksinya yang kadang- kadang memeningkan kepala saya iaitu: 

1) alternative pathway
2) classical pathway
3) Mannan-Binding Lectin pathway

Inilah pathway-pathway nya yang masih saya ingat-ingat lupa. Kena study lepas ni. Insya Allah.

Sekarang kita berpindah pula kepada jenis kedua iaitu ADAPTIVE@ SPECIFIC@ ACQUIRED. Jenis kedua pula berperanan kemudian sikit daripada jenis pertama tadi. Ada 2 jenis:

1) humoral - iaitu antibodi yang dihasilkan oleh B lymphocytes.

2) cell-mediated- iaitu yang dijalankan oleh T lymphocytes. Ada 2 tindakan yang dilakukan oleh T lymphocytes ni bila jumpa antigen: 
- activate macrophages to kill phagocytosed microbes ( Helper T lymphocytes @ CD4+)
- kill infected cells and eliminate reservoirs of infection (Cytolytic T lymphocytes@ CD8+)

Terdapat 5 kelas antibodi yang dihasilkan oleh B lymphocytes tadi iaitu IgM, IgD, IgG, IgE dan IgA. Ig adalah singkatan kepada 'immunoglobulin'. Immunoglobulin adalah protein, bermakna antibodi juga adalah protein. Saya dah susun ikut turutan menaik mengikut kelas yang terhasil dahulu. Beginilah bentuknya:

Setiap Ig ini ada ciri-cirinya pula tetapi agak banyak untuk saya tuliskan di sini.  Nampaknya sampai di sini sahaja dahulu ya. Saya juga ingin menyeru kepada diri saya dan semua pembaca agar meningkatkan keimanan, ketakwaan dan kesyukuran kita kepada Allah di atas rahmat pemberiannya ini. Allah menciptakan mikroorganisma yang berbahaya kepada kita, tetapi dalam masa yang sama Dia juga melengkapkan badan kita dengan sistem pertahanan. Dan bukannya semua mikroorganisma yang diciptakan itu tidak baik, tetapi ada yang berfaedah untuk tubuh badan manusia. Itu akan dibincangkan dalam subjek Microbiology pula, insya Allah.

Wassalam.

6 comments:

Muslimahsolehah said...

dulu...sy pun ade amik subjek immunologi dan mikrobiologi...dua2 best

arazma said...

kak pun ade amik paper immunologi masa 1st degree dulu.. buat applied parasitology...sronok blajo biologi nih...betapa indahnya ciptaan Allah...dan Maha BerkuasaNya Allah menjadikan setiap makhluk ada tugas masing-masing... kalau tengok pokok tu, bukannya nampak pokok dengan dedaun hijau je tapi dok tringat struktur daun tu, proses respirasinya, fotosintesisnya dan macam2 lagi...pendek kata 'otak bejalan' le...

wearelearningparents said...

erm, nje pun dh lepas immunology nih...nasib baik killer sem dah lepas...fuhhhh...ngoh bile nak balik?heheh

Shahibul Afzan Wahab said...

to kak muslimahsolehah;
best tu memang best akak, tapi byk sgt bak ingat..huhu...;~(pening)

to kak ami mahzar:
betul tu kak.sains memang mendekatkan kita kepada Allah.even saintis non-Muslim pun mendapat hidayah utk masuk Islam selepas mereka mengkaji tentang sains.alhamdulillah.

to rubiah ismail:
hmm..angoh xdok harapanla nak balik dalam masa terdekat ni..huhu.sedih.

Farid Rashidi said...

Salam...

Syukran atas info berguna ya.

Jemput ke blog saya yang baru. Saya sudah berpindah ke http://www.faridrashidi.com

Shahibul Afzan Wahab said...

Wsalam.oh sudah berpindah.insya Allah akan melawat blog anda yg baru.

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template