Bismillahirrahmanirrahiim…
Hari ini insya Allah saya akan menyambung tentang virology, suatu kajian tentang virus yang merupakan sebahagian daripada ilmu yang dibincangkan dalam microbiology. Untuk pengetahuan semua, virus adalah bersaiz lebih kecil daripada bakteria. Mari kita lihat virus-virus yang menakutkan ini.
1) Herpes virus
-virus ini mempunyai 4 struktur: envelope, tegument, capsid(nucleocapsid), core (DNA core).
-terdiri daripada 3 subfamilies:
1) alpha-herpesvirinae: HSV-1, HSV-2, VZV
2) beta-herpesvirinae : HCMV, HHV-6, HHV-7
3) gamma-herpesvirinae: EBV, KSHV
-Penyakit yang dibawa oleh herpes virus ialah:
1) herpes labialis-disebabkan oleh HSV-1 atau HSV-2 (mainly HSV-1)
2) genital herpes- disebabkan oleh HSV-1 atau HSV-2
3) chickenpox in children, shingles and post-herpetin in adult – disebabkan oleh VZV
4) infectious mononucleosis (glandular fever)- disebabkan oleh EBV
5)infectious mononucleosis/glandular fever-like syndrome with prolonged fever and a mild hepatitis, sore throat- disebabkan oleh HCMV.
2) HIV (Human Immunodeficiency Virus)
-menyebabkan penyakit AIDS (Acquired immunodeficiency syndrome). Ini dikesan setelah tahap HIV meningkat di dalam darah dan bilangan sel CD4+ menurun di bawah tahap kritikal, justeru tiada lagi sistem pertahanan (cell-mediated).
-merebak melalui hubungan seksual, pendedahan kepada darah pesakit dan ibu kepada bayi dalam kandungan.
-sehingga kini masih tidak dijumpai vaksin atau rawatan untuk HIV atau AIDS. Untuk mencegahnya, kita harus menghidari daripada dijangkiti virus ini. Walaubagaimanapun jika dijangkiti, pesakit akan diberikan antiretroviral treatment drug.
3) Hepatitis virus
-terdiri daripada hepatitis A, B, C, D dan E.
-menyebabkan hepatitis (inflammation of the liver).
-virus hepatitis A akan menyebabkan infectious hepatitis. Boleh dijangkiti melalui makanan yang tercemar, berkongsi jarum suntikan dengan pengidap, dan hubungan seksual.
-virus hepatitis B akan menyebabkan serum hepatitis. Ini akan mengganggu fungsi hati. Dijangkiti melalui darah atau cecair badan, air liur, hubungan seksual dan ibu kepada bayinya. Terdapat vaksin untuk penyakit ini yang boleh melindungi kita selama 20-25 tahun.
-virus hepatitis C merebak sebagaimana virus hepatitis B.
-virus hepatitis D merebak dengan kehadiran virus hepatitis B.
-virus hepatitis E merebak sebagaimana virus hepatitis A.
4) Human Papillomavirus
-menyebabkan warts (ketuat) dan kanser serviks. Ia menjangkiti kulit dan mucous membranes manusia. Disebarkan melalui hubungan seksual. Boleh dikesan dengan Pap Smear. Vaksin dan antiviral agents sedang dikembangkan.
5) Mumps virus
- menyebabkan parotitis (bengkak kalenjar parotid) terutama di kalangan kanak-kanak. Merebak melalui air liur daripada pesakit. Tempat utama virus ini membiak ialah sel epithelium salur atas pernafasan , salur alimentari (GIT) atau mata. Virus ini cepat merebak ke tisu limfa.
-Dicegah melalui suntikan MMR (mumps-measles-rubella) kepada bayi.
6) Measles (Rubeola)
-menjangkiti salur pernafasan atau konjunktiva. Untuk mencegahnya, bayi diberikan suntikan MMR.
-simptom utama:
*fever
*rash
-pathognomonic: Koplik's spots (buccal and lower labial mucosa opposite the lower molars)
7) Rubella (German measles)
-menyebabkan penyakit Rubella. Sangat berbahaya jika ia menjangkiti fetus di minggu-minggu pertama kehamilan.
-symptoms:
*fever
*rash
*sore throat
*lymphoadenopathy
8)Poliovirus
-menyebabkan poliomyelitis. Dijangkiti melalui fecal-ral route. Dicegah dengan Inactive Polio Vaccine (IPV).
-Virus ini hebat kerana:
* dapat menahan keadaan berasid di dalam perut.
* mengganda dengan cepat.
9) Adenovirus
- menyebabkan jangkitan salur pernafasan, conjunctivitis dan diarrhea. Sangat mudah merebak melalui batuk, bersin atau najis.
Jangkitan adalah sederhana dan tidak memerlukan rawatan.
10) Influenza virus
-Terdapat 3 jenis: A, B dan C. Disebarkan melalui batuk atau bersin.
-Jenis A: Disebarkan melalui burung. Contoh H1N1 (Spanish flu), H2N2 (Asian flu), H3N2 (Hong Kong flu), H5N1(yang menyerang negara pada tahun 2007-selesema burung)
-Jenis B: menjangkiti manusia sahaja.
-Jenis C: menjangkiti manusia dan khinzir.
4 comments:
nape la zubir dok rajin macam kak shibul gak.. puas dipaksa doh suh tulis dalam blog.. hehe.. mane tau kot2 boleh ingat lagi name2 virus.. dia pro 18/5 ni..
xpe anim...zubir pandai doh.oh,kiranya dia exam 10 hari awal dari kitorang la.
Blog cukup berinformasi.. Salam Ziarah.. di mana sahaja anda berada kumandangkan kalimah LAILAHAILLAH!!! Berdakwah dan mengislah :-) broyusry.blogspot.com
insya Allah, terima kasih.
Post a Comment