:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Monday, April 27, 2009

Taubatku

Tuhan... 
Terimalah taubatku yang tidak sempurna...
Ia serba kekurangan dan banyak cacat celanya...
Tapi apakan daya...
Ini sahaja yang mampu kupersembahkan kepadaMu....

Telah kucuba sepenuh hati...
Tapi masih tidak mampu sempurna...
Aku harap dengan rahmatMu...
Terimalah jua taubatku...

Kasihanilah aku wahai Tuhan...
Hamba yang lemah ini...
PengampunanMu yang kuharapkan...
Siapa lagi yang dapat membelaku...
Kalau Engkau tidak membelanya...

Tuhanku...
Aku tidak layak untuk syurgaMu...
Tapi aku tidak sanggup untuk menanggung seksa nerakaMu...
Maka berilah keampunan kepadaku...
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.

(diedit daripada sebuah lagu nasyid sebagai monolog diri)

~Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku yang menggunung tinggi~

4 comments:

dkama said...

Ya Allah ampunkan lah dosa2 ku, kedua ibu bapa ku, keluarga ku, mukminin dan mukminat... amin...

arazma said...

sejak anak2 dh skolah, terutama yg tgh tadika 4 tahun tu, bila beraktiviti jer mesti lagi meriah. bila bab nasyid pun sama.. termasuklah nasyid taubat tu... sayu bila anak2 pun turut serta mengalunkan nasyid taubat ini bersama-sama...walaupun dalam pelat 4 tahun..

Shahibul Afzan Wahab said...

betul tu kak azma...harap2 diri ini mampu menginsafi kesucian hati anak2 kecil yg rajin berzikir kepada Allah....

dkama said...

dkama membesar ngan lagu Rock... ruginyer rase...

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template