:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Sunday, April 19, 2009

Kita dan Bakteria

UIAM Kuantan semakin sunyi kerana ramai pelajar semester yang telah pulang ke kampung halaman untuk bercuti panjang. Tinggallah kami pelajar-pelajar perubatan dan pergigian meneruskan perjuangan di sini dengan sedihnya. Jadi pada kali ingin saya terasa ingin menuliskan sesuatu tentang bakteria yang diulangkaji dalam subjek Microbiology.

Di persekitaran kita sebenarnya wujud makhluk-makluk Allah yang bersaiz seni yang mungkin tidak kita sedari. Mereka ini terdiri daripada bakteria, virus, alga, fungi dan protozoa. Disebabkan itulah Islam menyuruh umatnya menjaga kebersihan. Saya percaya semua pembaca mengingati hadis ini, 

"An nazofatu minal iman..."-Kebersihan itu sebahagian daripada iman.

Malah di dalam al Quran juga terdapat banyak ayat yang menekankan tentang kebersihan:

" Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." 
(al Baqarah: 222)

" Dan pakaianmu bersihkanlah."
(Al Muddaththir:4)

Baiklah, ini adalah sebahagian bakteria yang dapat menyebabkan penyakit kepada manusia.

1)Staphylococcus aureus
-menyebabkan boils (bisul), pneumonia (radang paru-paru), mastitis (inflammation of the breast), phlebitis (inflammation of the vein), meningitis (inflammation of the meninges), jangkitan saluran kencing (UTI) dan keracunan makanan. Boleh memasuki badan melalui salur pernafasan serta boleh menjangkiti luka.

2) Streptococcus pyogenes
-menyebabkan pharyngitis (sakit tekak), Scarlet fever, impetigo dan cellulitis. Juga memasuki badan melalui saluran pernafasan.

3) Streptococcus pneumonia
-menyebabkan pneumonia, paranasal sinusitis, otitis media (inflammation of the middle ear), osteomyelitis, septic  arthritis, endocarditis, peritonitis, cellulitis, and brain abscess. Bakteria ini menyerang apabila mereka mampu bertahan dengan proses phagocytosis oleh phagocytes.

4) Mycobacterium tuberculosis
- menyebabkan penyakit tuberculosis (tibi). Disebarkan melalui udara, iaitu apabila orang yang menghidapinya batuk, bersin atau meludah. Boleh menyebabkan kematian. Vaksin untuk mencegahnya ialah BCG (Bacillus Of Calmette and Guerin).

5) Mycobacterium laprae
-menyebabkan penyakit leprosy. Ia berjangkit melalui sentuhan yang berpanjangan dengan pengidapnya di kawasan yang dijangkiti.

6) Treponema pallidum pallidum
-menyebabkan penyakit syphilis. Dijangkiti melalui hubungan seksual dan juga perempuan mengandung kepada janinnya. Dirawat dengan Penicillin G.

7) Leptospira interrogans
- menyebabkan leptospirosis. Dijangkiti melalui air kencing binatang seperti tikus dan haiwan peliharaan. Berhati-hati dengan bakteria ini terutama ketika banjir kerana air yang tercemar.

8) Corynbacterium diptheriae
- menyebabkan penyakit diphtheria iaitu sejenis penyakit saluran atas pernafasan.

9) E. Coli
-menyebabkan jangkitan saluran kencing (UTI), neonatal meningitis dan gastroenteritis. Bakteria ini mendiami salur alimentari (GIT) manusia. Bakteria ini berjangkit melalui makanan atau minuman.

10) Salmonella
-menyebabkan salmonellosis (demam typhoid) dan acute gastroenteritis. Dijangkiti melalui makanan yang tercemar terutama telur, krim, makanan berkrim dan mayonis.

11) Shigella
- menyebabkan shigellosis (bloody diarrhea, fever and stomach cramps). Disebarkan melalui najis pesakit.

12) Neisseria gonorrheae

-menyebabkan penyakit gonorrhea. Dijangkiti melalui hubungan seksual.

13) Actinobacillus actinomycetemcomitans
-menyebabkan periodontitis, endocarditis, osteomyelitis, septicemia, pneumonia, arthritis dan abscess. Merupakan pathogen di dalam mulut.

Bakteria di atas ini adalah bakteria yang berbahaya kepada kesihatan manusia. Sebagaimana yang saya sebutkan dalam entri yang lepas, terdapat juga bakteria yang baik (probiotic) iaitu daripada genus Lactobacillus, spesies casei, Helvetica, lactic, bulgaricus, gasseri, salivarius, acidophilus, brevis, fermenti dan rhamnosus.

Lactobacillus

Pesanan daripada Allah:

" Maka sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. 
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."
(al Insyirah: 5-8) 

Insya Allah jika ada kelapangan waktu saya ingin menulis tentang virus pula.

3 comments:

benzaldehyde said...

k.shibul, saya pun ambik jgk mikrob nie..boleh tumpang study kat blog k.shibul nie..hehe..

benzaldehyde said...
This comment has been removed by the author.
Shahibul Afzan Wahab said...

jom farahim, study sesame...:)

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template