:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Thursday, April 2, 2009

Walimah dan Exam

Banyak sungguh perkhabaran tentang perkahwinan yang diterima sejak akhir-akhir ini. Kad-kad undangan ke walimah juga banyak yang diterima. Cantik- cantik dan wangi- wangi pula semuanya.Ramai kakak-kakak, kawan- kawan dan adik- adik yang akan mendirikan mahligai bahagia mereka pada cuti akhir semester ini yang bertepatan juga dengan musim cuti sekolah.

Malangnya bagi pelajar- pelajar pergigian yang mengikuti sistem blok ini, kami akan menghadapi Peperiksaan Professional pada 28 Mei- 3 Jun. Kebanyakan tarikh walimah pula adalah dalam tempoh tersebut. 3 Jun itu pun belum tentu dapat pulang ke rumah lagi. Biasanya selepas peperiksaan, kami tidak akan dibenarkan pulang sehinggalah keputusan diumumkan. Jika pasti bahawa telah lulus dengan selamatnya, barulah dibenarkan bercuti. Sedih juga tidak dapat memeriahkan walimah kalian (ye ke memeriahkan?? hehe).

Walaubagaimanapun saya tetap mendoakan kalian agar dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Doa saya, "Barakallahu lakuma, wabaraka 'alaikuma wajama'a bainakuma fi khayr" untuk setiap bakal pasangan pengantin. Semoga terus istiqamah dalam perjuangan Islam walaupun sudah berada di 'alam' lain. Bahkan diharapkan supaya menjadi lebih hebat dan bersemangat lagi dengan kehadiran mujahid atau mujahidah di sisi. Sebenarnya saya berasa kagum dengan insan-insan yang telah mampu menyempurnakan sebahagian daripada agama mereka ini. Maka bertakwalah kepada Allah untuk menyempurnakan sebahagian lagi. Sabda Nabi Muhammad Sollalahu alaihi wasallam:

"Sesiapa yg berkahwin maka telah sempurna setengah imannya, maka bertakwalah untuk menyempurnakan setengah iman lagi." (HR Ibnu Majah)

Semoga baitul muslim yang terbina melahirkan pula usrah muslimah yang seterusnya membentuk mujtama' muslim, demi mencapai matlamat akhir kita untuk mewujudkan daulah dan khilafah islamiyyah, insya Allah.

Baru- baru ini saya menerima satu sms daripada sahabat blog yang baru dikenali di alam siber ini iaitu adik Siti Khadijah a.k.a Momo, yang berbunyi:

" Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan atau lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar- benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu..."

Suatu kata-kata yang sangat menarik. Terima kasih adik Momo. Renungan buat kaum wanita yang masih belum berkahwin. Semoga suatu hari nanti masanya akan tiba untuk kita pula, insya Allah. Berdoalah selalu, " Rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a'yun, waja'alna lilmuttaqina imama..."

Wassalam. Setakat ini dahulu saya menulis. Saya harus menyiapkan full denture ini pula.

Full denture (gigi palsu penuh) yang telah berada di proses terakhir sebelum digantikan dengan acrylic...Telah berjam-jam saya menghabiskan masa untuk menghasilkannya.Ni nak sambung lagi....

13 comments:

Muslimahsolehah said...

perkongsian yang menarik...teruskan usaha dan cita2 mu wahai muslimah..ayuh bangkit dan maralah menuju cinta rabbul alamin

Melawis said...

Salam...entri yang bermakna.Gigi palsu tu pun menarik...hi...hiii..tapi sayanya gigi masih ori..TQ Allah...

Mami Hadeef said...

hehe.. nasib la pro zubir awal skit.. kalu tak, mau kene tangguh untuk kami kawen.. hehe..

toqki said...

salam..

kami menunggu kak afzan pula menjemput kami ke walimah:)

Unknown said...

Assalamualaikum,
Esok ada majlis aqad dan walimah kawan. Kena jadi juruvideo. Dua tiga hari ini memang sibuk bersiap untuk mereka.

wearelearningparents said...

cepatlah nyoh kawen...nje tunggu nyoh..xmau langkah bendul

Shahibul Afzan Wahab said...

Assalamualaikum buat semua,

Utk Muslimahsolehah, terima kasih kak, di atas kata2 semangat.Insya Allah.

Utk Melawis, alhamdulillah, jagalah gigi kita baik2...secantik mana pun gigi palsu, xkan dapat menandingi gigi yg Allah ciptakan buat kita...

Utk anim,kak doakan smg dimudahkan semua urusan. dan gud luck utk zubir in pro exam. selamat melangkah ke alam baru!

Utk toqki,insya Allah kak afzan x lupa zizi dan hura. Tapi xtau bila nak jemput ni:)

Utk Rdhanz,di sana pun musim kahwin juga rupanya.kalau ada di kalangan kawan kita yg saya kenal, bagitau ye.

Utk anje (Rubiah), angah tunggu anje dulu la. langkah je bendul ni, tak tinggi pun..hehe.

lynn md noh said...

slm afzan..all the best tuk imtihan..
ramainye kawan2 kite nk kawen jugak bln 6 ni..yg kak lyn tau..akak.. kak tasnim ngn shakirah kan?ade lagi ke selain tu?

MujahidahPuteri said...

salam.afzan,awk bile pulak?nanti rmi plak adk2 langkah bendul:-)

Abdul Hakim Bin Baharudin said...

Ramai minat nk komen kalu bab kahwin ni..

Shahibul Afzan Wahab said...

Utk eisya layyinan: kalau kawan2 kita, kak lyn,kak tasnim...shakirah rasanya bulan 9 ni kak lyn...yg lain,kak ac dq dgn abg azreen dq,kak dayah dq dgn ustaz elmi dq...adik2 pulak, zubir dan anim dan ada beberapa lg yg masih x dihebahkan...utk kak lyn pulak, sy ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru!

utk halimah: xtau nak jawab soalan imah...:)tapi xkisah kalau adik2 nak melangkah bendul pun...hehe.imah pulak bila??

utk syeikhuislami, rasanya dah jadi lumrah kat mana2 pun kalau isu kahwin yg dibincangkan...tengoklah sendiri dalam saifulislam.com :)

huurun said...

ngah, dah siap blum gigi palsu tu nye? ha...wat leklok, jangan bakar tangan plak hehe

Shahibul Afzan Wahab said...

Utk huurun(ani): alhamdulillah dah siap. dr dah approve...sekarang ni tunggu nak flasking. em, dah banyak kali jari ni kena wax panas...harap x terbakar je :)

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template